Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Moyes tagih sentuhan Rooney
- Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013
- Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota
Posted: Moyes tagih sentuhan Rooney31/08/2013 9:49pm MANCHESTER - Pengurus Manchester United, David Moyes yakin mental dan fizikal Wayne Rooney berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi Liga Perdana England menentang musuh tradisi, Liverpool di Anfield malam esok. Penyerang England itu muncul pemain terbaik United ketika seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Old Trafford awal pagi Selasa lalu. Selai itu, spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Chelsea juga sudah berakhir setelah skuad The Blues membawa masuk penyerang Cameroon, Samuel Eto'o ke Stamford Bridge. "Rooney bermain dengan sangat baik pada pertemuan tempoh hari dan dia kini dalam keadaan terbaik daripada segi fizikal dan mental," jelas Moyes. "Jadi, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keadaan itu kerana kami memerlukannya untuk beraksi pada prestasi sebenar buat masa ini," kata Moyes. - Reuters |
Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013 Posted: Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 201331/08/2013 9:48pm KUALA LUMPUR - Dua ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan Low Wee Wern bakal membuat perhitungan pada final edisi keempat Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil esok. Juara dua kali, Nicol yang bertemu Wee Wern buat pertama kalinya di pentas akhir berkata, dia teruja untuk menghadapi pertembungan itu. "Saya jangka ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Selain bersaing dengan Wee Wern buat pertama kalinya pada kejohanan ini, kami juga berasal dari Pulau Pinang. "Bagaimanapun, kita tunggu saja aksi final nanti," kata pemain berusia 30 tahun itu. Pada aksi separuh akhir hari ini, pemain No. 1 dunia itu menerima tentangan sengit daripada Delia Arnold sebelum berjaya menempah slot ke pentas akhir dengan kemenangan 11-5, 11-8, 12-10. - KOSMO! |
Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota Posted: Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota31/08/2013 7:50pm BELURAN - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut di Km53 Jalan Beluran-Telupid Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nasyrul Ridzuan Abd Razak ditalian 014-8673360 atau Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 089-511222. Kejadian tersebut mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis dari Daerah Beluran iaitu Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abrahim. Yang cedera ialah Koperal Mohd. Zaini Mohd. Razwan dan dua orang awam yang masih ditempatkan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan. "Keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya kepada Bernama hari ini. Sivanathan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |