Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Perdana Menteri Tunisia letak jawatan Posted: 09 Jan 2014 10:05 AM PST TUNIS 10 Jan. - Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh akan meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada pentadbiran sementara, sebagai salah satu janji beliau kepada pembangkang untuk meletakkan demokrasi di negara ini kembali ke landasan sebenar. "Perdana Menteri sudah mengisytiharkan akan menyerahkan surat perletakan jawatan hari ini (semalam waktu Malaysia), menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden yang disiarkan oleh agensi berita TAP. - REUTERS |
Mahkamah Mesir penjarakan 113 pengikut Mursi Posted: 09 Jan 2014 10:03 AM PST KAHERAH 10 Jan. - Beberapa buah mahkamah di sini semalam, menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun ke atas 113 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi kerana terlibat dalam tunjuk perasaan tanpa kebenaran dan terlibat dalam keganasan. Mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas 63 orang menyokong Mursi selain mendenda setiap mereka sebanyak 50,000 pound Mesir (RM23,558.79). Mereka juga boleh dibebaskan dengan membayar ikat jamin sebanyak 5,000 pound Mesir (RM2,355.88) untuk mengelakkan daripada dipenjara sehingga kes rayuan mereka didengari. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |