Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Mahasiswa UPNM lawat Kosmo!
- Kem remaja Islam dapat sambutan
- Econsave hulur bantuan kepada pesakit kencing manis
Posted: Mahasiswa UPNM lawat Kosmo!
LAWATAN. Seramai 30 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lawatan rombongan pelajar daripada Kursus Asas Kewartawanan dan Kelab Kewartawanan UPNM itu bertujuan untuk mempelajari dan meninjau lebih dekat operasi akhbar yang diterbitkan Kumpulan Utusan iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo!. Dalam lawatan kira-kira tiga jam itu, rombongan berkenaan diberi taklimat operasi oleh Penolong Pengarang Berita Kosmo!, Zamri Rambli. | |
Kem remaja Islam dapat sambutan Posted: Kem remaja Islam dapat sambutanSEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai Kem Remaja Like Islam 2013 di Semenyih, Selangor baru-baru ini. KEM. Seramai 157 pelajar menyertai Kem Remaja Like Islam 2013 anjuran Surau An-Nur, Taman Pelangi, Semenyih, Selangor baru-baru ini. Pelajar yang menyertai kem itu berusia antara 10 hingga 17 tahun yang tinggal di sekitar Semenyih, Kajang dan Rinching. Penyelaras program, Johari Musa berkata, kem itu merupakan satu usaha untuk memenuhi pembangunan sumber manusia dari segi aspek perubahan sahsiah dan pemurnian jiwa untuk golongan remaja. "Kem tersebut merupakan acara tahunan sejak lima tahun lalu," katanya. Beliau memberitahu, antara penceramah yang dijemput menjayakan kem itu ialah pendakwah terkenal, Syeikh Abdul Karim Omar dan Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki. | |
Econsave hulur bantuan kepada pesakit kencing manis Posted: Econsave hulur bantuan kepada pesakit kencing manisZAMZURI (kanan) menyampaikan bantuan barangan makanan kepada Mohan yang menghidap penyakit kencing manis di Kampung Keoh Seng, Kuala Ketil, Baling, Kedah baru-baru ini. SIMPATI. Econsave Cash @ Carry Sdn. Bhd. (Econsave) Bandar Puteri Jaya, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani menghulurkan pelbagai barang makanan bernilai RM1,000 kepada seorang pesakit kencing manis, K. Mohan, 48, di Kampung Keoh Seng, Kuala Ketil, Baling baru-baru ini. Penyerahan barang makanan itu disampaikan oleh Pengurus Operasi Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor dan turut hadir Pengurus Econsave Bandar Puteri Jaya, Ahmad Izuddin Othman melalui Program Dana Prihatin Econsave. Mohan menghidap penyakit itu sejak tiga tahun lalu dan kaki kiri dari paras lutut telah dipotong tiga bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |