Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Denda tinggi jika hilang MyKad Posted: Denda tinggi jika hilang MyKad
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara untuk meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan MyKad mereka. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu adalah untuk individu yang tidak mempunyai bukti atau penjelasan khusus mengenai kehilangan MyKad. "Kita (telah mencadangkan supaya) meningkatkan caj kehilangan MyKad terhadap mereka yang tidak mempunyai bukti dan penjelasan khusus, melainkan kehilangan berlaku berpunca daripada insiden yang tidak boleh dielakkan seperti kebakaran," kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Foto percuma buat pasport Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI AHMAD ZAHID menunjukkan contoh pasport yang siap dicetak dengan diperhatikan Alias (dua dari kiri) semasa lawatan ke pameran sempena Hari Imigresen 2013 di Dewan Serbaguna Jabatan Imigresen di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA – Berkuat kuasa pada 1 Mac tahun depan semua pemohon pasport antarabangsa tidak perlu membawa gambar ke Jabatan Imigresen sebaliknya khidmat tersebut disediakan secara percuma oleh jabatan itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan khidmat mengambil gambar di Jabatan Imigresen kepada orang ramai bagi meringankan beban menanggung kos untuk mengambil gambar. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Langit dihujani hujan meteor Geminids Posted: Langit dihujani hujan meteor GeminidsCONTOH hujan meteor yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia pada 3 hingga 17 Disember. KUALA LUMPUR - Langit Malaysia akan diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai 3 hingga 17 Disember ini, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam. Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini. "Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh)," demikian menurut kenyataan Angkasa. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |