{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Trauma mangsa dera

Posted: 29 Aug 2013 03:27 PM PDT

Tiga daripada enam anak Fiona (bukan nama sebenar) dilahirkan tidak cukup bulan, termasuk seorang meninggal dunia kesan tekanan dilalui sepanjang tempoh kehamilan akibat didera bekas suami.

"Bekas suami saya mudah naik angin. Insiden saya dikasari bukan lagi rahsia. Semua ahli keluarga dan mentua tahu. Saya pernah dihentak pada bahagian kepala dengan seterika di depan adik ipar dan ibu mentua. Malangnya, keluarga memberikan alasan 'mereka tidak boleh berbuat apa-apa' terhadap bengis bekas suami.

"Dia menghemburkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan suami. Kata-kata yang amat hina hingga saya tidak sanggup memperkatakan atau memperdengarkan perkataan itu kepada sesiapa pun.

Saya tidak dapat berbuat apa-apa, apabila cuba melawan suami pula akan bertindak lebih agresif memukul saya. Setiap kali dipukul saya hanya 'bertahan' dan melawan rasa sakit," katanya Fiona dengan suara tersekat-sekat menahan kesedihan.

Fiona yang dijemput pihak penganjur Forum Respek Wanita, sempena Sambutan Hari Wa nita 2013, baru-baru ini adalah antara mangsa dera akibat sikap kebi natangan suami terhadap isteri.

Hadiri sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim.

Tema Hari Wanita Kebangsaan 2013 'Respek Wanita : Masyarakat Sejahtera' dipilih untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab dalam mewujudkan masyarakat bebas dari segala bentuk diksriminasi dan keganasan.
Laporan lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat