Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin AWIE pernah menjadi hero kepada Erra Fazira dan Ziana Zain dalam filem Sembilu dan Merah, kini kembali bersama di pentas teater. PERCINTAAN watak utama Awie dan Wati, dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 pada 1994 dan 1995 pernah mencetuskan fenomena tersendiri. Ternyata percintaan kedua pelakon ini dalam alam realiti telah membantu pencapaian filem terbitan Datuk Yusof Haslam itu sehingga menerima kutipan tiket melebihi RM6 juta. Ia adalah catatan terbaik untuk filem tempatan pada waktu itu. Tidak dinafikan, Awie dan Erra sendiri merupakan pasangan artis yang pernah melalui detik-detik percintaan hebat. Malah Awie pernah melamar Erra untuk diperisterikan selepas mereka bertunang pada 1996. Pertunangan selama lebih dua tahun itu bagaimanapun terputus sekitar tahun 1998 ekoran tiada jodoh antara mereka. Selepas 20 tahun berlalu, mereka kini sekali lagi kembali ke atas pentas yang sama. Sungguhpun membawa status berbeza, nampaknya cinta seorang penyanyi popular bernama Awie dan seorang gadis biasa bernama Wati, bakal mengembalikan nostalgia tersendiri bukan sahaja buat mereka tetapi peminat khususnya. Mengambil keputusan untuk kembali menyatukan cinta yang pernah wujud bukan sesuatu yang mudah buat mereka. Mengakui sendiri sukar sebenarnya mahu memastikan tiada hati yang terluka, akhirnya Konsert Teaterikal Suara Kita bakal membuktikan sikap mereka sebagai artis profesional. Tentunya, banyak cerita lama yang tersimpan antara Erra dan Awie suatu ketika dahulu. Dan hari ini, setelah kedua-duanya mempunyai perjalanan hidup sendiri, mereka memilih untuk kembali berdansa di pentas karier, melupakan sengketa, membina kerjasama dalam kerjaya. Rozana minat Erra Bercakap soal hati, antara mereka yang menjadi perhatian ketika keputusan untuk menghidupkan cinta kontroversi ini tentunya isteri kepada Awie sendiri iaitu Rozana Misbun, 35. Menjelaskan Awie tidak pernah membelakangkan dirinya, Rozana bagaimanapun menolak meletakkan sebarang syarat untuk Awie meneruskan Konsert Teaterikal Suara Kita. "Suatu hari, ketika kami menonton filem Sembilu, idea ini secara tiba-tiba keluar dari mulut suami saya. Masa itu, memang saya ada bergurau, kononnya memberi amaran jangan ada yang terdetik untuk kembali menggandingkan mereka. "Bagaimanapun itu gurauan. Saya memang tidak meletakkan sebarang syarat untuk suami saya kembali berlakon di samping Erra," katanya. Percaya dengan sikap profesional semua pihak, menurut Rozana antara sebab dia menyokong suaminya mengadakan konsert itu adalah kerana ia menjadi sebahagian daripada sumbangan Awie kepada industri itu sendiri. "Saya fikir semua pihak kena bersikap profesional, ini soal karier. Sebagai isteri saya akan tetap berada di belakang suami. Sewaktu berkahwin dengan Awie juga memang saya tahu dia seorang yang bagaimana. Jadi, tidak timbul soal kepercayaan antara kami berdua," katanya. Mengakui menjadi peminat Erra, Rozana memberitahu, sebagai isteri dia percaya Awie tidak pernah meletakkan pendapatnya di belakang. Malah dia juga berasa sangat beruntung untuk mengetahui perasaannya menjadi perkara utama buat Awie. "Bukan minta izin, ia lebih kepada berbincang. Memang saya sendiri peminat Erra. Walaupun ini kali pertama kami berjumpa rasanya tidak akan timbul masalah. Selain saya, keluarga juga tidak ada masalah. Mungkin bagi mereka dalam soal ini, ia melibatkan kerjaya dan tak perlu dipersoalkan," katanya. Perasaan orang Bagi Erra pulam dia tidak menafikan lebih gusar dengan perasaan orang lain. Katanya, keputusan menerima projek ini berkait rapat dengan keyakinan yang diberikan Awie kepada pihaknya. Mengakui dia sebenarnya tidak mahu menimbulkan sebarang suasana tidak senang antara mana-mana pihak, Erra bagaimanapun bersyukur apabila mengetahui isteri Awie tidak mempunyai masalah dengan 'pertemuan semula' dirinya dan Awie di pentas perkasihan. "Memang kegusaran utama saya ialah perasaan orang di sekeliling kami. Takut juga kalau ada yang akan tersentuh. Awie sudah menyakinkan saya soal itu, jadi saya sangat lega. "Selain itu kegusaran kedua saya adalah untuk kembali menyanyi. Setelah sekian lama, saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Namun dengan latihan yang cukup saya harap ia membantu," katanya yang selama ini tidak pernah terfikir untuk kembali menghidupkan watak Wati. Erra melihat sejarah silam antara dia dan Awie tentunya ramai beranggapan adalah suatu yang mustahil untuk mereka kembali bersama. Bagaimanapun melihat kerjasama yang berlangsung kini dia percaya akan ada banyak lagi perkara bakal berlaku untuk masa hadapan. "Memang saya tidak sangka kami akan kembali bekerjasama. Maklum sajalah, selepas apa yang berlaku (perpisahan) memang ada adegan 'elak mengelak'. "Melihat apa yang berlaku sekarang saya pasti kami memang profesional dalam soal kerjaya. Ini juga merupakan perjanjian yang Awie juga akan berada dalam projek yang bakal saya kendalikan pada masa hadapan," katanya. Jika Awie sudah meminta lampu hijau daripada isterinya, Erra juga tidak ketinggalan untuk memastikan kerjasama dengan Awie ini mendapat keizinan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin. "Dia ok, tiada masalah rasanya (merujuk kepada suami)," katanya, ringkas. Tambahnya, dengan latihan yang cukup dia pasti Konsert Teaterikal Suara Kita dapat mengembalikan Wati 20 tahun lalu. Menyentuh mengenai watak Wati itu sendiri, kata Erra ia yakin mampu membawakannya semula kepada generasi hari ini tanpa sebarang masalah. "Walaupun Wati lebih muda dari umur saya sekarang, rasanya tidak akan ada masalah untuk menjiwai watak tersebut memandangkan saya sudah kenal siapa Wati. "Saya harap peminat yang hadir adalah mereka yang pernah melalui zaman tersebut serta peminat baharu yang ingin mengenali kekuatan filem ini," katanya. |
Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST JOSH LUCAS KHABAR perceraian golongan artis memang banyak datangnya dari Hollywood. Contohnya aktor Josh Lucas yang baharu sahaja diminta cerai daripada isterinya, Jessica Ciencin Henriquez minggu lepas. Menurut sumber, Josh dan isterinya itu sudah berkahwin lebih kurang dua tahun dan hingga kini keduanya mengambil keputusan berdiam diri mengenai alasan perpisahan mereka. "Josh dan Jessica bertemu pada tahun 2011 dan keduanya mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2012. Pada Jun 2012, keduanya dikurniakan seorang putera yang mereka beri nama Noah. "Selama ini kehidupan rumah tangga Josh memang jarang disiarkan di media-media massa. Josh sendiri mengaku bahwa dirinya sudah merasa lengkap dengan kehadiran isteri dan anaknya itu. Tetapi mengapa mereka berpisah? Kita tunggu sahaja berita selanjutnya nanti," ujar sumber itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |