{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jenderak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jenderak - Google Blog Search


13 Anak <b>FELDA</b> Dari 4 Negeri Bersemangat Jalani Sesi Pemilihan <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 03:24 PM PDT

13 Anak FELDA Dari 4 Negeri Bersemangat Jalani Sesi Pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014

20130824_102302

SEMALAM telah berlangsung sesi pemilihan untuk peserta bagi menyahut cabaran dan memikul tanggungjawab bagi Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland (KE7BMG) 2014 yang dianjurkan oleh Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) bertempat di Stadium UiTM, Shah Alam. [RUJUKAN]

117 orang peserta telah menjalani sesi pemilihan, 100 orang lelaki manakala 17 lagi adalah wanita dan FeldaVoice turut dimaklumkan oleh Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles, terdapat seorang peserta dari kaum India.

Sesi pemilihan tersebut turut disertai oleh 13 orang anak FELDA, 7 orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM Bukit Aman (2 daripadanya adalah anak FELDA – Gedangsa dan Keratong), seorang anggota TLDM berpangkat Pegawai yang juga anak FELDA – Kahang Timur; dan terdapat juga 3 orang peserta dari Sabah dan Sarawak.

Sesi pemilihan kali ini lebih meriah daripada sesi pemilihan Ekspedisi KE7B Everest FELDA 2013 yang mana hanya disertai oleh 30 orang peserta semasa sesi pemilihan pertama.

Dengan jumlah yang menggalakkan dari peserta yang hadir pada sesi pemilihan pertama ini, 30 orang akan dipilih untuk ke saringan pemilihan seterusnya (4-5 orang akan dipilih dari kalangan anak FELDA).

Menurut Timbalan Presiden KE7B, Ahmad Qusyairi Ahamad Zaini, keputusan 30 nama yang telah disenarai pendek akan diumumkan dalam masa seminggu.

Sesi pemilihan yang seterusnya hanya 15 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti latihan di luar negara iaitu New Zealand atau Norway selama dua minggu.

Daripada 15 orang ini nanti, hanya 10 orang sahaja yang akan meneruskan untuk melakukan Ekspedisi KE7BMG 2014, 5 orang lelaki dan 2 orang wanita sebagai penjelajah utama manakala 3 orang lagi (2 orang lelaki dan seorang wanita) sebagai penjelajah simpanan.

Yang pasti, 2 orang dari penjelajah misi KE7BMG adalah dari kalangan anak FELDA namun sekiranya berkelayakan dan mengatasi peserta lain, maka peluang anak FELDA untuk mendapat lebih tempat adalah cerah.

Kesemua 13 orang anak FELDA ini penuh bersemangat melalui setiap ujian yang dijalankan samaada ujian menguji fizikal mahupun minda.

Malah mereka amat ramah semasa ditemubual FeldaVoice (ikuti cerita mereka dalam artikel seterusnya).

20130824_115724

Berikut senarai 13 anak FELDA yang telah menjalani sesi pemilihan Ekspedisi KE7BMG 2014;

1- Irwan Hafiz Bin Mat Ariff (29); FELDA Gunung Besout 5, Trolak, Perak

2- Muhamad Shaiful Hisyam Bin Abd Aziz (24); Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor.

3- Mohd Faizol Fuad Bin Mohd Sallehan (29); FELDA Soeharto, Selangor.

4- Muhammad Asyraf Bin Abd Manap (22); FELDA Soeharto, Selangor.

5- Muhamad Tuah Bin Abd Hashim (24); FELDA Kechau 1, Kuala Lipis, Pahang.

6- Mohd Noor Abd Raafar Bin Abd Rashid (28); FELDA Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

7- Yanizam Bin Mohamad Supiah (28); FELDA Keratong, Muadzam Shah, Pahang.

8- Mohammad Zahid Bin Hashim (27); FELDA Keratong, Muadzam Shah, Pahang.

9- Mohamad Taufik Bin Mohd Nasir (23); FELDA Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang.

10- Mohamad Izwan Bin Sumeri (25); FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor.

11- Shahrizan Bin Hamdan (26); FELDA Ulu Dengar, Kluang, Johor.

12- Hazreen Amri Bin Hamzah (26); FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor.

13- Mohamad Shahid Bin Kamisa (23); FELDA Sungai Sibul, Kulaijaya, Johor.

FeldaVoice mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta !

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada August 25, 2013 - 6:40 am oleh Shazuein Azmaini

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat