{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


RM2.6b majukan Kelantan

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 Ogos - Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi projek pembangunan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha berkata, walaupun negeri ini berada di bawah pembangkang, namun Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkannya dari aspek pembangunan.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat sentiasa membawa kemajuan kepada negeri ini sejak dahulu lagi bagi memberi keselesaan kepada rakyat.

"Antara projek pembinaan yang terkini dan sedang dalam perlaksanaan ialah projek penyambungan jambatan Sultan Yahya Petra, penstabilan tebing Sungai Kelantan dan rancangan penstabilan tebing Sungai Golok," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar Majlis Mesra Aidilfitri Kelantan FM di pekarangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Dr. Nawiah Che Lah dan Pengarah RTM Kelantan, Datuk Sayuti Mukhtar

Makhtar berkata, projek pembangunan bagi fasa satu dan dua untuk RMK-10 di negeri ini telah banyak dilaksanakan dan sehingga kini sudah mencapai 60 peratus siap sepenuhnya.

"Bagi pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra yang dijangka dapat digunakan sepenuhnya selepas Hari Raya Aidiladha nanti telah membabitkan kos sebanyak RM180 juta.

"Selain itu, Kerajaan Pusat turut memperuntukkan kos sebanyak RM260 juta untuk penstabilan tebing Sungai Kelantan yang kini sedang dalam pembinaan," katanya.

Beliau berkata, perlaksanaan rancangan menstabilkan tebing Sungai Golok sepanjang 130 kilometer itu kini sudah memasuki fasa kedua.

"Setakat ini, projek tersebut telah dilaksanakan sehingga 61 kilometer daripada jarak keseluruhannya dengan kos RM91 juta.

"Selepas itu, projek ini diteruskan lagi 30 kilometer dengan membabitkan kos RM100 juta yang dijangka siap pada tahun 2015,"katanya.

Sementara itu, Makhtar turut berkata, media adalah antara platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat tentang sumbangan Kerajaan Persekutuan terhadap rakyat di negeri ini khususnya.

"Saya akui RTM memainkan peranan yang cukup besar dalam membantu menyalurkan maklumat tentang permasalahan rakyat yang perlu diselesaikan.

"Justeru, saya turut meminta jabatan kerajaan menggunakan RTM sebagai medium utama kerana cukup yakin dengan segala informasi yang disalurkan," katanya.

Jualan kraf Kelantan cecah RM56 juta

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

MOHD. Kamil Mohd. Ali (berdiri dua dari kanan) diiringi Mohd. Razis Md Said (berdiri tiga dari kanan) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dan golongan memerlukan dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Usahawan Kraf di Pusat Jualan Kraf Kelantan, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 30 Ogos - Nilai jualan hasil kraf negeri Kelantan mencecah lebih RM56 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini iaitu peningkatan antara lima hingga 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd. Razis Md. Said berkata, pencapaian tersebut banyak disumbangkan oleh industri batik yang mencatat hampir 50 peratus daripada keseluruhan nilai jualan.

Justeru, katanya, beliau yakin sasaran yang diletakkan pihaknya untuk memperoleh nilai jualan hasil kraf sehingga RM70 juta tahun ini tidak sukar dicapai.

Pencapaian setakat ini adalah hasil kerjasama jitu dengan para usahawan kraf yang menyokong penuh program-program promosi yang dianjurkan pihak perbadanan untuk faedah mereka.

Para usahawan kita daripada pelbagai bidang sama ada tekstil, hasil rimba seperti ukiran kayu dan sebagainya komited mengikuti program promosi yang dijalankan sama ada di dalam atau luar Kelantan.

Kerjasama erat ini akan kita tingkatkan dan pada pertengahan September ini, kita akan hantar mereka menyertai promosi hiasan dalaman dan seni taman pula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Usahawan Kraf di Pusat Jualan Kraf Kelantan di Batu 2 di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali dan Pengarah Bahagian Usahawan, Ibrahim Ismail.

Dalam pada itu, Mohd. Razis berkata, terdapat 560 usahawan kraf dalam pelbagai bidang dari negeri ini yang telah berdaftar dengan pihak perbadanan.

Kita kini sedang berusaha membangunkan lagi perusahaan tradisional hasil logam perak dengan memperbanyakkan rekaan yang menjadi tuntutan pasaran contohnya perhiasan wanita," katanya.

Beliau berkata, tukang perak tradisional lebih banyak menghasilkan produk kasar iaitu yang bersaiz besar sedangkan memakan kos yang tinggi, sekali gus membataskan kuasa beli masyarakat umum.

Kebanyakan tukang perak lama lebih menyukai produk kasar seperti bekas-bekas yang besar, apabila produk yang dihasilkan itu besar akan menggunakan bahan mentah perak yang banyak, jadi sudah pasti kosnya tinggi.

Penghasilan dengan rekaan terhad begini hanya sesuai untuk badan korporat sahaja yang tidak bermasalah membeli barangan perak dengan harga RM7,000 atau lebih tetapi tidak masyarakat biasa," katanya.

Program berkembar YT-Jordan University of Science and Technology di Besut ikut jadual

Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT

KUALA TERENGGANU 30 Ogos - Kerajaan negeri memberi jaminan cadangan mewujudkan program pengajian berkembar dengan Jordan University of Science and Technology bertempat di Sekolah Imtiaz Besut tetap akan dilaksanakan mengikut perancangan asal.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya telah menghantar maklumat-maklumat berkaitan kepada universiti berkenaan di Jordan termasuk berkaitan skim gaji kakitangan, khususnya para pensyarah, seperti mana diminta.

Beliau menjelaskan, sebaik mendapat maklum balas tentangnya, pihaknya akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut termasuk mendapatkan lesen sebelum memulakan operasi.

"Kita sedang dalam proses rundingan dan baru-baru ini, mereka (pihak Jordan University of Science and Technology) minta kita maklumat dari segi skim gaji pensyarah-pensyarah.

"Kita dah hantar maklumat ke sana dan sekarang ini kita tunggu (maklum balas), selepas ini, kita akan berunding dengan Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan lesen," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui para pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu ke Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Ijazah Sesi 2013/2014 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak dekat sini semalam.

Yang turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zuber Embong dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Zakaria Yusof.

Ahmad diminta mengulas sejauh mana perkembangan tentang cadangan mewujudkan program pengajian berkembar dengan universiti berkenaan bertempat di Sekolah Imtiaz Besut di bawah kelolaan YT.

Difahamkan, YT kini menerima panggilan daripada Jordan University of Science and Technology yang ingin mengetahui perkembangan terbaharu tentang program itu.

Pada Ogos tahun lalu, satu majlis menandatangani persefahaman (MoU) antara YT dengan Jordan University of Science and Technology selesai diadakan di sini tentang persetujuan kedua-dua belah pihak bagi merealisasikannya.

Turut difahamkan, kira-kira 400 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diambil mengikuti pengajian berkembar itu dalam pelbagai jurusan termasuk farmasi, pergigian dan kejuruteraan.

Dalam pada itu, Menteri Besar memberitahu, sekiranya semua berjalan lancar, program pengajian itu dijangka bermula September tahun depan.

"Kita serah kepada mereka (universiti berkenaan di Jordan), untuk tahun ini kemungkinan tak sempat, mungkin tahun depan (bermula) sebab untuk masuk ke semua universiti seluruh dunia, semua sama iaitu pada September," ujarnya.

Dalam majlis itu, seramai 3,677 pelajar menerima RM1,000 seorang di bawah tajaan YT sebelum memulakan pengajian di IPT bagi sesi 2013/2014.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat