Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Empat bot di jeti Kampung Sungai Buaya terbakar Posted: 09 Jan 2014 11:00 PM PST DUNGUN 10 Jan. - Lebih 12 nelayan hilang punca pendapatan apabila bot mereka yang diletakkan di Jeti Kampung Sungai Buaya, di sini hangus dijilat api, awal hari ini. Kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu melibatkan empat bot nelayan Kelas A serta peralatan menangkap ikan. Seorang pemilik bot Azman Mohd Nor, 45, berkata, beliau dimaklumkan oleh rakannya mengenai kejadian itu sebelum segera bergegas ke jeti dan melihat api marak membakar badan bot miliknya serta telah merebak ke bot lain. "Ketika itu saya lihat sebuah bot lagi milik kawan telah musnah sepenuhnya sebab angin kuat menyebabkan api merebak begitu cepat ke bot-bot yang terletak bersebelahan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.- BERNAMA |
Polis nafi berjaya patahkan kes penculikan kanak-kanak Posted: 09 Jan 2014 10:56 PM PST PULAU PINANG 10 Jan. - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial berhubung kejayaan polis negeri ini mematahkan sindiket penculikan kanak-kanak di Butterworth, dekat sini. Sebaliknya, menurut beliau, operasi yang dimaksudkan itu adalah kejayaan polis negeri ini menyelamatkan sebanyak 35 lelaki warga Bangladesh yang diseludup dari negara jiran untuk diperdagangkan sebagai tenaga buruh oleh satu sindiket. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |