Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul
- S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjir
- Ahli KRT dirai pada majlis makan malam
Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul Posted: Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul
BERKUMPUL. Seramai 61 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar berkumpul pada majlis ramah mesra alumni sekolah tersebut yang diadakan di Darul Aman Golf Club, Jitra, Kedah baru-baru ini. Pengarah program, Che Wan Abdullah, 48, berkata, tujuan program tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan antara bekas pelajar di samping membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan. "Saya dan rakan-rakan yang merancang program itu juga bersedia menyumbangkan tenaga sekiranya diperlukan dalam membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti demi kepentingan pelajar di sekolah berkenaan," katanya. | |
S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjir Posted: S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjirSEBAHAGIAN daripada anggota S1M dan AADK bergambar bersama mangsa banjir di Balai Raya Kampung Jerantut Feri, Jerantut, Pahang baru-baru ini. SUMBANGAN. Skuad 1Malaysia (S1M) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang telah mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Jerantut, Pahang baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa S1M, Muhammad Akmal Md. Osman berkata, seramai 15 ahli skuad itu turun padang bersama AADK Jerantut dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KRA1M) cawangan Jerantut untuk mengagihkan sumbangan kepada lebih 200 mangsa banjir yang tinggal Balai Raya Kampung Jerantut Feri dan Pondok al-Imaniah, Jerantut. "Kami membawa bekalan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan harian sebanyak dua tan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang termasuk pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan individu," katanya. | |
Ahli KRT dirai pada majlis makan malam Posted: Ahli KRT dirai pada majlis makan malamABDULLAH (tiga dari kanan) memotong kek sambutan ulang tahun ke-62 sempena majlis makan malam di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini RAI. Seramai 30 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasir Pekan Hilir, Tumpat diraikan pada satu majlis makan malam di sebuah restoran di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Majlis tersebut diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada ahli KRT yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan itu. Majlis berkenaan turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-62, Pengerusi KRT Pasir Pekan Hilir, Abdullah Ismail. Menurut Abdullah, tanpa sokongan serta kerjasama ahli KRT Pasir Pekan Hilir dan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan, tidak mungkin KRT itu dapat bertahan sehingga sekarang. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |