Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun
- Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung Langgar
- 1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahan
80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun Posted: 80 pengerusi, setiausaha JKKKP di Jeli terima elaun
HIMPUN. Seramai 80 pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) bagi Parlimen Jeli hadir pada majlis penyerahan elaun di Pejabat UMNO Bukit Nangka, Jeli baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed merangkap Ahli Parlimen Jeli. Mustapa dalam ucapannya berkata, wang elaun bulanan itu merupakan satu kepercayaan daripada kerajaan kepada semua JKKKP yang memikul tugas besar sebagai penghubung dengan rakyat. "Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan bekerja lebih kuat dan dapat menyelesaikan permasalahan penduduk dengan sebaik-baiknya," ujar beliau. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd. Adhan Kechik dan ADUN Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derashid. | |
Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung Langgar Posted: Pelajar UiTM Kedah selami kehidupan penduduk desa di Kampung LanggarPARA pelajar UiTM Merbok, Kedah yang menyertai Program Pemantapan Ukhuwah diKampung Langgar, Lembah Bujang, Merbok, Kedah baru-baru ini. UKHUWAH. Seramai 28 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah menyertai Program Pemantapan Ukhuwah di Kampung Langgar, Lembah Bujang, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Program sehari yang diadakan di Surau Rahmaniah Kampung Langgar melibatkan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Perbankan Islam kampus UiTM itu serta 100 penduduk kampung. Pengarah program, Hazir Md. Annuar berkata, aktiviti kemasyarakatan itu bagi mendedahkan para pelajar dengan suasana kehidupan desa termasuk bergotong-royong mengadakan majlis kenduri kesyukuran. "Peluang seperti ini jarang-jarang dirasai terutama oleh pelajar yang berasal dari bandar, malah penganjuran program kemasyarakatan itu dapat merapatkan hubungan antara penduduk kampung dengan UiTM Kedah," ujarnya. | |
1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahan Posted: 1,000 pelajar di Tasek Gelugor terima bantuan awal persekolahanSHABUDIN (kiri) menyampaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 1,000 pelajar daripada 32 buah sekolah rendah dan menengah dari kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang menerima bantuan awal persekolahan baru-baru ini. Majlis penyampaian bantuan yang bernilai RM100 seorang itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua. Bantuan itu diselaraskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara. Majlis penyampaian bantuan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya. Dalam ucapannya, beliau berharap ibu bapa dapat memanfaatkan bantuan tersebut yang bertujuan meringankan beban kewangan bagi menyediakan keperluan persekolahan anak- anak mereka. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |