{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 07 Dec 2013 12:00 AM PST

Misi ke Greenland: Shaiful Hisyam Mahu Harumkan Nama Negara & Felda Gedangsa

20131203_214251

KUALA LUMPUR – Seorang Anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terpilih menjadi salah seorang peserta untuk Misi Penjelajahan KE7B Malaysia Greenland 2014 (KE7BMG2014) berhasrat untuk mengharumkan nama Felda Gedangsa, Kuala Selangor dan Malaysia sendiri dalam ekspidisi mencabar itu.

Shaiful Hisyam, 24, yang merupakan anak jati Felda berkata, beliau mahu menjadi anak Felda pertama yang mampu melakukan misi 'cross' Greenland.

"Harapan saya, semoga saya berjaya mengharungi 'cross' Greenland dan menjadi salah seorang daripada anak Felda yang berjaya menyelesaikan misi ini.

"Dan mengharumkan nama Felda terutama sekali nama Felda Gedangsa, Selangor dan juga nama Malaysia," kata Shaiful yang ditemu bual ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selepas mengetahui namanya tersenarai dalam 17 orang yang terpilih ke Greenland, Shaiful melahirkan rasa syukur kerana penat-lelah dan keperitan semasa mengikuti ujian saringan pemilihan terbalas.

Malah, beliau tidak dapat menggambarkan perasaan gembiranya setelah bekerja keras dan bersaing dengan peserta-peserta yang lain ketika sesi pemilihan berlangsung.

"Alhamdulillah. Setakat ini saya berjaya mengharungi 5 'pre-selection' untuk ke Greenland dan saya berjaya menjadi peserta dalam 17 orang yang terpilih sewaktu mengikuti pemilihan pada awal bulan 8.

"Perasaan saya ketika ini memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Gembira dengan apa yang telah saya harungi kerana pemilihan itu bukan mudah dan memang perit, teruk," luah Shaiful.

 NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada December 8, 2013 - 4:15 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat