Utusan Online - Rekreasi
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rekreasi |
Posted: 02 Jan 2014 07:04 AM PST Aliran jeram yang mendamaikan di Sungai Sedim, Kulim. CUTI persekolahan mungkin sudah berakhir, tetapi pengalaman sepanjang percutian baru-baru ini boleh tentunya dikongsi antara satu sama lain dan seterusnya mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin merancang percutian pada masa hadapan. Destinasi percutian pula berbeza-beza. Ada yang memilih untuk ke tempat-tempat menarik di negara jiran sebagi destinasi untuk membawa keluarga. Tetapi, dalam negara juga mempunyai pelbagai lokasi menarik yang ada antaranya kita tidak sedari. Setiap negeri di Malaysia mempunyai puluhan tarikan pelancongan untuk dikunjungi yang setiap satu menawarkan pengalaman yang berbeza. Sungai Sedim juga menjadi lokasi untuk aktiviti sukan lasak. Ada pula yang cukup unik yang langsung tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa destinasi atau percutian seperti itu wujud di negara ini. Ada antaranya kelihatan sederhana, tetapi mempunyai keistimewaan dan keunikan sendiri yang hanya dapat dirasai apabila telah menjejakkan kaki ke sana. Bagi mereka yang sering berkunjung ke negeri Kedah, destinasi pelancongan yang kerap terlintas di kepala tentunya Pulau Langkawi. Yang suka membeli-belah pula, sudah tentu berminat ke Bukit Kayu Hitam dan dalam perjalanan pulang mahu singgah di Pekan Rabu, Alor Star untuk membeli barangan tradisional yang jarang boleh didapati di tempat lain. Tetapi jangan lupa, daerah Kulim yang lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian sebenarnya turut memiliki tarikan pelancongannya tersendiri. Mungkin tidak sehebat destinasi-destinasi lain, tetapi pastinya ia mempunyai kelainan yang mampu memberi kepuasan tersendiri. Jambatan atas pokok sepanjang hampir satu kilometer yang mendekatkan lagi Mungkin ada yang tertanya-tanya apa tempat menarik yang ada di Kulim? Hutan Lipur Sungai Sedim yang berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas adalah antara yang boleh dikunjungi untuk merehatkan minda sambil 'bermesra' dengan alam semujadi. Ini merupakan kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan semujadi yang ditengah-tengahnya mengalir Sungai Sedim yang menyediakan pelbagai aktiviti air menarik. Pemandangan dari atas pokok yang memukau. Ada lapan anak sungai mengalir sepanjang Sungai Sedim yang sejauh 15 kilometer beserta dengan jeram yang menjadi lokasi sukan lasak seperti berkayak dan berakit di arus deras. Kerana tarikan itu Sungai Sedim dan anak-anak sungai sekitarnya seperti Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh pernah menjadi lokasi pertandingan kayak arus deras peringkat antarabangsa. Tetapi aktiviti yang paling menarik dan boleh disertai oleh semua orang ialah 'berjalan' atas pokok atau 'canopy walk'. Dikenali sebagai Tree Top Walk, ia terletak di kaki Gunung Inas dan setinggi 50 meter dari aras bumi. Mula dibina pada 2004 dan siap pada 2005 dengan jarak hampir satu kilometer untuk membolehkan pengunjung menikmati dan menghayati kaindahan hutan. PINTU masuk ke Tree Top Walk di Sungai Sedim, Kulim. Di anggap sebagai yang terpanjang di dunia, berjalan di atas Tree Top Walk ini membolehkan pengunjung melihat dan merasai sendiri pemandangan hutan dari atas pokok. Malah, ia menjadikan pengunjung lebih dekat dengan flora dan fauna yang terdapat dalam hutan simpan itu dan jika bernasib baik anda akan berselisih dengan penghuninya yang pelbagai itu. Binaannya pula kemas dan selamat kerana sepanjang jambatan atas pokok itu ada penghadang yang cukup tinggi di kiri dan kanan untuk keselamatan pengunjung. Oleh itu, bagi mereka yang ada keluarga boleh membawa bersama anak-anak termasuk yang masih bayi. Ini kerana boleh bawa bersama kereta sorong bayi di atas Tree Top Walk ini. Kalau rasa penat berjalan, maklumlah jaraknya satu kilometer, boleh berehat seketika di check point yang telah disediakan. Yang pasti, berjalan dari pokok ke pokok ini sememang satu pengalaman yang berbeza. Itu adalah pengalaman yang ditawarkan kepada mereka yang berkunjung ke Hutan Rekreasi Sungai Sedim. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rekreasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |