{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Cegah demonstrasi haram

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

OSMAN Salleh (tengah) menunjukkan Buletin PDRM Negeri Sembilan sambil diperhatikan oleh penerbitnya, Supritendan Hanifah Abdul Malek (kiri) dan Asisten Supritendan Zulkarnain Ismail dalam majlis pelancaran buletin itu di IPK negeri, di Seremban, semalam.

SEREMBAN 30 Dis. - Polis negeri ini akan memantau sebarang demonstrasi haram yang kemungkinan dijalankan pihak-pihak tertentu di negeri ini pada malam sambutan tahun baharu 2014 esok.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, polis sentiasa memantau keadaan semasa namun setakat ini adalah terkawal.

"Kita telah mengadakan mesyuarat dan kita difahamkan ada sambutan tahun baharu di peringkat daerah di beberapa buah tempat. Kalau tidak pun mereka akan berada di bandar ini untuk meraikannya.

"Pada masa yang sama, kita juga sudah lakukan langkah-langkah pencegahan termasuklah di peringkat daerah mana-mana aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buletin Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Osman berkata demikian ketika diminta mengulas kesiapsiagaan pihak keselamatan negeri dalam menangani sebarang bentuk cubaan pihak tertentu yang cuba mencetuskan keadaan tegang menjelang sambutan ambang tahun baharu 2014 esok.

Mengulas lanjut mengenai Buletin PDRM yang dilancarkan itu, Osman menjelaskan buku berkenaan akan dijadikan sebagai landasan bagi setiap pegawai tertinggi sehinggalah anggota di negeri meningkatkan pengetahuan dari segi ilmiah selain mencungkil bakat-bakat dalam bidang penulisan.

Malah kata beliau, buletin yang akan diterbitkan setiap empat bulan sekali itu juga diharap dapat menerbitkan minat yang mendalam dalam bidang kepolisian selain menguar-uarkan aktiviti yang dijalankan oleh setiap jabatan.

"Saya harap dengan pelancaran buku ini nanti juga ia akan menjadi landasan bagi setiap anggota dan pegawai berkarya selain mendatangkan minat mendalam walaupun kita tahu kebanyakan dari kita ini keterbatasan masa dengan tugas hakiki.

"Buku ini juga memuatkan segala bentuk berita, rencana dan aktiviti polis bersama masyarakat untuk tatapan anggota dan pegawai yang mana ia nanti juga akan diedarkan kepada semua ibu pejabat polis daerah dalam tempoh masa terdekat," katanya.

MPJ sedia baik pulih lubang pembetung

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

JASIN 30 Dis. - Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan mengambil tindakan segera membaik pulih lubang pembetung di beberapa rumah di Taman Pulai Indah di sini bagi mengatasi masalah sehingga mengakibatkan air busuk bertakung dan mengganggu keselesaan penduduk.

Malah bahagian lantai dan dinding di dua buah rumah di kawasan itu turut terjejas dan berlaku mendapan apabila air pembetung tidak dapat bergerak dengan lancar sehingga melimpah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, masalah berkenaan telah diajukan beberapa penduduk dan tindakan segera akan diambil bagi memastikan mereka dapat hidup dengan selesa.

Menurutnya, MPJ akan melihat dan membaik pulih lubang pembetung terakhir di belakang bahagian rumah terjejas berkenaan terlebih dahulu untuk memastikan air dapat bergerak dengan baik.

"Majlis kemudian akan membuat pemantauan bagi memastikan adakah masalah yang berlaku selama ini disebabkan masalah lubang pembetung itu atau masalah lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau masalah longkang di Taman Pulai Indah, Merlimau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri, Amir Hamzah Ab. Aziz.

Ismail berkata, kawasan perumahan menempatkan sebanyak 320 rumah di atas tapak sawah yang dibina lebih 30 tahun lalu itu tidak mempunyai masalah dari segi strukturnya.

Katanya, perbincangan dengan Indah Water Konsortium (IWK) juga telah dibuat bagi melihat dan memastikan pelan pemulihan beroperasi dengan baik serta air yang dihasilkan daripada pelan itu bersih dan tidak berbau.

"IWK juga akan memasang sistem amaran awal (EWS) di taman itu bagi memberi isyarat peringkat awal jika berlakunya litar pintas dan sebagainya," tambahnya.

Sementara itu salah seorang pemilik rumah yang terjejas, M. Thiagarajan, 56, berkata, masalah pembetungan itu dihadapinya sejak lebih lima tahun lalu.

"Masalah ini amat mengganggu keselesaan saya sekeluarga malah menjadi lebih teruk apabila air busuk bertakung menyebabkan struktur rumah mendap dan retak.

"Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan segera memandangkan selama ini saya turut telah berhabis lebih RM5,000 untuk memperbaiki kerosakan akibat masalah ini," katanya.

Pusat penjaja Bahau dinaik taraf

Posted: 30 Dec 2013 10:25 AM PST

PUSAT Penjaja Bahau bakal berwajah baharu apabila bangunan itu akan dinaik taraf mulai 2014.

JEMPOL 30 Dis. - Pusat penjaja Bahau bakal berwajah baharu apabila kerajaan pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi tujuan pembinaan semula bangunan yang berusia 27 tahun itu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol (MDJL), Wan Razali Wan Awang memberitahu, buat masa ini terdapat 150 unit gerai di pusat penjaja tersebut.

"Bangunan ini sudah terlalu lama dan kerajaan mahu memberikan keselesaan serta menaik taraf kawasan ini.

"Peruntukan akan mula disalurkan pada Januari ini bagi mengubah keadaan kawasan ini dari sebuah bangunan lama menjadi sebuah pusat perniagaan yang lebih cantik dan tersusun.

"Ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan, peniaga akan ditempatkan di sebuah pusat perniagaan sementara iaitu di belakang pusat perniagaan Kiara," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pasar ayam Bahau yang berdekatan pusat penjaja tersebut sudah siap dinaik taraf dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat.

"Pada pertengahan tahun ini kita telah memindahkan 22 orang peniaga pasar ayam Bahau ke satu lokasi sementara iaitu di hadapan pusat penjaja Bahau.

"Pastinya selepas ini mereka akan lebih selesa menjalankan perniagaan, malah tidak mustahil jumlah pelanggan akan meningkat apabila premis tersebut cantik dan mesra pengguna," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain beliau memberitahu, MDJL telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petronas untuk mengadakan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Jempol.

"Antara kandungan perjanjian adalah Jempol akan dipilih sebagai salah satu lokasi untuk pusingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bagi tempoh tiga tahun.

"Pada Oktober lalu sukan tersebut telah diadakan dekat Dataran Seri Jempol untuk julung kalinya. Melihat kepada sambutan yang baik dan lokasi yang sesuai, Petronas bersetuju untuk meneruskan kejohanan tersebut di daerah ini pada masa akan datang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat