Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Dua wanita mati ditikam, kelar
- Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena ceroboh
- Sektor awam diarah berjimat
Dua wanita mati ditikam, kelar Posted: Dua wanita mati ditikam, kelarOleh OTHMAN YAHAYA
BUKIT MERTAJAM – Dua kawan karib wanita Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher di kawasan semak di belakang sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Baru, Perai di sini semalam. Mayat kedua-dua mangsa terbabit ialah Htay Htay Then, 22, dan rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Than, 42. Mayat mereka ditemui dalam keadaan terlentang dan berdekatan antara satu sama lain oleh seorang penduduk kampung pada pukul 12.15 tengah hari. Difahamkan, kedua-dua mangsa tinggal di sebuah rumah sewa di Jalan Baru dan semasa kejadian mereka sedang berjalan kaki menuju ke sebuah rumah rakan mereka di Flat Nagasar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dibunuh. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena ceroboh Posted: Mahkamah Syariah Kelantan, MAIK kena cerobohKOTA BHARU - Pejabat di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan di Jalan Pasir Mas-Salor di sini dipecah masuk dipercayai oleh pihak tertentu untuk mencari maklumat sulit, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar. Beliau berkata, kejadian itu disedari seorang pembantu tadbir yang berkhidmat di bangunan berkenaan pada pukul 7.30 pagi kelmarin ketika mahu memulakan tugas. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Sektor awam diarah berjimatOleh ZULKIFLI MANZOR KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah yang akan dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari ini. Berikut adalah kenyataan penuh Najib: Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan lebih berhemat pada tahun depan. Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan dan keadaan semasa. Keputusan ini telah dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa. Sebelas langkah tersebut adalah seperti berikut: Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |