Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
- Pegawai PPDNKK di setiap pasar
- 4,112 premis diperiksa sempena Op Harga
- Sekolah luar bandar dinaik taraf
Pegawai PPDNKK di setiap pasar Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN SHAHIRUDDIN Ab. Moin (belakang, lapan dari kiri) bersama para pegawai pembangunan koperasi selepas majlis perjumpaan bersama pegawai pembangunan koperasi di Temerloh, Pahang, semalam. TEMERLOH 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) diminta menempatkan pegawai penguat kuasa di pusat pendaratan ikan dan pasar di negeri ini sebagai langkah membendung kenaikan harga ikan dan sayur yang dikatakan naik mendadak sejak seminggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, langkah itu bagi memastikan tidak ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga. "Peniaga tidak sepatutnya sesuka hati mengaut keuntungan dengan menaikkan harga ikan dan sayur tetapi perlu bertimbang rasa ke atas pengguna dan orang ramai. "Malah faktor cuaca dan musim tengkujuh yang sedang melanda negara jangan dijadikan sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dan jika dinaik pun, biarlah berasas," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perjumpaan bersama pegawai pembangunan koperasi seluruh Pahang di sini hari ini. Harga ikan di kebanyakan negeri terutamanya kembung, selar dan kerisi dilaporkan naik antara RM2 hingga RM4 sekilogram manakala harga sayur-sayuran pula naik antara 40 peratus hingga 60 peratus menyaksikan harga terung naik kepada RM7 sekilogram berbanding RM4 sekilogram. Sementara itu, Shahiruddin berkata, koperasi perlu memainkan peranan agar kira-kira lapan juta ahli koperasi di seluruh negara tidak terbeban dengan isu kenaikan harga barang. Katanya, koperasi boleh membantu ahli-ahli dengan menjual barangan pada harga murah dan berpatutan yang tidak membebankan pengguna. |
4,112 premis diperiksa sempena Op Harga Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST ABDUL Kadir AlJailani Mohamad Shariff (kanan) memeriksa tanda harga di sebuah kedai runcit dalam operasi tanda harga KPDNKK di Indera Mahkota, Pahang, kelmarin. KUANTAN 9 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menjalankan 4,112 pemeriksaan ke atas pelbagai premis perniagaan di negeri ini dalam Op Harga yang diadakan sejak 1 Januari hingga semalam. Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Abdul Kadir Aljailani Mohd. Sharriff berkata, dalam operasi itu juga sebanyak 12 buah premis telah dikenakan kompaun kerana tidak meletakkan tanda harga. "Nilai kompaun yang dikenakan ke atas semua peniaga yang terlibat adalah sebanyak RM1,512.50 dengan nilai rampasan RM5,400," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan Op Harga di Indera Mahkota 5, di sini semalam. Katanya, kebanyakan alasan yang diberikan oleh para peniaga yang tidak meletakkan tanda harga adalah kerana terlupa. "Kita tetap mengenakan kompaun ke atas mereka di bawah Seksyen 18 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan," katanya. Menurut beliau, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada peniaga yang menaikkan harga barangan keperluan di negeri ini. "Kalau ada sekalipun tidaklah ketara dan terlalu tinggi. Bagaimanapun peniaga yang naikkan harga kita akan ambil tindakan menggunakan undang-undang yang sedia ada," katanya. Menurut beliau, pihaknya akan terus menjalankan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memantau peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. "Pengguna juga perlu bijak untuk membeli barangan di premis yang tidak menaikkan harga. Kita sebagai pengguna perlu tahu hak kita. "Pengguna juga boleh melaporkan kepada pihak kami jika ada sebarang maklumat mengenai kenaikan harga barang dengan menghantarnya ke e-aduan@kpdnkk.gov.my," katanya. |
Sekolah luar bandar dinaik taraf Posted: 09 Jan 2014 10:33 AM PST KUALA KRAU 9 Jan. - Kemudahan sekolah termasuk di kawasan pedalaman yang sentiasa ditingkatkan membuktikan kerajaan tidak pernah membezakan antara pelajar di bandar dan luar bandar. Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said sehubungan itu berkata, Orang Asli khususnya perlu memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan merebut kesempatan berkenaan dengan memastikan anak mereka ke sekolah bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik. Malah, kerajaan turut menempatkan guru berkemahiran dan terlatih di sekolah luar bandar untuk melatih generasi muda tanpa mengira kaum supaya mereka cemerlang dalam pelajaran," katanya di sini baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |