Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
- RM5j atasi 'banjir termenung'
- SME Bank rasmi Pusat Enterpris Batu Pahat, Pusat Wilayah Selatan
- Fokus pembangunan bidang kesihatan
Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST Oleh MUHAMMAD ZIKRI PONTIAN 10 Dis. -Kerajaan Pusat perlu memperuntukkan sekitar RM5 juta bagi pembinaan pintu air baharu bagi mengatasi masalah banjir termenung iaitu air tidak mengalir di beberapa kawasan termasuk di Parit Stan dan Benut. Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, pintu air sedia ada pada tidak lagi mampu menampung aliran air dari kawasan lain termasuk Parit Kerimon dan Parit Hassan khususnya pada waktu hujan lebat. Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengemukakan surat kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mendapatkan peruntukan bagi pembinaan pintu air yang lebih besar bagi mempercepatkan aliran air. "Walaupun peruntukan ini nampak besar, namun ia mampu mengatasi masalah banjir yang melanda setiap tahun disebabkan kegagalan pintu air berfungsi dengan baik. "Masalah pintu air ini juga merupakan punca utama berlakunya banjir di kawasan Parit Stan yang menyebabkan 24 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya selepas melawat pemindahan banjir di sini, kelmarin. Bagaimanapun kesemua mangsa berkenaan sudah dibenarkan pulang semalam selepas keadaan banjir di daerah itu semakin pulih. Ahmad turut menasihatkan penduduk untuk bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua ekoran keadaan cuaca tidak menentu pada waktu ini selain fenomena air pasang besar sehingga hujung bulan ini. Beliau berkata, semua yang dilakukan perlu mngikut garis panduan yang ditetapkan Jawatankuasa Bencana Daerah khususnya dari aspek menyelamat, pemindahan mangsa serta bekalan di keperluan di pusat pemindahan Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, bantuan RM500 kepada mangsa banjir hanya akan diberikan kepada ketua keluarga yang terlibat sahaja. Beliau berkata, pengesahan status mangsa banjir itu yang berdaftar di pusat pemindahan banjir itu akan dilakukan Ketua Kampung, Penghulu Mukim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). |
SME Bank rasmi Pusat Enterpris Batu Pahat, Pusat Wilayah Selatan Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST Hamim Samuri (tengah) menandatangani plak perasmian SME Bank sambil disaksikan Mohd. Radzif Mohd. Yunus (kiri) dan Noraini Ahmad di Batu Pahat, Johor, semalam. BATU PAHAT 10 Dis. - SME Bank hari ini merasmikan pembukaan Pusat Enterpris Batu Pahat di sini sebagai usaha memberikan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada usahawan dan bakal usahawan di negeri ini khususnya bagi menyediakan pembiayaan. Pembukaan Pusat Enterpris ke-17 itu dilakukan serentak bersama perasmian Pusat Wilayah Selatan yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hamim berkata, pembukaan pusat tersebut didaerah ini merupakan keputusan tepat kerana Batu Pahat adalah daerah kedua yang mempunyai ramai usahawan kecil dan sederhana di negeri ini selepas Johor Bahru. Beliau berkata, selain itu daerah ini juga terkenal sebagai pusat pembuatan barangan eletronik, pemprosesan makan, makan segera, makanan tradisional segera, pembuatan proselin dan pengeksport utama tekstil negara. "Dengan pembukaan Pusat Enterpris dan Pusat Wilayah Selatan SME Bank ini, saya yakin ia dapat membantu usahawan baharu dan kecil dalam mendapatkan pembiayaan termasuk bagi mengembangkan peniagaan. "Selain itu, PKS juga diseru agar peka dengan perkhidmatan yang disediakan SME Bank kerana ia membuktikan sokongan kuat daripada kerajaan dalam membantu mewujudkan lebih ramai usahawan serta membantu PKS yang ada," katanya di sini, Yang turut hadir, Pengarah Urusan SME Bank Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus; Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Noraini Ahmad dan ahli lembaga pengarah SME Bank. Dalam majlis tersebut, SME Bank turut menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM10,000 kepada 100 penerima selain bantuan beg sekolah dan baucer buku kepada 100 pelajar kurang berkemampuan daripada seluruh daerah ini. Hamim memberitahu, sehingga kini, seramai 23 usahawan di daerah ini telah menerima pembiayaan sebanyak RM41 juta bagi mengembangkan dan memulakan perusahaan masing-masing. Katanya, jumlah tersebut akan bertambah apabila terdapat Pusat Wilayah Selatan yang dapat memberikan lebih banyak bimbingan dan bantuan kepada usahawan. |
Fokus pembangunan bidang kesihatan Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST JOHOR BAHRU 10 Dis. - Kerajaan negeri akan terus memberi fokus secara menyeluruh terhadap bidang kesihatan dan alam sekitar dengan merangka pelbagai strategi jangka masa panjang termasuk naik taraf pelbagai kemudahan kesihatan dan penjagaan persekitaran. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, menerusi pelan jangka masa panjang juga, kerajaan negeri turut memberi fokus kepada pemerkasaan sumber manusia agar ia selari dengan kepesatan pembangunan dalam memenuhi keperluan kesihatan. Beliau berkata, perancangan berkenaan adalah fokus utama kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun akan dalam usaha menyediakan kemudahan kesihatan kelas pertama untuk rakyat negeri ini. Kita juga memberi fokus kepada penambahbaikan kemudahan hospital, menambah bilangan klinik 1Malaysia dan menyediakan tenaga kerja. Situasi kini menyaksikan perancangan kerajaan negeri dan pertumbuhan pembangunan tidak selari menyebabkan kemudahan tidak dapat menampung jumlah penduduk di sesuatu kawasan," katanya di sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |