Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Operasi banteras pembakaran mercun di Sabah Posted: 23 Jan 2014 11:03 PM PST KOTA KINABALU 24 Jan. - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi membanteras pembakaran mercun dan bunga api di negeri ini berkuatkuasa 28 Januari hingga 1 Februari ini sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina. Operasi bersepadu yang dinamakan Ops Letup 5 itu akan memberi tumpuan kepada aktiviti pembakaran bahan api tanpa permit di seluruh daerah di negeri ini. Timbalan Pengarah KDRM negeri, Hamzah Sundang berkata, mana-mana individu yang didapati melakukan pembakaran mercun dan bunga api tanpa permit akan berdepan hukuman mengikut Akta Kastam serta Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api. - UTUSAN ONLINE |
Penjenayah dikehendaki mati ditembak Posted: 23 Jan 2014 10:48 PM PST TAIPING 24 Jan. - Seorang penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Banjar dekat sini, semalam. Dalam kejadian pukul 5 petang itu, suspek berusia 31 tahun yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis telah diburu oleh pasukan dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang menjalankan pemeriksaan cegah jenayah di kawasan berkenaan. Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang cuba melarikan diri dengan memandu kereta jenis Perodua Myvi ke Lorong Berlian 2, Taman Koperasi di sini bagaimanapun terbabas sebelum dia bertindak melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa polis membalas tembakan berkenaan. Katanya, penjenayah tersebut maut di tempat kejadian. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |