{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Kedudukan Khalid meruncing?

Posted: 23 Jan 2014 11:28 AM PST

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Abdul Khalid

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan dokumen sulit bagi membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun Menteri Besar Selangor itu terus menerima tekanan dari parti sendiri termasuk berundur.

Difahamkan, Abdul Khalid kini bukan sahaja menerima tekanan untuk meletakkan jawatan malah sudah ada desakan kuat dalam PKR supaya beliau dipecat berikutan kemelut yang berlaku.

Desakan kuat untuk memecat Abdul Khalid disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini dengan menggunakan istilah desakan keras yang dilakukan oleh empat hingga lima orang anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP).

Saifuddin menyatakan, desakan itu bukanlah satu usul dan MPP tidak membuat keputusan memecat Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Beliau menganggap pandangan seperti itu lumrah dalam parti tetapi menyatakan ia pertama kali desakan seumpama itu dilakukan.

Difahamkan penegasan Saifuddin masih belum mampu memastikan kedudukan Abdul Khalid tidak terancam atau tidak tergugat memandangkan Menteri Besar Selangor itu berhadapan dengan tekanan cukup kuat yang memungkinkan beliau tersingkir.

Tambahan pula, perbalahan politik antara beliau dengan Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dikatakan sudah sampai ke kemuncaknya.

Biar pun penyingkiran Azmin dari PKNS bukan dilakukan oleh Abdul Khalid namun ia tetap memberi kesan hubungan politik kedua-dua pemimpin itu.

Apatah lagi, sejak Jun 2010, Azmin dilihat pemimpin paling lantang mengkritik cara Abdul Khalid mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri.

Terbaharu pada November lalu, apabila Azmin mengkritik keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 peratus hingga 373 peratus.

Berikutan keadaan itu dalam kalangan pemimpin dan ahli PKR khususnya di Selangor, mereka tertanya-tanya sejauh manakah Abdul Khalid mampu bertahan, tambahan pula di negeri itu, kepimpinan beliau kurang disenangi oleh pemimpin parti berkenaan termasuklah dalam kalangan wakil rakyat PKR.

Difahamkan juga kepimpinan kanan PKR tidak berpuas hati dengan Abdul Khalid yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan berhubung sesuatu isu melibatkan pengurusan kerajaan negeri sehingga ada banyak tindakan beliau dilihat menyusahkan parti.

Walau bagaimanapun, satu sumber memberitahu, Abdul Khalid akan terus bertahan memimpin Selangor dengan sokongan padu wakil rakyat DAP dan Pas.

Atas sebab itulah dalam satu mesyuarat baru-baru ini pemimpin kanan PKR tidak mahu desakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid bocor kepada mana-mana pihak kerana kedudukan beliau harus dibincangkan secara bersama dengan rakan sekutu PKR," kata sumber itu.

Namun sumber itu menegaskan, beliau percaya tekanan kepada Abdul Khalid dijangka memuncak menjelang pemilihan PKR pada Mei nanti memandangkan beliau dilihat pencabar terdekat kepada Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Walaupun Azmin tidak pernah membuat sebarang desakan bagi memastikan Abdul Khalid tersingkir daripada kedudukan sekarang namun penyokong beliau didakwa akan terus memainkan peranan bagi tujuan itu," kata sumber tersebut ketika dihubungi.

Tindakan Gobind cemar nama pembangkang

Posted: 23 Jan 2014 11:28 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Tindakan 'membisu' Gobind Singh Deo yang sehingga kini gagal mendedahkan 'surat guaman' kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu sedikit sebanyak telah mencemarkan nama pakatan pembangkang.

Ahli Pas Balik Pulau, Pulau Pinang, Halim Mustaffa berkata, beliau percaya Ahli Parlimen Puchong itu tidak pekak atau bisu bagi menjawab cabaran yang setiap hari dikemukakan pelbagai pihak termasuk kalangan ahli pakatan pembangkang sendiri.

''Gelaran 'tikus Puchong' amat wajar diberikan kepada Gobind kerana sehingga hari ini beliau gagal menunjukkan surat guaman itu.

''Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan sendiri menggelarkan dia 'anak badut' dan ini amat memalukan pakatan pembangkang atas tindakan membisu sekali gus membuktikan beliau hanya jaguh dalam isu- isu yang remeh tetapi menikus dalam isu melibatkan parti sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gobind sebelum ini mendakwa telah menghantar surat guaman untuk menyaman ROS berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti DAP.

Dalam pada itu kata Halim, bagi meyakinkan ahli-ahli pakatan pembangkang berhubung isu tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak memberi penjelasan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada surat tersebut wujud atau tidak.

Katanya, Guan Eng juga perlu menjelaskan berhubung semua kedudukan pemegang jawatan dalam DAP yang masih belum disahkan ROS.

''Beliau harus menjelaskan ke mana hilangnya 851 perwakilan serta kehadiran 450 perwakilan haram yang hadir pada CEC DAP yang ditimbulkan sendiri oleh DAP kepada pihak ROS.

''Kita tidak mahu rakyat menyatakan yang pemimpin pakatan pembangkang pandai berbohong malah sanggup berbohong kepada ahli parti sendiri," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat