Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 04 Jan 2014 10:05 PM PST NIBONG TEBAL 5 Jan. - Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan mayat Mohd. Halif Akim Halim, 2, yang lemas bersama bapanya dalam kejadian di Sungai Kerian, Tanjung Berembang dekat sini petang semalam. Mayat Mohd. Halif Akim ditemui pada pukul 12.30 tengah hari ini di hulu sungai yang terletak kira-kira 400 meter dari lokasinya terjatuh daripada bot. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Bakap manakala gerakan mencari bapanya, Lans Koperal Halim Ibrahim masih diteruskan. - UTUSAN |
6 tahanan terakhir ISA dibebaskan 8.30 pagi Posted: 04 Jan 2014 09:53 PM PST TAIPING 5 Jan. - Kesemua enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting di sini pada pukul 8.30 pagi ini. Keenam-enam tahanan itu ialah Adzmi Pindatun, Mohd. Nazri Dollah dan Bakar Baba yang merupakan warganegara Malaysia, Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu (Indonesia) serta Muadz Hakim (Filipina). - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |