{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Hiburan


Julia Ziegler sedia berunding dengan Nor Ain

Posted: 31 Dec 2013 03:08 AM PST

Oleh MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pelakon dan juga model, Julia Ziegler, 29, sedia berunding untuk menarik balik laporan polis terhadap seorang pengurus artis yang dikenali sebagai Nor Ain dalam kes penipuan wang RM8,333 terhadapnya.

Julia memberitahu wanita berkenaan telah menghubunginya menerusi khidmat pesanan ringkas( SMS) sehari selepas dia membuat laporan polis pada 29 Disember lalu.

"Kalau benar dia akan membayar kembali jumlah wang berkenaan, saya sedia beri tempoh padanya dan kemungkinan sedia menarik balik laporan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Tambahnya, dalam SMS berkenaan, Nor Ain ada memberitahu bahawa ketika ini dia sibuk mencari jalan untuk membayar kembali jumlah wang tersebut kepadanya.

Menurut Julia, dia mula mengenali wanita tersebut sejak Oktober lalu kerana Nor Ain sering menghubunginya dengan menawarkan pelbagai perniagaan kepadanya.

Apabila menyedari dirinya ditipu, Julia pada 29 Oktober lalu bersama mangsa lain seperti Rita Rudaini dan Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. - UTUSAN ONLINE

Warna-warni anak seni

Posted: 30 Dec 2013 09:06 PM PST

13 OKT. - Penyanyi rock, Ramli Sarip, pelakon popular, Rosyam Nor dan jurulatih skuad Harimau Muda , Ong Kim Swee dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob. Rosyam dan Kim Swee dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) manakala Ramli menerima DMSM Kehormat.

Daripada kisah kejayaan, kebahagiaan, kesedihan dan kecurangan
3 JAN. - Penyanyi, penulis lirik dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna disahkan menyertai syarikat rakaman Verve Music Group Amerika Syarikat (AS) yang dipengerusikan oleh penerbit dan komposer terkenal, David Foster.

11 JAN. - Sempena sambutan ulang tahun yang ke-34, Datuk Siti Nurhaliza mengambil keputusan tampil dengan imej baharu bertudung lengkap.

11 JAN. - Pelakon, Eira Syazira, isteri kepada Azad Jasmin selamat melahirkan bayi sulungnya pada pukul 8.50 pagi.

14 JAN. - Pelakon, Lisa Surihani kehilangan RM50,000 apabila kad ATM miliknya ditukar oleh individu lain tanpa pengetahuan aktres tersebut.

31 JAN. - Penyanyi, Ning Baizura selamat melahirkan bayi lelaki sulung pada pukul 3.06 pagi yang diberi nama Ryan Sky Dalton.

7 FEB. - Pelakon, Faezah Elai selamat bersalin anak sulung pada pukul 7.03 malam di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur dan anak bersama pengarah Heykal Hanifah itu diberi nama Dealova Heeyrina.

11 FEB. - Psy, penyanyi yang mencetus fenomena Gangnam Style mengadakan persembahan sulungnya di Kolej Han Chiang sempena Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

14 MEI - Pelakon baharu, Afiq Muiz ditempelak pelbagai pihak apabila dikatakan bersikap biadab dengan ibu kandungnya.

7 JUN - Penyampai radio Era FM dan penyanyi, Zahid akhirnya bergelar suami kepada Sarah Julifa Yusof setelah setahun berkenalan.

2 JULAI - Pelakon, Farid Kamil berkongsi gambar bayi lelaki melalui laman sosial Instagram miliknya dengan tulisan `welcome to the world my son'.

13 JULAI - Pelakon, Izreen Azminda dan suami, Riza selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

22 JULAI - Gambar pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah Ahmad Saburi tersebar di laman internet.

5 OGOS - Pelakon, Rita Rudaini mengesahkan menerima kiriman SMS daripada Aidil Zafuan yang bermaksud untuk menceraikannya.

7 OGOS - Penyanyi, Atilia menerusi akaun Instagram beliau berkongsi berita sedih yang bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil telah meninggal dunia.

11 OGOS - Pemain drum kumpulan rock popular Search iaitu Yazid dimasukkan ke Institut Nefrologi dan Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang.

19 OGOS - Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dikejarkan ke Hospital Tawakal setelah rebah di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi.

25 OGOS - Pelakon Syanie selamat bertunang denga Nadi Putera dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada Mac 2014.

28 OGOS - Industri hiburan kecoh apabila filem KL Gangster 2 dikatakan telah dibocorkan ke internet dan boleh ditonton secara percuma sebulan setengah sebelum dimainkan di pawagam.

31 OGOS - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membantah kehadiran kumpulan metal Lamb Of God.

1 SEPT. - Pelakon, Puteri Sarah Liyana nekad berhenti berlakon selepas bertudung.

4 SEPT. - Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba diugut bunuh gara-gara filem tersebut yang memulakan tayangan pada 29 Ogos.

4 SEPT. - Pelakon, Linda Hashim mengumumkan hamil tujuh minggu hasil perkahwinan dengan pelakon Beego.

5 SEPT. - Pihak polis mengambil keterangan pelakon, Adi Putra berhubung dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

8 SEPT - Pelakon, Nabila Huda dan anaknya, Keisha terlibat dengan emalangan di Lebuhraya Karak.

9 SEPT. - Pelakon, Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.4 kilogram. Bayi itu merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd. Sumali Reduan.

11 SEPT. - Akibat kecewa dengan hasil karyanya iaitu KL Gangster 2 disebarkan kepada umum sebelum tarikh tayangan, Syamsul yang diwakili ayahnya, Datuk Yusof Haslam mengumumkan menarik diri daripada industri filem.

13 SEPT. - Pelakon, Diana Danielle memaklumkan kepada wartawan nama anaknya ialah Muhammad.

15 SEPT. - Wan Sakinah iaitu isteri kedua Ashraf Muslim mengesahkan hamil.

20 SEPT. - Konsert Lentera Timur oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya.

20 SEPT. - Pelakon, Rebecca Nur Al-Islam melahirkan anak kedua 30 pagi di Hospital Gleanegles, Ampang dinamakan Nor Anggerik Renesmee.

25 SEPT. - Cinta pelakon Fizz Fairuz kepada kekasih lama sudah bersambung semula dan Fizz telah membuat pengakuan ingin mengahwini Almy pada tahun hadapan.

30 SEPT. - Berita kematian palsu pelakon popular, Aaron Aziz.

5 OKT. - Setelah empat tahun menuntut hak selepas perceraian, pelakon Norish Karman terpaksa berpuas hati apabila menerima 30 peratus daripada RM1.2 juta, nilai anggaran tiga buah kenderaan mewah selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengisytiharkan aset berkenaan sebagai harta sepencarian.

7 OKT. - Pelakon, Nora Danish nafi terima hadiah rumah mewah bernilai RM7.2 juta dan sebuah kereta Ferrari dari Nedim Nazri.

15 OKT. - Pelakon, Wawa Zainal berkongsi gambar anaknya bersama Aeril Zafrel buat pertama kali di laman Instagram.

18 OKT. - Pelakon dan pengacara, Cheryl Samad bergelar ibu setelah melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Stella.

24 OKT. - Deejay terkenal Hot FM, Faizal Ismail mengumumkan peletakan jawatan di stesen radio popular tersebut.

24 OKT. - Penyanyi, Jamal Abdillah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang.

28 OKT. - Mizz Nina dilihat telah memakai tudung selepas pulang dari menunaikan haji.

6 NOV. - Penyanyi, Fauziah Latiff yang sebelum ini dilaporkan bercinta dan merancang untuk hidup bersama berpisah dengan kekasihnya dan membatalkan rancangan untuk bernikah walaupun persiapan sudah dilakukan.

12 NOV. - Pelakon Yasmin Hani melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.23 kilogram sekitar waktu 6 pagi.

18 NOV. - Faizul dinobat sebagai juara Akademi Fantasia.

21 NOV. - Amy Search mengakui yang dia kini sudah muflis akibat terlalu mempercayai rakannya.

24 NOV. - Sharnaaz Ahmad mengumumkan mahu bersara kerana kecewa dengan gosip dan kontroversi yang melanda diri.

28 NOV. - Johan As'ari melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa.

30 NOV. - Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.9 kilogram.

12 DIS. - Adi Putra yang ditemani peguam memaklumkan keputusan rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes gambar lucah beliau bersama seorang wanita sebagai no further action.

19 DIS. - Pelakon, Dira Abu Zahar mengalami keguguran selepas hamil enam minggu dan perkara itu tidak disedari oleh Dira sendiri.

SEBAGAIMANA lumrah dunia seni, begitulah juga kehidupan penggiatnya sepanjang tahun 2013 yang penuh glamor dan kontroversi. Daripada kisah kejayaan, kebahagiaan, kesedihan dan kecurangan, semuanya tersingkap dan dikongsi jutaan peminat mereka di seluruh negara. Paling mendapat perhatian sepanjang tahun 2013 antaranya kisah `lima sen' antara pengarah terkemuka, Erma Fatima dengan pelakon, Rabecca Nur Al-Islam. Turut menjadi tumpuan adalah skandal gambar `separa lucah' pelakon lelaki popular Adi Putra bersama isteri orang. Begitu pun, dunia hiburan sepanjang 2013 tetap meninggalkan kenangan manis antaranya penghijrahan beberapa artis terkemuka seperti Datuk Siti Nurhaliza yang kini mengenakan hijab sepenuhnya. Turut memilih untuk berhijrah ialah pelakon Kuza, Puteri Sarah Liyana, Mizz Nina dan ramai lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat