{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


38 ditahan dalam operasi JAIP

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF/pix
fairuz.yusof@utusan.com.my

Antara pasangan yang didapati berkhalwat di beberapa hotel bajet dibawa ke pejabat JAIP untuk diambil keterangan di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 2 Jan. - Sebanyak 38 orang berusia antara 17 hingga 30 tahun ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana didapati berkhalwat serta berpakaian tidak senonoh dalam operasi cegah jenayah syariah sempena Tahun Baharu di sekitar daerah ini semalam.

Operasi bermula pukul 11 malam itu dan berakhir sembilan jam melibatkan kawasan-kawasan tumpuan seperti Pantai Teluk Chempedak, Balok, Padang Esplanade selain hotel bajet yang menjadi tumpuan pasangan bermadu kasih.

Jurucakap JAIP, sebanyak 20 anggota penguat kuasa ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan di kawasan terlibat seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melakukan jenayah syariah.

"Dalam operasi itu, kita berjaya menahan 19 perempuan dan 18 lelaki yang didapati berkhalwat di hotel bajet sekitar daerah ini manakala seorang perempuan dikenakan tindakan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

"Ada di antara pasangan yang ditahan itu berduaan dengan individu bukan Islam. Anggota penguat kuasa juga terkejut apabila terdapat tiga kes iaitu dua lelaki dan satu perempuan ditahan dalam satu bilik," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, seorang gadis bawah umur dari Terengganu turut ditahan kerana berkhalwat bersama pasangannya dan siasatan lanjut mendapati gadis tersebut mengikut rakannya untuk meraikan sambutan Tahun Baharu di bandar ini.

Katanya, semua individu terlibat dibawa ke pejabat JAIP untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

25,785 murid tahun satu di Pahang

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Teruntum, Muhammad Ammar Bahaiqi Azhar dipujuk gurunya, Murnizam Muda selepas mahu keluar dari kelas pada hari pertama persekolahan sesi 2014 di sekolah tersebut di Kuantan, Pahang, semalam. - BERNAMA

KUANTAN 2 Jan. - Sebanyak 25,785 murid tahun satu daripada 147,753 murid di 573 sekolah rendah memulakan sesi persekolahan di seluruh negeri hari ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Rosdi Ismail berkata, setakat ini tiada sekolah yang menunda sesi persekolahan walaupun ada di antaranya terlibat dalam kejadian banjir bulan lalu.

Menurutnya, proses pendaftaran murid baharu juga berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada ibu bapa mereka yang teruja melihat anak-anak mereka memasuki alam persekolahan.

Guru Besar, Hazizah Ujang (kanan) menyampaikan cenderamata kepada pelajar tahun satu sebagai meraikan pelajar baharu itu sempena pembukaan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

Alhamdulillah, sesi persekolahan hari ini berjalan seperti biasa walaupun terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah yang ditimpa musibah banjir bulan lalu kembali beroperasi seperti biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosdi berkata, pihak pengurusan sekolah yang ditimpa banjir khususnya di daerah ini telah mengambil langkah segera dalam membaiki peralatan tertentu termasuk bilik darjah supaya sesi pembelajaran tidak terjejas.

Menurutnya, peralatan seperti kerusi dan meja untuk murid juga telah diganti yang baharu setelah peralatan lama rosak akibat musibah itu.

Katanya, bagaimanapun terdapat sedikit kelewatan berkaitan bekalan buku teks memandangkan buku sedia ada rosak dan perkara itu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum 7 Januari ini.

Tambahnya, tempahan buku teks sudah dibuat kepada pihak pembekal dan akan diterima secara berperingkat sehingga 7 Januari ini.

Selepas menerima buku tersebut, pihak sekolah akan merekod dan menyenaraikan buku tersebut sebelum diedarkan kepada murid dan pelajar sekolah di negeri ini.

Saya berharap ibu bapa bersabar dengan situasi ini dan jabatan pendidikan sedaya upaya berusaha memastikan semua murid dapat mengikuti pembelajaran dengan lancar," ujarnya.

GB4B akur robohkan rumah belia

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Rumah Belia 4B Jerantut yang sudah uzur berhampiran Padang FA, Jerantut, Pahang.

JERANTUT 2 Jan. - Gerakan Belia 4B (GB4B) Jerantut akhirnya akur dengan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk merobohkan rumah Belia 4B berhampiran Padang FA di sini.

Namun demikian, pihak MDJ telah menyediakan tapak khas untuk mendirikan bangunan baharu menggantikan rumah Belia 4B yang uzur itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan GB4B Jerantut melalui satu perjumpaan yang diadakan baru-baru ini.

"Kita telah sediakan satu kawasan baharu kepada belia di Kompleks Sukan yang akan siap tidak lama lagi sebagai tempat untuk mereka melakukan aktiviti.

"Kita mengambil keputusan untuk merobohkan rumah tersebut sejak 2011 kerana sudah agak usang serta terdedah dengan banjir kilat dan tidak selamat diduduki," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rumah Belia 4B itu sudah uzur dan banyak kerosakan pada struktur bangunannya.

Wan Norizan berkata, sudah tiba masanya belia di daerah ini melakukan pembaharuan termasuk mempunyai bangunan baharu bagi menjalankan aktiviti mereka.

"Kawasan sekitar rumah itu sudah dinaik taraf dan harus dirobohkan bagi membolehkan MDJ melakukan projek pembinaan padang atau tapak letak kereta kerana didirikan di atas tanah milik kerajaan," jelasnya.

Beliau berharap isu merobohkan rumah Belia 4B tidak dipanjangkan kerana kata sepakat telah dicapai demi kebaikan kedua-dua pihak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat