Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Pensyarah dijel, denda RM25,000
- Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkat
- 100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi
Pensyarah dijel, denda RM25,000 Posted: Pensyarah dijel, denda RM25,000Oleh FIRDAUS HASSAN
IPOH – Seorang bekas pensyarah Institut Teknologi Perak (ITP) dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini semalam atas lima kesalahan menerima rasuah daripada dua pelajarnya, tiga tahun lalu. Pada prosiding semalam, Wong Chee Wai, 41, pensyarah di Jabatan Matematik dan Statistik di institut itu menukar pengakuan kepada bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah. Tertuduh dari Taman Indah Jaya di sini didakwa menerima suapan wang tunai RM1,130 menerusi lima transaksi antara 14 September 2011 dan 8 Februari 2012 di institut berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkat Posted: Pengusaha mengeluh terbeban kos operasi meningkatWAJIRA menunjukkan papan tanda harga minuman dan makanan yang dijual di kantin SMK Sungai Isap Murni, Kuantan, Pahang semalam. KUALA LUMPUR - Rata-rata pengusaha kantin sekolah di seluruh negara mengeluh kerana terpaksa menanggung kos operasi yang meningkat terutamanya membabitkan pembelian bahan mentah tetapi terpaksa menjual dengan harga yang rendah. Menurut mereka, walaupun kos operasi meningkat, namun mereka tidak boleh menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati kerana terikat dengan perjanjian tender pengurusan kantin bersama pihak sekolah. Seorang pengusaha kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn 2 di sini, Norraidah Idris, 55, dia terpaksa mengimbangi kenaikan kos operasi dengan mengecilkan saiz hidangan bagi membolehkan harga yang dijual tidak dinaikkan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisi Posted: 100,000 jawatan perkhidmatan awam untuk diisiPUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini. Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri. "Kebanyakan kekosongan adalah di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |