{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Sperma: Mahkamah batal saman lelaki Bosnia

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Dakwaan seorang lelaki warga Bosnia bahawa dia telah dipergunakan oleh bekas teman wanitanya untuk mendapatkan sperma dalam usaha memperoleh anak daripada genetik orang Eropah yang dikatakan berkualiti tinggi, ternyata tidak berasas.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini semasa membenarkan permohonan wanita terbabit, Chung Shun Yee, 29, untuk membatalkan saman bagi menuntut ganti rugi RM600,000 yang dikemukakan oleh Ervin Ahbabovic, 41.

Hakim Timothy Finlayson Joel yang membatalkan saman itu dengan kos RM6,500 turut mendapati tuntutan tersebut yang difailkan pada 3 September lalu tidak mempunyai alasan tindakan undang-undang.

Joel menyatakan demikian dalam penghakiman bertulis setebal enam muka surat yang dibacakan di kamar hakim, bagaimanapun mengetepikan tuntutan balas Shun Yee terhadap lelaki itu.

Ahbabovic selaku plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa, Shun Yee yang dinamakan sebagai defendan, beranggapan genetik orang Eropah mempunyai kualiti yang tiada tandingan berbanding hasil daripada benih warga tempatan.

Dia juga mendakwa, keinginan seksualiti teman wanitanya melangkaui kadar biasa malah sering ingin melakukan seks enam kali sehari dengan setiap sesi mencapai tempoh sejam.

Menurutnya, hasil hubungan dengan Shun Yee sejak 2008 mereka dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun sebelum dia dihalau dari rumah selain dinafikan hak untuk mendapatkan wang simpanan mereka yang disimpan oleh wanita itu.

Dalam keputusannya, Joel berkata, pihak plaintif mahupun defendan tidak pernah membuat sebarang persetujuan untuk berkahwin dan Shun Yee juga tidak pernah terikat dengan perjanjian untuk membayar atau membeli sperma plaintif apabila melakukan hubungan seks sepanjang mereka bersekedudukkan.

Hubungan pasangan itu menjadi renggang setelah defendan melahirkan seorang anak lelaki dan plaintif mengharapkan perhubungan mereka bertambah baik sehingga ke gerbang perkahwinan.

Menyentuh dakwaan kononnya berlaku penipuan untuk mendapatkan sperma plaintif, Joel berpendapat, dakwaan tersebut tidak benar kerana peguam plaintif sendiri yang menyatakan, pasangan itu saling menyintai.

Pihak defendan tidak pernah menafikan hubungan yang terjalin namun menegaskan perhubungan itu tidak berakhir dengan perkahwinan.

Joel juga menjelaskan, fakta kes Ahbabovic adalah berlainan dengan prinsip kes dalam kes saman antara ahli perniagaan, Datuk Abdullah Hishan Mohd. Hashim dan bekas pembaca berita TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sharma Kumari Shukla pada 1999.

Dalam kes tersebut, Sharma telah bersetuju memeluk agama Islam sebagai persiapan untuk berkahwin dengan Abdullah Hishan sebagai pertimbangan untuk mendapatkan pinjaman RM262,350. Namun hubungan sulit mereka telah berakhir tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah di sisi agama dan undang-undang.

Mahkamah yang berkenaan dalam kes tersebut, telah mengambil kira kontrak 'perjanjian untuk berkahwin' dan perjanjian Sharma untuk memeluk agama Islam adalah memadai untuk membenarkan tuntutan Abdullah Hishan.

''Namun dalam kes Ahbabovic, tidak wujud perjanjian seperti itu. Plaintif mengharapkan perhubungan mereka akan berkembang dan boleh berkahwin.

''Malah fakta kes ini menunjukkan, plaintif cuba memelihara hubungan mereka dengan hubungan seksual yang sungguh ghairah seolah-olah tidak membawa kebaikan kepadanya sebaliknya dia mendakwa, lebih memuaskan nafsu pihak defendan.

''Apabila perpisahan telah berlaku, dia menuntut dan mendakwa, sperma miliknya telah disalah guna oleh defendan bagi mendapatkan anak,'' ujar Joel.

Hakim itu menyifatkan, mereka menjalin hubungan sulit dan adalah keterlaluan kerana tiada asas bagi plaintif untuk mendedahkan cerita di sebaliknya.

''Justeru itu, jika tuntutan sebegini rupa diterima oleh mahkamah, akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mengemukakan tindakan yang sama dan bertentangan dengan dasar awam,'' tegas beliau.

Shun Yee diwakili peguam James Ee Kah Fuk manakala plaintif diwakili peguam Nasir Yusof.

Buruh ugut bunuh isteri dipenjara tiga tahun

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Yushalizan Mohd. Kamel diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Majistret, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 31 Dis. - Akibat mengugut untuk membunuh isterinya yang tidak menghiraukan panggilannya supaya masuk ke dalam rumah awal bulan ini, seorang buruh hari ini dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini.

Yushalizan Mohd. Kamel, 37, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku melakukan ugutan jenayah dengan mengatakan ingin membunuh Wan Zainab Wan Jusoh, 36, di rumah mereka di Kampung Telok Baru di sini, pada pukul 6 petang, 5 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Nik Habri Muhamad memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa dari tarikh lelaki itu ditangkap iaitu sehari selepas kejadian.

Menurut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Md. Zukri, tertuduh berang dengan tindakan isterinya yang tidak mahu masuk ke dalam rumah biarpun dipanggil beberapa kali.

Ketika itu, Wan Zainab sedang menyapu sampah di halaman rumah dan disebabkan panggilannya tidak diendahkan, Yushalizan terus memarahi isterinya dengan suara yang kuat.

Dia kemudian terus ke depan pintu dan berkata kepada mangsa sambil turun mengejar mangsa:

''Tino ni jahat terlajak, kalau aku bunuh pun aku puas hati (perempuan ni jahat sangat, kalau aku bunuh pun puas hati).''

Wan Zainab sempat melarikan diri dan sangat takut dengan ugutan tersebut memandangkan suaminya itu sering memukulnya tidak tentu pasal. Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat