{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tidak pernah bermaksud Perkasa dibela UMNO

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, beliau tidak pernah bermaksud yang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dibela oleh UMNO seperti yang disiarkan akhbar sebelum ini.

Sebaliknya jelas beliau, maksud kenyataannya itu merujuk kepada bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang kini merupakan pemimpin Perkasa.

Hakikatnya kata Mohd. Isa, pemimpin-pemimpin Perkasa yang dahulunya adalah bekas pemimpin UMNO merupakan golongan yang pernah menerima nikmat daripada parti berkenaan.

"Kalau mereka kata tidak ada tidak apalah, cuma apa yang saya maksudkan ialah pemimpin-pemimpin Perkasa yang sebelum ini pernah menjadi pemimpin UMNO.

"Mereka ini pernah mendapat nikmat daripada UMNO sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang Perkasa tidak pernah menerima sebarang peruntukan khas bagi menunjukkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dibela oleh UMNO.

Abdul Rahman berkata, NGO yang mempunyai lebih 500,000 ahli di seluruh negara itu selama ini bergerak dengan bantuan pelbagai pihak termasuklah individu perseorangan.

Menurut Mohd. Isa, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada soalan yang telah dikemukakan oleh seorang wartawan sama ada Perkasa mampu menggantikan UMNO dalam usaha membela nasib orang Melayu.

Chong Eng dicabar tampil selar Guan Eng

Posted: 29 Dec 2013 10:41 AM PST

PULAU PINANG 29 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng dicabar untuk tampil mengutuk keceluparan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggelar Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid sebagai 'nenek rasis' sekiranya beliau benar-benar memperjuangkan hak wanita.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah berkata, perkara itu penting bagi membuktikan kesungguhan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga, Komuniti dan Kesenian negeri itu dalam memartabatkan peranan wanita seperti yang digembar-gemburkan.

Aminah berkata, sehingga kini, tiada sebarang bantahan dibuat oleh Chong Eng berhubung kenyataan ketuanya itu yang secara jelas menjatuhkan martabat seorang wanita.

"Jika benar Chong Eng memperjuangkan wanita, mengapa dia tidak berani tampil menegur tindakan biadab ketuanya yang jelas menghina seorang wanita yang bangkit menyuarakan hak rakyat?.

"Di mana maruah Chong Eng sebagai wanita apabila langsung tidak bangkit mempertahankan Jahara dalam isu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Chong Eng yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) menerusi artikel 'Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sayangi wanita' yang disiarkan Buletin Mutiara edisi 16 - 31 Disember baru-baru ini.

Aminah dalam pada itu menambah, Chong Eng sepatutnya sedar bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah menyelar mana-mana pemimpin wanita di negara ini dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya.

"Tindakan biadab Guan Eng ini amat keterlaluan dan beliau dilihat seolah-olah terlupa bahawa kemenangannya dalam pilihan raya banyak dibantu oleh wanita yang merupakan pengundi majoriti di negara ini.

"Jika benar Chong Eng mahu memartabatkan peranan wanita, dia harus tampil dan memberi respons terhadap 'celaan' yang dilakukan Guan Eng," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat