{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemelah - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemelah - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda kemelah</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2012 03:45 AM PST

FELDA KEMELAH - Seramai hampir 200 belia menyertai Kembara Belia Felda bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011 yang bermula dari Felda Chemplak Barat dan berakhir di Felda Kemelah, petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, semangat orang muda seperti ini menjadi tunggak kepada generasi belia lain untuk membangun bersama dalam mempertahankan tanah air pada masa akan datang.

Menurutnya, konvoi kembara pada kali ini melibatkan kereta peronda polis, puluhan motosikal belia Felda sendiri selain 25 kereta dari Kelab Honda Civic (MHCC) Segamat yang turut memeriahkan aktiviti dari pagi hingga petang.

"Generasi muda inilah yang kita harapkan untuk mempertahankan Felda daripada dimasuki pengkhianat Felda setelah sekian lama dipertahankan oleh ibu bapa kita sebelum ini yang taat setia bersama Felda," katanya pada perasmian penutup program berkenaan di Felda Kemelah.

Beliau berkata, generasi muda adalah waris kepada perjuangan dan penyambung kejayaan yang telah dimiliki hingga berterusan ke generasi akan datang.

Timbalan Pengarah Seranta Felda, Abd Hamid Abd Rahman berkata, kembara ini adalah salah satu pendekatan belia bersama masyarakat selain beberapa program yang pernah dijalankan sebelum ini.

"Generasi muda seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian negatif yang terjadi kepada rakan lain yang tidak dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan sekadar bergantung kepada orang lain," katanya.

Peserta MHCC Segamat, Muhamad Noorazhari Rahmat, 26, berkata, ini adalah salah satu pendekatan terbaik bagi belia untuk terus bercampur masyarakat tanpa rasa terkecuali.

"Banyak input yang positif telah kami terima sepanjang kembara ini berlangsung dan berharap akan ada kesinambungan dari program dengan penglibatan lebih ramai belia di samping aktiviti yang lebih menarik," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar