Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
5 terbunuh dalam serangan bom kereta di Beirut Posted: 02 Jan 2014 09:50 AM PST BEIRUT 3 Jan. - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam satu kejadian letupan semalam di selatan bandar Beirut yang merupakan kubu kuat kumpulan militan Hezbollah, menurut laporan Kementerian Kesihatan Lebanon. Pada masa sama, seramai 20 orang tercedera dalam letupan yang berlaku di kawasan kediaman Haret Hreik petang semalam. Menurut laporan seorang pegawai keselamatan Lebanon, letupan itu disebabkan oleh bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta, yang menyasarkan kawasan padat dengan penduduk, bertempat kira-kira 200 meter dari pejabat biro Hezbollah. - AFP |
Komander tentera Congo terbunuh akibat serangan hendap pemberontak Posted: 02 Jan 2014 09:46 AM PST KINSHASA 3 Jan. - Komander pasukan tentera Congo yang bertanggungjawab menewaskan pemberontak Uganda di timur negara itu November lalu, terbunuh dalam satu serangan hendap semalam. Semasa kejadian, Kolonel Mamadou Ndala dan pasukannya sedang mengadakan rondaan dalam wilayah North Kivu apabila kenderaan yang dinaiki diserang, kata jurucakap kerajaan, Lambert Mende. Insiden tersebut turut mengorbankan dua lagi anggota tentera. Menurut laporan, serangan itu dilakukan oleh Pakatan Angkatan Demokratik dan Tentera Nasional bagi Pembebasan Uganda (ADF-Nalu) yang menggunakan roket serta senjata berat. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |