{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Chong Wei tuai hasil lumayan

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bukan sahaja menamatkan musim 2013 dengan kekal di ranking No.1 dunia, malah menjadi pemain badminton yang memperoleh hadiah wang kemenangan terbanyak dalam kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Semalam portal badminton terkenal, badzine mengeluarkan senarai 50 pemain yang berjaya meraih kutipan hadiah wang tunai terbanyak dan Chong Wei menjadi satu-satunya wakil negara yang berada dalam senarai tersebut.

Chong Wei yang masih segar dengan kejuaraan Siri Super Akhir 2013 bulan lepas, berada di tangga teratas dengan mengutip hampir AS$300,000 (RM982,000), manakala menduduki tangga kedua pemain wanita China, Zhao Yunlei.

Sejak 27 Disember 2012, Chong Wei berjaya mengekalkan ranking No.1 dunia sehinggalah ia baru dikemaskini pada 26 Disember 2013, namun pemain dari Pulau Pinang itu mungkin sedikit terkilan kerana masih gagal meraih gelaran dunia selepas tewas kepada seteru utama, Lin Dan dalam perlawanan akhir di Guangzhou Ogos lalu.

Chong Wei menyertai 13 kejohanan tahun lalu dengan berjaya muncul juara Super Siri Premier Terbuka Korea, Siri Super Terbuka Malaysia, Siri Super Terbuka India, Siri Super Premier Terbuka Indonesia, Siri Super Terbuka Jepun, Siri Super Hong Kong dan Siri Super Akhir di Kuala Lumpur.

Selain Kejohanan Dunia, Chong Wei juga terpaksa akur dengan seorang lagi pemain China, Chen Long apabila tewas kepada pemain tersebut dan muncul naib juara di All England dan Super Siri Premier Denmark.

Pada Grand Prix Emas Australia, Chong Wei terkandas di separuh akhir apabila tumpas kepada pemain China, Tian Houwei. Dia juga kalah kepada Kenichi Tago dari Jepun, juga di separuh akhir Siri Super Hong Kong.

Bagaimanapun, wang tunai yang berjaya diraih Chong Wei sebenarnya lebih daripada yang dikeluarkan badzine kerana dia juga beraksi pada beberapa kejohanan bukan dalam kalendar BWF seperti Liga China, Indonesia dan India.

Kesemua liga tersebut menawarkan hadiah yang lumayan, malah dia turut menerima yuran penampilan.

Selain menerima bayaran dengan menyertai setiap kejohanan tersebut, Chong Wei juga menjadi duta beberapa syarikat ternama.

Kedudukan Chong Wei yang merupakan satu-satunya pemain Malaysia berada dalam kelompok 50 tersebut membuktikan bahawa standard dia dan pemain-pemain Malaysia yang lain terlalu jauh.

Musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan memang tidak menyertai beberapa kejohanan tahun ini dan gagal menempatkan diri dalam ranking 100 terbaik dunia, namun dia masih lagi boleh berbangga menjadi pemain badminton meraih pendapatan lumayan kerana menurut sumber dia mendapat kontrak di China yang mencecah enam angka setahun.

Yunlei, juara Sukan Olimpik muncul pemain kedua mengutip hadiah kemenangan terbanyak dengan meraih AS$167,195 (RM547,647).

Kemampuannya beraksi cemerlang dalam dua acara, beregu wanita dan campuran membolehkannya menikmati habuan besar.

Selain Yunlei sembilan lagi pemain China, Li Xuerui, Zhang Nan, Bao Yixin, Wang Shixian, Wang Xiaoli, Yu Yang, Tang Jinhua, Wang Yihan dan Chen Long berada dalam kelompok 15 pemain yang menerima hadiah kemenangan tertinggi.

'Saya mahu pecah rekod'

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Ole FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Usia bukan penghalang. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, itulah azam baharu pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei apabila memulakan episod 2014 selepas dia berjaya memenangi tujuh gelaran Siri Super tahun lalu.

Hari ini adalah permulaan untuk 2014 dan Chong Wei juga akan menjangkau usia 32 tahun Oktober depan, namun dia mempunyai misi tersendiri yang mungkin tidak terdaya untuk dilakukan oleh pemain badminton lain baik di Malaysia ataupun luar dari negara ini.

Biarlah orang mengherdik bahawa dia hanya menumpukan kejohanan Siri Super berbanding seteru dari China, Lin Dan yang memenangi kejohanan utama, tetapi Chong Wei mempunyai matlamat dan cita-citanya sendiri.

Selepas segar dengan kejuaraan Super Siri Premier Terbuka Korea, Siri Super Terbuka Malaysia, Siri Super Terbuka India, Siri Super Premier Terbuka Indonesia, Siri Super Terbuka Jepun, Siri Super Hong Kong dan Siri Super Akhir di Kuala Lumpur tahun ini, pada 2014 dia mahu lebih banyak kejuaraan dapat diraih termasuk Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Piala Thomas.

"Saya harap dapat meraih banyak kejuaraan tahun depan. Tahun ini kali pertama saya berjaya meraih tujuh gelaran Siri Super," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Jelasnya, sepanjang karier menjadi pemain badminton negara, dia tidak pernah merangkul sehingga tujuh gelaran Siri Super, manakala Lin Dan pula hanya meraih paling banyak gelaran Siri Super sebanyak lima kali pada 2007 dan 2011.

"Saya tetap mengutamakan kejohanan besar yang berlangsung empat tahun sekali, terutama Sukan Asia (Incheon) dan Sukan Komanwel (Glasgow).

" Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya untuk kedua-dua temasya tersebut, kerana empat tahun selepas itu mungkin saya sudah bersara.

"Saya juga tetap akan fokus Piala Thomas tahun ini, ia juga adalah penampilan terakhir saya di kejohanan ini," katanya yang baharu sahaja meraih gelaran Siri Super Akhir di Stadium Badminton Cheras bulan lepas.

Ditanya mengenai aksinya di Kejohanan Dunia, pemain kelahiran Bukit Mertajam itu berkata, beliau memang mahu menamatkan kemarau meraih kejuaraan di kejohanan tersebut tetapi jika gagal untuk muncul juara pada 2014, beliau merasakan mampu untuk mencubanya pada 2015 dan 2016.

"Kejohanan Dunia saya masih lagi boleh beraksi satu ada dua kali lagi, apa pun saya harap pada 2014 ini saya mampu menjaga kesihatan saya, di kesempatan ini saya juga mahu mengucapkan Selamat Tahun Baharu buat seluruh rakyat Malaysia," katanya yang tewas kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2013 Guangzhou Ogos lalu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat