{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


FAM belum perlukan Troussier

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

Philippe Omar Troussier

SEPANG - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan bola sepak Malaysia belum sampai ke tahap yang mewajarkannya untuk mengambil jurulatih bertaraf dunia seperti Philippe Omar Troussier bagi melatih skuad negara.

Katanya, lebih baik wang yang akan dibelanja oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menggajikan bekas jurulatih Jepun digunakan bagi tujuan pembangunan bola sepak peringkat akar umbi.

FAM bebas untuk memilih atau menggaji sesiapa yang mereka hendak. Itu duit mereka (namun) saya rasa kita tidak sampai tahap untuk mewajarkan ada jurulatih seperti Troussier.

Kalau kita dah sampai tahap yang mungkin boleh layak ke Sukan Olimpik atau Piala Dunia, keperluan bagi seorang jurulatih yang bertaraf dunia sebegitu (pasti) mendesak," katanya selepas membuat pelepasan Kejohanan Kapcai Tahan Lasak KBS-MAM di Litar F1 Sepang semalam.

Troussier mendahului senarai calon kerusi panas FAM bagi menggantikan Datuk K. Rajagobal di samping rakan senegara, Marcel Desailly, Alex Miller dari Scotland, Bobby Houghton (England) dan bekas jurulatih Pahang, Dollah Salleh.

Jurulatih dari Perancis itu paling diingati selepas membimbing Jepun layak dan kemudian mara hingga ke pusingan kedua Piala Dunia 2002 setelah dua tahun sebelumnya melatih mereka untuk menjuarai Piala Asia 2000.

Dia, yang digelar White Witch Doctor di Afrika kerana kejayaannya mengubah skuad Nigeria, Afrika Selatan dan Burkina Faso menjadi gergasi benua itu dikhabarkan akan menerima gaji mencecah RM416,000 sebulan jika FAM melantiknya sebagai jurulatih Harimau Malaya.

Khairy menegaskan: Saya lebih suka tumpukan pembangunan daripada kita menawarkan pakej berjuta-juta ringgit bagi seorang jurulatih bertaraf dunia yang kesannya tidak sebesar mana (FAM meletakkan sasaran terutamanya untuk melepasi kelayakan Piala Asia 2015, Mac ini).

Kumpulan bakat pemain sedia ada kita sebenarnya masih terhad daripada segi prestasi. Tidak banyak yang boleh dibuat oleh jurulatih bertaraf untuk melonjakkan (prestasi) pasukan kebangsaan," katanya, yang sebaliknya menyokong peruntukan kewangan disalurkan kepada pembangunan skuad Harimau Muda.

Jelasnya, soal melantik jurulatih bertaraf dunia hanya boleh difikirkan setelah pembangunan bola sepak yang dirancang rapi dengan kementerian berjaya menghasilkan kumpulan bakat baharu yang bukan sahaja boleh bersaing di peringkat Asia Tenggara bahkan di peringkat benua Asia.

Khairy menambah, kementeriannya, atas faktor pembangunan dan permintaan FAM, turut meluluskan pembiayaan sebahagian daripada RM4 juta sebagai kos penghantaran skuad Harimau Muda A bimbingan Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai Liga Perdana Kebangsaan Queensland Australia pada Mac ini.

Chong Wei jumpa Chen Long

Posted: 11 Jan 2014 11:45 AM PST

Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea di Seoul selepas menang mudah 21-17, 21-17 ke atas Kenichi Tago.

KUALA LUMPUR - Jaguh nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menghampiri kejuaraan sulung bagi musim 2014 apabila mara ke perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan selepas mengalahkan pilihan kelima, Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan separuh akhir di Stadium SK Handball, Seoul semalam.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan masa 51 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-17, 21-17 ke atas Tago.

Menanti Chong Wei di perlawanan akhir yang akan berlangsung hari ini ialah Chen Long dari China yang sebelum itu mudah menjinakkan pemain pilihan keenam dari Thailand, Boonsak Ponsana 21-15, 21-9.

Mengikut rekod pertemuan, kedua-dua pemain ini terikat 7-7 selepas 14 kali bertemu, namun Chen Long dilihat mempunyai kelebihan dari segi psikologi kerana mengalahkan Chong Wei tiga kali berturut-turut dalam tiga pertemuan terakhir mereka.

Bagaimanapun, Chong Wei tidak melihat kekalahan kepada Chen Long di perlawanan akhir Siri Super Premier Terbuka Denmark 2013, All-England 2013 dan Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 mampu memberikan kegusaran buatnya menjelang perlawanan akhir hari ini.

Saya hanya fikirkan kejuaraan, bukannya siapa yang akan saya jumpa dalam perlawanan akhir. Sudah tentu saya mahu memburu kejuaraan pertama dalam tahun baharu ini," katanya yang masih segar dengan kejuaraan Siri Super Akhir 2013 di Kuala Lumpur bulan lepas.

Jelasnya, semua pemain mahu memulakan aksi 2014 dengan meraih kejuaraan sulung, tidak terkecuali dirinya walaupun sedar bukan tugas mudah untuk menumpaskan pemain di ranking no. 2 dunia itu.

Setidak-tidaknya mara ke perlawanan akhir adalah permulaan yang baik buat saya untuk musim 2014, sebelum ini saya ingat akan tewas kepada Tago tetapi akhirnya menang dan berjaya mara ke pusingan seterusnya," katanya.

Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, perlawanan akhir yang akan berlangsung antara Chong Wei dan Chen Long diramal sangat sukar dan peluangnya 50-50.

Melihat kepada permainan Chong Wei hari ini (semalam) dia mempunyai kelebihan dari segi pertahanan dan serangan yang padu, walaupun Tago telah berjaya menunjukkan kematangan ketika beraksi serta sukar untuk menumpaskannya," kata bekas pemain perseorangan negara itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat