Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL
- SMS palsu operasi LRT, monorel ditutup 6 petang ini
- Guling: Kawasan Dataran Merdeka tenang, terkawal
Guling: Poster jatuhkan kerajaan ditampal di sekitar KL Posted: 31 Dec 2013 03:25 AM PST Oleh SOFIAN BAHAROM POSTER mengandungi perkataan Republik Jatuhkan Kerajaan berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di tampal di beberapa lokasi di Kuala Lumpur hari ini. KUALA LUMPUR 31 Dis. - Penampalan beberapa pelekat dengan kata-kata berunsur mahu menggulingkan kerajaan dikesan di sekitar ibu kota petang ini. Pelekat yang tertera tulisan Republik Jatuhkan Kerajaan itu memuatkan lukisan beberapa individu memegang bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas. Antara lokasi penampalan pelekat itu adalah di bangunan-bangunan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut di sini. - UTUSAN ONLINE |
SMS palsu operasi LRT, monorel ditutup 6 petang ini Posted: 31 Dec 2013 03:15 AM PST Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN KUALA LUMPUR 31 Dis. - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan membuat laporan polis berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kononnya perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan ditutup pada pukul 6 petang ini bagi kerja-kerja penyenggaraan. Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Masnizam Hisham berkata, SMS palsu tersebut telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kepada pengguna pada pukul 3.37 petang tadi. "Kami amat memandang serius perkara ini dan akan membuat laporan polis. Perkhidmatan LRT, Monorel dan Bas RapidKL akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi esok," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Guling: Kawasan Dataran Merdeka tenang, terkawal Posted: 31 Dec 2013 03:05 AM PST PEMANDANGAN dari atas menunjukkan persekitaran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur dan laluan masuk masih tenang dan terkawal. KUALA LUMPUR 31 Dis. - Situasi di sekitar Dataran Merdeka di sini sehingga 6.30 petang ini masih lagi terkawal dengan keadaan trafik masih lagi lengang walaupun terdapat ura-ura untuk mengadakan demonstrasi menggulingkan kerajaan malam ini. Kelihatan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis berkawal bagi memastikan lalu lintas dan keselamatan adalah terkawal. Orang ramai yang berada di sekitar kawasan Dataran Merdeka termasuk pelancong juga seolah-olah tiada kebimbangan mengenai sebarang kemungkinan sebaliknya mereka asyik bergambar dan duduk santai. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |