{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Fenomena seni

Posted:

Fenomena seni

Fenomena seni

APA sahaja yang berlaku dan berkait dengan insan glamor pasti menarik perhatian ramai. Namun, tidak semua muncul menjadi suatu fenomena. Berikut antara fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia seni tanah air sepanjang tahun 2013.

Wedding Of The Year Che Ta, Zain

UNTUK gelaran Wedding Of The Year pada tahun 2013, pastinya ramai yang bersetuju untuk memilih perkahwinan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dengan tajaan sebanyak RM13 juta.

Setelah menjalinkan hubungan cinta selama setahun, kedua-duanya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dan memilih tarikh 11 Disember sebagai hari bersejarah buat mereka.

Dengan tajaan terbesar yang diterima daripada Habib Jewels menerusi kelengkapan barang kemas yang dipakai oleh Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta, pasangan tersebut masing-masing turut mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM100,000.

Mendapat kritikan ramai sehingga ada yang beranggapan pasangan tersebut mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya pasangan berkenaan menepis segala kritikan dan menegaskan mereka tidak mampu untuk menolak segala tajaan yang diterima.

Selain majlis perkahwinan mereka yang menjadi tumpuan, status Che Ta sendiri sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anak serta perkahwinan pertama buat Zain turut menarik perhatian.

MIZZ NINA


Mizz Nina berhijab

PENYANYI genit yang pernah berkolaborasi dengan figura muzik terkenal luar negara seperti Colby O'Donis, Flo Rida dan Jay Park ini sering tampil dengan imej yang berani dan seksi. Malah dia pernah dikritik kerana menerima pelawaan untuk membuat persembahan pada sambutan hari arak sedunia, Arthur's Day. Bagaimanapun, selepas pulang daripada menunaikan haji bersama suaminya, Noh Salleh, Mizz Nina telah mengambil keputusan drastik untuk mengubah penampilannya dengan mengenakan hijab. Ternyata, penghijrahannya itu mendapat pujian ramai terutamanya daripada para peminat.

Gelaran Datuk Tahun 2013

MEMBARISKAN nama-nama seperti Rosyam Nor dan Ramli Sarip menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-75 pada 12 Oktober lalu.

Penganugerahan itu diberikan atas menghargai sumbangan mereka dalam dunia hiburan khususnya di Melaka. Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah dan Rossa turut dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang yang ke-83.


SATU babak menarik filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.


Husin, Mon & Jin Pakai Toncit filem terlaris

MELIHAT kepada kutipan keseluruhan filem tempatan pada tahun ini memang agak mengecewakan berbanding tahun lalu. Namun begitu, filem yang berunsur komedi terus menjadi pilihan penonton.

Jika pada tahun lalu Adnan Sempit 2 mengungguli carta teratas dengan kutipan sebanyak RM6.82 juta, pada tahun ini pula Husin, Mon & Jin Pakai Toncit mengutip sebanyak RM5.89 juta dengan mengatasi 71 buah filem lain.

Diarahkan oleh pengarah popular Mamat Khalid, ia mengisahkan tentang Husin yang muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi.

Merupakan kesinambungan kepada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada tahun 2010, Mamat turut mengekalkan beberapa pelakon asal seperti Awie, Shy8, Zami Ismail dan Man Kadir.

Lain-lain filem tempatan yang turut mencatatkan kutipan pecah panggung pada tahun ini terdiri daripada Gangster 2 (RM4.96 juta), Rock Oo (RM3.95 juta), Adnan Sempit (RM3.94 juta) dan Highland Tower (RM3.52 juta).

Kontroversi hiburan 2013

Posted:

Kontroversi hiburan 2013

Kontroversi hiburan 2013


KENA SERANG. Airel Zafrel dan Wawa Zainal diasak pada sidang akhbar pengumuman kahwin mereka.


KONTROVERSIAL membawa maksud perkara atau isu yang boleh menjadi kontroversi dan diperdebatkan. Kontroversi sangat sinonim dengan dunia hiburan. Sudah umpama seperti satu hidangan ruji, 2013 juga tidak surut dengan pelbagai kontroversi yang menerjah. Berikut antara senarai kontroversi paling hangat 2013.

Kahwin? Tak kahwin? Kahwin dua kali

OKTOBER 2013 barangkali menjadi bulan yang paling bersejarah buat pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kerana 'permainan' mereka sendiri.

Selepas sekian lama berdolak-dalik dan 'bermain' dengan pihak media tentang status hubungan mereka, Aeril dan Wawa akhirnya terperangkap dalam permainan yang mereka cipta apabila status mereka sebagai suami isteri dan ayah serta ibu kepada seorang bayi lelaki terbongkar jua.

Beberapa kali melarikan diri daripada pihak akhbar dan menggunakan agama sebagai senjata mempertahankan tindakannya menyembunyikan status sah tersebut, sebuah sidang media khas yang diadakan oleh Aeril dan Wawa pada 11 Oktober 2013 menjadi cukup tegang. Ini kerana sebelum ini pasangan tersebut bukan sahaja tidak mengaku sudah berkahwin, sebaliknya turut menafikan mereka bercinta.

Dan mereka kemudian mengaku fakta bahawa seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos lalu merupakan anak mereka. Selain itu, Aeril turut mendedahkan telah menikahi Wawa sebanyak dua kali iaitu pada 25 Februari 2012 secara rahsia dan 4 Februari 2013 sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum didaftarkan secara rasmi.

Beberapa hari kemudian, bekas kekasih Wawa yang pernah menjadi tunangannya tampil memberikan kenyataan bahawa dia telah ditinggalkan Wawa tanpa sebab. Belum reda isu kahwin koboi itu, Aeril didakwa pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum bersama Wawa.

SELEPAS berkenalan 72 jam dan mengajak Lana bercinta, kemudian Johan memutuskan hubungan dengan Lana.


Cinta sebulan Johan As'ari, Lana Nordin

HAL yang tak pernah surut tentang dunia hiburan tanah air ialah percintaan sesama artis. Masih saban tahun, kisah cinta sesama artis akan duduk dalam posisi perkara kontroversi.

Dan tahun ini, kisah cinta paling kontroversi tentulah milik pelakon Johan As'ari dan Lana Nordin. Masakan tidak, dalam tempoh tiga hari sahaja berkenalan, Johan yang mula terkenal menerusi drama rantaian Juvana telah melamar Lana untuk menjadi kekasihnya, sekali gus merancang berkahwin pada tahun 2014 yang menjelang esok!

Kisah cinta mereka meleret sensasi apabila timbul dakwaan kononnya ibu Johan tidak merestui cinta 72 jam anaknya dengan Lana yang terkenal dengan imej seksi serta digelar Pamela Anderson Malaysia itu.

Genap sebulan bercinta, Johan kemudian tampil memberitahu dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Lana kerana tiada restu keluarga. Menghangatkan lagi apabila dia juga menyatakan sepanjang intim dengan Lana, dia tidak pernah meletakkan taraf sebagai kekasih, walaupun melamar dan mengajak wanita itu berkahwin. Johan oh Johan!

NORAIDA


Skandal lucah Adi Putra

MENJADI popular dan kacak, Adi Putra harus membayarnya dengan kisah-kisah dirinya dikaitkan bersama beberapa perempuan. Pernah dikaitkan dengan aktres Nora Danish, nama Adi meletup bagai terkena bom apabila seorang lelaki mendedahkan bahawa pelakon kelahiran Singapura itu terbabit dengan skandal lucah bersama isterinya.

Lelaki itu, Amirrudin Othman, 56, mendakwa Adi dan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, berkenalan menerusi laman sosial Instragram sebelum saling berbalas mesej dan gambar lucah termasuk alat sulit dipercayai milik Adi menerusi aplikasi WhatsApp.

Amir kemudian membuat laporan polis terhadap gangguan seksual tersebut, namun ia digugurkan baru-baru ini kerana diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Pada saat Adi lega dengan pengguguran kes tersebut, Adi dan Noraida tidak berpuas hati dan membuat sidang akhbar meminta kes tersebut diteruskan. Malah, pada 20 Disember lalu, Amir mengadakan satu lagi sidang akhbar, mengumumkan sudah menceraikan Noraida dengan talak satu pada 19 Disember 2013 kerana tidak mampu menampung malu terhadap perbuatan wanita itu yang mengaku teruja kerana dapat berkenalan dengan artis!

Remeh-temeh hiburan

Posted:

Remeh-temeh hiburan

Remeh-temeh hiburan

HUBUNGAN mesra antara Afiq Muiz dengan Eina tidak disenangi ibu Afiq.


SELAIN pencapaian dan kontroversi yang dibikin silih berganti oleh para selebriti, tidak terlepas masuk carta ialah isu remeh-temeh yang dibikin dan menjadi sensasi. Siapa yang masuk dalam carta ini?

Afiq Muiz si tanggang moden

RAMAI yang melabelkan ini kisah si anak derhaka atau digelar juga sebagai tanggang moden. Kisahnya, Afiq dikatakan sudah melupakan keluarga terutamanya ibu sendiri setelah mengecapi kejayaan sebagai pelakon.

Ibunya mula berasa sedih setelah dapat tahu yang anaknya itu ingin berkahwin dan mula berang setelah Afiq mengeluarkan RM30,000 dalam akaun simpanan.

Maka bermula drama peperangan Afiq dan ibunya. Afiq mengambil pendekatan untuk mengadakan sidang akhbar untuk meminta untuk hentikan tohmahan anak derhaka itu.

Tidak lama selepas itu, Afiq meminta ibunya menarik balik kenyataan anak derhaka kerana ingin berbaik semula bersama keluarga. Kisah keluarga sepatutnya hanya diselesaikan sendiri bukan melalui sidang akhbar.

Fizz Fairuz tunang isteri orang

AWAL Februari lalu pelakon Fizz Fairuz mengejutkan industri hiburan apabila bertunang dengan seorang wanita bernama Azlyn Massiela.

Seminggu selepas bertunang, Fizz membuat pengakuan telah memutuskan pertunangannya berikutan status wanita tersebut merupakan isteri orang.

Beberapa bulan kemudian, Fizz dan Almy kembali menjalinkan hubungan cinta dan mengesahkan bakal berkahwin pada pertengahan tahun depan.

FIDA IBRAHIM sudah lali dikecam.


Perangai remeh Fida Ibrahim

NAMA pelakon wanita ini sering naik kerana kontroversi yang diciptanya. Ketika terlibat dengan penggambaran produksi drama Kampungku dan Aidiladha, pengarahnya, Suhaimi Lua menganggap Fida sebagai seorang pelakon yang tidak profesional.

Ini kerana pada saat akhir, Fida telah melarikan diri dari lokasi penggambaran tanpa sebab yang munasabah. Apabila ditanya, jelas Fida, dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan yang seakan menyindirnya.

Antara masalah lain yang timbul ialah dia tidak mahu masuk ke dalam hutan tempat penggambaran kerana risau keselamatan diri.

Selain itu, Fida juga sering dilabel sebagai artis yang menjadi mangsa fesyen. Ini kerana, walaupun bertudung, Fida masih menggayakan busana ketat yang menampilkan sosok tubuhnya. Paling teruk, dia dikecam sewaktu memperaga sehelai busana berwarna kelabu yang dianggap terlalu menyakitkan mata untuk wanita bertudung.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat