{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Cadangan pindaan berbahaya

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Hasan Ali (kiri) bercakap kepada pemberita berhubung cadangan tiga wakil rakyat DAP yang mahu meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta, Shamsuddin Moner. - MINGGUAN/SAFIYANA SALIM

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 disifatkan amat berbahaya kerana bakal mengundang implikasi terburuk kepada negara sekali gus membawa perselisihan antara agama.

Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali walau bagaimanapun secara sinis berkata, mereka 'dialu-alukan' untuk berbuat demikian supaya umat Islam boleh menilai pendirian Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang.

Beliau turut mempersoalkan asas pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu yang memayungi agama Islam selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Mereka boleh bawa untuk pindaan. Bagi saya, ini adalah peluang paling sahih untuk dipandang oleh rakyat dengan mata, didengar dengan telinga, dibaca dengan perkataan pada saranan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti dan prinsip keputusan yang akan diambil berhubung pindaan itu.

"Sekiranya diluluskan, bayangkan kesannya bukan di Selangor sahaja malah negeri-negeri lain termasuk implikasi kepada peruntukan Perlembagaan selain menimbulkan huru-hara di negara ini kerana mereka akan membentangkan rang undang-undang berbahaya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Jati yang juga Pengerusi Yayasan Murni Akidah, Datuk Dr. Aidit Ghazali dan Pengurus Besar (operasi), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Shamsuddin Moner.

Beliau mengulas cadangan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mahu enakmen berkenaan dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia, Jalan Gasing, Petaling Jaya, kelmarin.

Malah mereka turut menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai kasar dan mahu Subseksyen 9 Enakmen 1988 itu dikaji semula.

Dalam pada itu, Hasan berkata, masyarakat Islam perlu sedar sekiranya tidak ada sebuah peraturan yang menyekat penyebaran agama bukan Islam, Malaysia akan berdepan dengan gerakan kristianisasi terbesar sebagaimana di Indonesia.

Jelasnya, desakan kepada pindaan itu dipercayai akan dibuat mengikut 'selera' puak-puak tertentu yang akan memasukkan elemen hak asasi manusia sebagai asas penting dalam enakmen tersebut.

"Jika dipinda ikut selera mereka, saya merasakan negara ini akan ada perselisihan agama sehingga berlaku pertumpahan darah," katanya.

Beliau yang turut mempertahankan tindakan JAIS itu berkata, dalam prosedur siasatan, badan penguat kuasa berkenaan tidak perlu membuat laporan kepada Exco Kerajaan Negeri mahu pun sesiapa sahaja termasuk Sultan Selangor.

"Saya memberi sokongan 100 peratus kepada JAIS kerana saya tahu tindakan mereka selari dengan peruntukan sedia ada.

"Jika ada orang yang menyifatkan tindakan JAIS itu tidak adil dan terlalu agresif, orang itu perlu berjumpa dengan Penasihat Undang-Undang JAIS sebelum membuat sebarang kenyataan," katanya.

UMNO Selangor sokong tindakan JAIS rampas Bible bahasa Melayu, Iban

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

SHAH ALAM 4 Jan. - UMNO Selangor menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban dalam satu serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Petaling Jaya, Khamis lalu.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, tindakan JAIS itu bertepatan dengan peruntukan undang-undang yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor dalam apa juga bahasa sama ada Melayu, Inggeris, Cina mahupun Iban.

Larangan itu katanya juga termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Bukan Islam) 1988 yang dikuatkuasakan sehingga ke hari ini.

Menurutnya, tindakan JAIS adalah selaras dengan titah perintah Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam negeri sebelum ini supaya semua kaum tidak mengira agama supaya patuh serta akur dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam.

Di Selangor, enakmen itu telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun lalu dan masih sah sehingga ke hari ini.

Sehubungan itu tindakan yang menafikan usaha JAIS itu adalah tidak menghormati undang-undang di Selangor. Kita juga meminta JAIS dan pihak polis meneruskan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat sekiranya disabitkan melanggar undang-undang yang ada," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Noh memberitahu, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang dilaporkan sebelum ini mahu gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan agama itu.

Tegasnya, Andrew tidak perlu bersikap biadab kerana undang-undang yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor telah lama dikuatkuasakan di negeri ini.

Kenyataan beliau bakal menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara di luar jangkaan boleh berlaku. UMNO Selangor akan terus memantau perkara ini selain mengadakan siri bantahan supaya enakmen dan titah sultan tentang larangan pengunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dipertahankan," tegasnya.

Bagaimanapun, kata Noh, UMNO Selangor melarang pemimpin parti itu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat bantahan di mana-mana gereja di seluruh Selangor.

Saranan penggunaan kalimah Allah di gereja di Selangor dibuat oleh Andrew sendiri, bukannya daripada mana-mana pemimpin Kristian lain. Sehubungan itu kita tidak bersetuju jika ada pihak yang ingin membuat perhimpunan atau bantahan di gereja-gereja.

Gereja atau mana-mana rumah ibadat bukan Islam tidak boleh diganggu kerana kemungkinan akan disalah tafsir sebagai menghalang kebebasan beragama," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat