{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Hiburan

Posted by Admin

Utusan Online - Hiburan


Mengaku hubungan dengan kerabat

Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com

KISAH dongeng Cinderella tentang seorang gadis biasa yang bertemu jodoh dengan anak raja menjadi impian sesetengah wanita. Nasib dan tuah Cinderella yang cantik serta menjadi kaya dan ternama dalam lingkungan istana merentasi alam khayalan menjadi kenyataan.

Selain dilimpahi kemewahan, ia adalah jalan singkat yang boleh mengubah pandangan masyarakat.

Justeru tidak hairanlah jika ada dalam kalangan wanita hari ini bercita-cita senasib dengan Cinderella. Kerana itu tidak hairanlah kalau ada yang memasang strategi untuk mendampingi kerabat diraja bagi menzahirkan impian mereka.

Inilah tanggapan umum yang dilemparkan kepada penyanyi, Lufya Omar. Dia antara figura awam yang menjadi perhatian masyarakat selepas hubungan istimewanya dengan kerabat diraja diketahui umum baru-baru ini.

Bagaimanapun Lufya menafilan dia mahu menjadi Cinderella tetapi tidak menafikan hubungan "sebagai kawan" dengan seorang lelaki muda kerabat diraja di sebuah negeri.Kerana itu dia tidak mahu cerita hubungan rapat dia dengan kerabat diraja itu disalah anggap sebagai mahu menjadi Cinderella zaman moden.

Dalam dunia hiburan tempatan, kisah Lufya ini bukanlah suatu yang luar biasa malah kalangan kerabat diraja menjadi tumpuan sesetengah selebriti.

Disebab itu Lufya bimbang hubungan dia dengan kerabat diraja itu membuatkan dia dianggap sebagai wanita materialistik.

"Saya memang terasa kalau orang berkata yang bukan-bukan tentang diri saya. Tetapi tidak salah bukan kalau seorang wanita bujang berkawan dengan sesiapa yang mereka suka.

"Saya ikhlas berkawan dengan dia (kerabat diraja itu). Tapi kalau ada orang kata skandal saya dengan kerabat ini ada niat tertentu, terserahlah. Saya tak boleh nak komen.

"Sebab itu saya cukup berhati-hati dalam soal ini. Saya tak mahu orang salah anggap," tegas Lufya sambil menegaskan bahawa hubungan dengan kerabat diraja itu bukan "hubungan istimewa" malah hanya "kawan biasa" sahaja.

Sebenarnya ini adalah jawapan standard yang kita selalu baca apabila seseorang artis dilihat oleh masyarakat mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang tokoh ternama atau sesama kalangan artis.

Lufya berkata, kerabat diraja yang dimaksudkan oleh banyak orang itu adalah kenalan keluarganya dan mereka sudah lama kenal antara satu dengan lain. Pada masa yang sama Lufya menyenangi budi bahasa kerabat itu yang sanggup "berkawan" dengan gadis biasa sepertinya.

Mengulas perkara utama yang menyebabkan Lufya menyenangi kerabat berkenaan kata penyanyi program realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini, adalah sikap hormat menghormati.

Lufya menegaskan, sepanjang hubungan mereka tidak pernah wujud jurang antara dua darjat, antara rakyat dengan kerabat diraja.

Pun begitu kata Lufya, dia tidak mahu kenyatan yang dikeluarkan itu menyebabkan ramai yang menggangap dia memilih teman atau berkawan dengan golongan istana sahaja.

Menafikan dia seorang yang sukar di dekati, tegas Lufya dia tidak kisah untuk menghulurkan salam perkenalan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas untuk bersahabat dengannya.

Mengenai perancangan masa depan dengan kerabat diraja itu. Lufya atau nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar ketawa seperti menyembungikan sesuatu.

"Apa yang hendak dirancangkan? Tak ada hubungan istimewa pun. Kami cuma berkawanlah".

Bagaimanapun penafian itu tidak cukup untuk menyakinkan dia dengan kerabat diraja itu hanya kawan biasa. Sebabnya dalam kalangan artis, "kawan biasa" adalah jawapan klise yang mesti difahami secara terbalik.

Kata Lufya, soal cinta bukan lagi satu perkara utama buatnya pada masa sekarang.

Dia mahu menikmati zaman solo dan bebas untuk melakukan apa saja tanpa perlu menjaga hati mana-mana pihak seperti mana dilakukan kebanyakan pasangan bercinta.

Mengakui ada yang cuba mengetuk pintu hatinya namun kata Lufya, dia masih belum bersedia kerana mahu memberi fokus kepada minatnya dalam bidang seni.

"Sekarang ini bukan masa untuk bercinta. Bercinta dengan kerjaya saja," katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri Ramadan Jangan Pergi di TV3 tidak lama lagi.

Bersikap terbuka tentang bakal kekasih kata Lufya, dia tidak mahu terlalu mendedahkan siapa teman hatinya kerana bimbang dipandang serong oleh masyarakat.

Mengiakan wujudnya sifat negatif segelintir pihak andai seseorang artis itu menayangkan kekasih di laman sosial, Lufya juga ada pandangan tersendiri berhubung perkara itu.

"Selagi seseorang artis itu belum berkahwin, pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang siapa kekasih atau status terkininya. Selagi belum ada ikatan yang sah, selagi itulah masyarakat akan terus bertanya.

"Sebab itu saya merasakan bahawa selagi belum 'diikat' oleh seseorang, lebih baik tidak terlalu teruja bercerita atau bergambar terlalu kerap dengan kekasih. Nanti kalau tak jadi, siapa yang dapat malu," katanya lagi.

Mengubati kekecewaan

MENGULAS tentang kehampaan yang dialami sepanjang perjalanan seninya kata Lufya, dia seorang pejuang yang tidak mudah putus asa walaupun langkahnya itu pernah tergelincir.

Cita-cita untuk menjadi penyanyi semakin menebal kata Lufya, akhirnya dia akur pada sikap segelintir artis yang tidak senang dengan kehadirannya suatu ketika dulu.

"Saya terlalu naif dan hilang arah tuju selepas keluar AF6 kira-kira enam tahun lalu. Memang tak ada tempat rujukan dan apabila kerap ditipu, saya jadi bosan dan buat hal sendiri selama hampir empat tahun.

"Disebabkan terlalu kecewa dengan nasib, saya ambil keputusan untuk memerap di studio. Dalam diam, saya berjaya menghasilkan lebih 20 lagu. Ternyata dengan cara menyibukkan diri itu berjaya merawat kelukaan saya.

"Terapi itu juga berjaya menambah keyakinan saya dalam segala hal. Saya menjadi lebih fokus dan mengerti apa yang terbaik untuk masa depan," katanya yang bakal popular dengan lagu ciptaan sendiri berjudul Doaku dan Diam ini.

Menyentuh tentang cerita lama kata Lufya, dia tidak akan melupakan kesukaran untuk meraih kepercayaan daripada bapa, Sheikh Omar Sheikh Abdullah untuk menceburi bidang nyanyian.

Memandangkan bapa seorang yang tegas, dia bersyukur apabila ibu, Asnak Assaidy, 50, bertindak sebagai pembela jika dimarahi bapa yang tidak merestui dia menyanyi pada peringkat awal.

Sementelah ibunya bertindak sebagai guru vokal sewaktu zaman kanak-kanaknya kata Lufya, dia juga bertuah kerana memiliki set karaoke yang ditempatkan di rumah untuk berlatih menyanyi.

"Walid (ayah) adalah seorang yang konservatif sebab cara didikan arwah nenek dan datuk yang tidak mahu anak dara mereka menyanyi di tempat awam.

"Tapi mama bagi jalan penyelesaian. Mama cakap lebih baik saya menyanyi di rumah daripada menyanyi di luar. Mungkin walid terasa apabila saya masuk AF6 awal-awal dulu tapi sekarang restu itu semakin saya diperolehi," kata Lufya yang berketurunan Arab dan Melayu ini.

Mengenai kerjaya kata Lufya, sekarang ini adalah waktu bekerja. Sementelah berdepan dengan pelbagai cabaran hampir empat tahun, kini adalah waktu yang paling tepat untuk bertindak agresif.

Erma izin Bade kahwin

Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba kami di meja Pancaindera dikejutkan dengan perkongsian gambar perkahwinan baharu pengarah filem terkenal, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade Hj. Azmi.

Menurut si penghantar maklumat, gambar ini adalah perkahwinan kali kedua Bade dengan seorang wanita bernama Aida Abdul, berusia awal 30-an. Majlis pernikahan Bade dan Aida sudah berlangsung beberapa bulan lalu di sebuah negara jiran.

Sementara majlis meraikan pasangan pengantin berlangsung pada 27 Mei lalu di sebuah hotel di Cherating, Pahang dengan dihadiri jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan artis. Si pengantin perempuan juga tidak lokek berkongsi detik-detik manisnya dengan pengikut di laman Instagram semenjak beberapa hari yang lalu. Orangnya memanglah manis sekali, cantik jelita dan bergaya.

Lalu, hati terus terfikir, apakah keadaannya dengan si isteri, Erma Fatima ketika ini? Apakah Erma selaku isteri memberi keizinan untuk pernikahan itu berlangsung? Seram sejuk sebenarnya pihak kami mahu mendapat kenyataan Erma Fatima soal ini, takut juga kalau-kalau ada yang terkena sakit jantung.

Namun apa yang berlaku lari dari jangkaan kami, rupa-rupanya Erma tenang-tenang sahaja. Tidak menolak sudah mengetahui mengenai kisah perkahwinan kedua Bade dan dirinya kini bermadu, apa yang membuat kami lebih tersentuh adalah cara Erma untuk meminta semua pihak di luar sana mendoakan kebahagiaan suaminya itu.

Erma yang ketika ini berada di Sepanyol bagi penggambaran karya terbaharunya, menjawab dengan penuh diplomasi, sekaligus memperlihatkan sisi kematangannya yang tidak berbahagi. Ini isi perbualan kami di talian khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Jumaat kelmarin.

Mingguan: Erma sudah tahu mengenai perkahwinan kedua Bade?

Erma: Ohhh Saya restu dan saya izinkan.

Maksudnya Bade tidak bernikah secara senyap-senyap?

Erma: Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu.

Selalu hal-hal begini begitu sensitif buat sesetengah wanita, tetapi Erma cukup berbeza mengapa?

Erma: Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

Kalau boleh Erma jelaskan perasaan Erma ketika ini dengan lebih mendalam.

Erma: Sudah tentu perempuan itu mampu memberikan Bade kebahagiaan. Jadi sudah jelas mengapa Bade mengahwininya.

Tiada sekelumit rasa kecewa?

Erma: Selama perkahwinan kami Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

Apa harapan Erma selepas ini?

Erma: Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan dia mampu untuk berkahwin lain. Jadi, saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar