{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Guan Eng tukar Camry kepada Mercedes

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh AZHARI ZAINOODDIN
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 31 Dis. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini akan menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang menukar kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait berkata, kereta itu bagaimanapun dibeli dengan harga istimewa iaitu RM298,263.75.

Di bawah kelayakan Ketua Menteri, beliau memang berhak menggunakan dua buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 tetapi kini beliau hanya menggunakan sebuah kereta Toyota Camry 2.5.

Dengan pertukaran ini, Toyota Camry 2.5 yang digunakan Ketua Menteri akan diberi kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Maktar Shapee," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, sebelum ini, Guan Eng dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri enggan membeli 15 buah kereta Mercedes memandangkan pembayaran cukai yang melebihi kos kereta adalah terlalu tinggi.

Katanya, pembekal kereta Mercedes pada masa itu juga tidak berani mengeluarkan surat jaminan untuk mengambil balik semua kereta sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh.

Lantaran itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan membeli 15 buah kereta Toyota Camry 2.5 yang tidak dikenakan cukai dan kenderaan itu telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada 31 Oktober lalu.

Bagaimanapun pada 20 November lalu, pembekal kereta Mercedes berkenaan telah memberi pengesahan untuk menawarkan sebuah kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 selepas dipotong cukai.

Turut diberikan ialah diskaun khas sebanyak RM100,000 termasuk jaminan bahawa kerajaan negeri boleh mengembalikan kereta berkenaan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh," katanya.

Mokhtar berkata, setelah memperolehi butiran itu, mesyuarat Exco kemudiannya memutuskan sebulat suara untuk membeli kereta Mercedes-Benz S300L.

Berdasarkan perbezaan antara harga asal iaitu RM657,218 dengan harga selepas diskaun sebanyak RM298,263.75, pembelian kereta terbabit dianggap berbaloi kerana kereta Mercedes mampu bertahan lama sebagaimana Mercedes-Benz S320L yang digunakan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sejak 4 September 1995.

Selain itu, harga pembelian Mercedes-Benz S320L pada 1995 ialah RM271,331.22 yang tidak banyak beza dengan harga baharu sekarang," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah mencabar Guan Eng supaya tidak menggunakan kereta Mercedes-Benz S300L baharu yang dibeli kerajaan negeri bagi kegunaannya untuk membuktikan beliau pemimpin berjiwa rakyat.

Katanya, sebagai pemimpin berjiwa rakyat, Guan Eng harus mengutamakan kepentingan ramai yang kini terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Mengapa seolah-olah mahu bermewah-mewah dengan membeli kereta yang mahal? Kalau betul berjiwa rakyat, sepatutnya duit yang diperuntukan untuk kereta berkenaan disalurkan kepada perkara-perkara lebih menguntungkan rakyat.

"Sekarang kita mahu tahu, dikatakan kereta itu dibeli kerajaan negeri untuk kegunaan rasmi beliau tetapi siapa sebenarnya kerajaan negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak pula berkata, langkah menukar kereta berkenaan menunjukkan kerajaan di bawah kepemimpinan Guan Eng semakin kehilangan integriti.

Tegasnya, kalau kerajaan negeri merupakan kerajaan yang berintegriti, Guan Eng tidak akan melakukan perkara yang dilihat memberikan kelebihan untuk dirinya.

"Kalau Exco yang lain menggunakan Toyota Camry kenapa Guan Eng tidak?

"Guan Eng sepatutnya lebih memberikan fokus terhadap kedudukan partinya daripada perkara-perkara yang melibatkan imej beliau sebagai Ketua Menteri memandangkan DAP kini berhadapan dengan pelbagai isu," katanya.

Segera beri penjelasan bukan buat tohmahan

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta berhenti membuat tohmahan terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segera menjelaskan dakwaan berhubung seramai 851 perwakilan tidak hadir dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim berkata, beliau juga mahu pihak ROS diberi ruang dan masa mencukupi untuk menyiasat penyelewengan itu selain membuat keputusan yang tepat bagi memastikan amalan pembohongan perlu diketahui masyarakat di negara ini.

Berikut adalah kenyataan Zamil mengenai perkara itu:

l Guan Eng perlu berhenti membuat tohmahan kepada ROS dan diminta memberi penjelasan mengapa 851 perwakilan tidak hadir semasa pemilihan semula CEC pada 29 September lalu.

l Guan Eng perlu memberi penjelasan mengapa wujud tambahan 120 cawangan semasa pemilihan semula CEC sedangkan mereka tidak ada kuasa untuk memberi kelulusan.

l Kita juga hairan bagaimana jumlah perwakilan semasa pemilihan semula CEC pada 29 September lalu boleh kekal 2,576 orang walaupun Ong Kian Meng isytihar ada tambahan sebanyak 120 cawangan.

l Pihak ROS perlu menyiasat perkara ini kerana ia sangat pelik serta apakah wujud penyelewengan dalam parti itu yang menjadi punca aduan oleh ahli-ahli DAP.

l Guan Eng juga diminta tidak bersikap biadap kepada kakitangan Melayu di ROS dan jangan menyusahkan pihak mereka untuk menjalankan tugas.

l Kita mahu pihak ROS diberi ruang dan masa yang mencukupi untuk siasat penyelewengan semasa pemilihan semula CEC supaya mereka dapat membuat keputusan yang tepat bagi memastikan amalan pembohongan perlu diketahui oleh semua masyarakat di negara ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat