{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Seksi tapi derita

Posted: 28 Aug 2013 02:12 PM PDT

Bukan saja perempuan, sudah semestinya lelaki tidak akan berkelip-kelip mata memandang wanita dengan postur susuk tubuh menggiurkan. Mata terus terpana pada bahagian perut yang dibaluti pakaian ketat tanpa sebarang lemak melimpah dan puncak payu dara pula tampak menonjol.

Sekali pandang mungkin berfikir bertuahnya dia memiliki tubuh sempurna terutama yang bertubuh agak gemuk dan gempal tidak nampak lemak mengeleber. Tetapi bagi yang tahu, wanita itu sebenarnya memakai korset untuk mendapatkan tubuh yang langsing.

Ada wanita yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit membeli korset yang didakwa mempunyai infra red untuk membakar kalori dan menurunkan berat.

Bagi wanita mahu tampak susuk tubuh sempurna mereka tidak kisah semua itu dan sedia menyarungnya sehari suntuk meskipun terpaksa menanggalkan dan mengenakan semula selepas kencing. Ada wanita yang malas dan menahan saja kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing.

Tidak salah mahu kelihatan ramping, namun soal kesihatan perlu dititikberatkan kerana tidak guna tampil cantik tetapi memudaratkan kesihatan.

Pemakaian korset secara sembarangan, tidak mengikut keperluan, saiz dan keupayaan diri sebenarnya boleh membawa risiko tidak diundang.

Ada pakar mendapati, wanita yang mahu memakai korset untuk kelihatan langsing berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Penggunaan korset dikatakan, menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan ia tidak dapat menahan tekanan berkenaan, selain masalah sukar bernafas, kurang selera makan disebabkan pemakaian korset yang tidak betul.
Kesan korset zaman Victoria

Dalam buku bertajuk Bound to Please: A History of the Victorian Corset, pakar sejarah Leigh Summers dan Mel Davies menyatakan, melalui kajian masing-masing mengenai pemakaian korset, antaranya wanita yang memakai korset ketika itu tidak dapat melakukan sebarang aktiviti fizikal, malahan cepat penat apabila berjalan jauh, menaiki tangga tanpa berhenti untuk berehat.

Kesan lain, rahim jatuh, barah pangkal rahim dan batuk kering.

Pengamal perubatan pada ketika itu tidak mahu mengakuinya dan menganggap, ia sebagai rungutan wanita dan penyakit rahim. Mengapa? Kerana pemakaian korset diterima pakai dalam kalangan wanita kelas pertengahan.

Beberapa kesan kesihatan lain turut dibicarakan, antaranya pemakaian korset yang menekan lantai pelvis bukan saja menyukarkan tumbesaran fetus, tetapi juga sukar hamil disebabkan keadaan fizikal dan frekuensi hubungan kelamin yang rendah akibat kesakitan ketika bersama.

Impak pada organ dalaman

Organ dalaman yang ditekan ke bawah meningkatkan tekanan terhadap rahim apabila bergerak dan duduk, antara sebab keguguran secara semula jadi. Fetus pula kekurangan oksigen akibat daripada aliran darah yang semakin terhad.

Begitu juga otot abdomen mengalami atrophy atau mengecil saiznya akibat korset dan kelemahan otot menyukarkan wanita meneran. Mereka juga sukar dan kurang selera makan mengakibatkan malnutrisi serta berat bayi rendah ketika dilahirkan. Saiz pelvis yang mengecil juga dibimbangi menyukarkan kelahiran kerana bayi tidak dapat melalui ruang pelvis.

Sementara itu, Dr Isaac Abt pada 1923, pernah menyatakan mengenai jumlah kematian ketika lahir berkurang, ia seiring dengan pemakaian korset yang tidak lagi popular selain pembaikan kaedah Caesar.

Kesan pemakaian korset kepada organ dalaman, iaitu ruang paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas dan terpaksa bekerja lebih. Ia akan cepat penat dan letih melampau yang menyukarkannya berfungsi sempurna dan berdegup laju.

Pemakaian korset juga memberi kesan pada kelemahan lantai pelvis, stres dan kegagalan menahan air kencing.

Doktor pada zaman Victoria juga percaya, korset yang dipasang ketat menyebabkan perut tidak dapat mengisar dan menghadamkan makanan dengan sempurna.

Pandangan dunia perubatan

Sementara itu, Pakar Tulang Belakang, Hospital Sungai Buloh, Dr Sallehuddin Abdullah, berkata pemakaian korset sebenarnya lebih digunakan sebagai rawatan kepada pesakit tulang belakang.

Katanya, pemakaian korset bertujuan mengatasi masalah tulang belakang pesakit dan sebahagian daripada fisioterapi. Bagaimanapun, bukan sewenang-wenangnya pesakit disarankan memakai korset, sebaliknya perlu mendapat rundingan dan nasihat daripada doktor serta ahli fisioterapi.

Pesakit tidak boleh memakai korset jika tidak ada susulan daripada nasihat doktor. Jika tidak dipatuhi, ia lama kelamaan akan memberi kesan kepada otot keliling belakang. Daripada rasa selesa pada permulaan pemakaian korset, lama-kelamaan pesakit yang memakai korset dalam jangka masa panjang akan lebih berasa sakit. Sakitnya lebih teruk daripada sebelum memakai korset, katanya.

Pakai kurang enam bulan

Dr Sallehuddin, berkata saranan penggunaan pemakaian korset selalunya bergantung kepada tahap serius penyakit dihidapi.

Kebiasaannya korset disarankan untuk pesakit tulang belakang yang mahu memulakan perjalanan jauh atau melakukan aktiviti luar rumah. Jika pesakit tulang belakang mengalami kes serius mereka hanya menanggalkan ketika tidur manakala pada waktu lain memang disarankan terus memakainya sebagai salah satu kaedah rawatan, katanya.

Beliau menegaskan, pemakaian korset selalunya disarankan tidak lebih daripada enam bulan atau dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Saya kurang mendalami masalah lemah kawalan kencing disebabkan memakai korset. Mungkin pakar perubatan aestetik mungkin mempunyai pandangan tersendiri. Cuma dari segi kesihatan, penggunaannya perlu dipantau. Mungkin nampak cantik di luaran, namun dibimbangi memberi kesan dalaman, katanya.

Pakai ikut keperluan saiz

Bak kata pepatah lama, ukur baju di badan sendiri. Pepatah ini mungkin tepat, disarankan kepada pengguna korset terutama wanita. Ini kerana ramai wanita yang mengambil keputusan memakai korset tanpa mendapat runding cara yang tepat.

Memilih korset mengikut saiz badan dan menukar kepada saiz lebih besar atau kecil mengikut perkembangan semasa badan perlu untuk mengelak sebarang risiko penyakit.

Salah pilih saiz korset hanya membuatkan tubuh anda lebih menonjol dan tidak langsing semula jadi. Lebih memalukan, pemakaian korset tanpa saiz betul membuatkan anda kelihatan pelik dan menjadi perhatian.

Kajian menunjukkan, dua daripada tiga wanita memakai pakaian dalam tidak sesuai sejak remaja dan ketika menginjak usia, kecenderungan memilih pakaian pelangsingan juga terus dialami golongan ini.

Pilihan mesti tepat

Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualan HerbaLine, Gary Sho, berkata, bagi yang memakai seharian mereka perlu pastikan dapat menjaga kesopanan dan kebersihan selain ingin membentuk badan, gaya fesyen dan kesihatan badan.

Elakkan memilih saiz yang terlalu ketat dan tidak sesuai dengan bentuk tubuh. Kebanyakan wanita mengambil saiz kecil seperti S sedangkan mereka berbadan saiz L. Jadi, perlu mendapatkan rundingan saiz ketika membeli produk korset.

Apabila terlalu ketat, masalah seperti kerap terkucil, sukar bernafas dan kelihatan seksi, katanya ketika ditemui pada majlis fesyen pakaian dalam Silke, baru-baru ini.

Tempoh penggunaannya mesti tepat dan mengikut saranan dan jangan pula terpengaruh hanya kerana harganya.

Harga korset mahal, jadi orang beli hanya sekali walaupun sudah tidak sesuai dengan badan. katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat