Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT Mohd. Khairi berpendapat ilmu pengetahuan mampu menjadi benteng daripada dijajah. BULAN kemerdekaan sudah pasti membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkenang akan peristiwa bersejarah yang berlaku 56 tahun lalu apabila Malaysia diisytiharkan sebagai sebuah negara yang merdeka. Dengan tema Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku tahun ini, sudah pasti kita sedar bahawa tanggungjawab memelihara kemerdekaan ini bersama-sama terutamanya generasi muda. Rata-rata daripada mereka sudah lahir selepas merdeka, jadi mereka tidak tahu kepentingan menjaga keharmonian serta memelihara keamanan yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Kita juga sebenarnya perlu menyambung perjuangan nenek moyang kita untuk berperang tetapi di dalam bentuk yang berlainan apabila sebahagian kehidupan kita dilengkapkan dengan pelbagai teknologi. Teknologi mampu meruntuhkan jati diri generasi muda sekiranya mereka alpa dan lalai, perkara ini menjurus kepada penjajahan minda yang akan menghakis semangat patriotik dan nilai-nilai murni cinta akan negara. Jika dahulu perang yang berlaku memang kita boleh lihat secara zahir tetapi kini lebih bahaya kerana secara diam dan tidak sedar anak-anak muda dijajah dengan perlahan. Sedikit demi sedikit budaya kita ditinggalkan, malah mereka cenderung terpengaruh untuk mengamalkan budaya asing tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu. Kesedaran di peringkat awal amat penting kerana tidak guna melaungkan merdeka berkali-kali sekiranya tidak faham erti di sebalik ungkapan keramat itu. - AZRIN/AIZZUL Usah pandang remeh KEMERDEKAAN boleh diibaratkan sebuah trofi yang perlu digilap sepanjang masa dan disimpan di tempat yang istimewa untuk ditatapi generasi sekarang mahu pun akan datang. Menurut Mohd. Khairi Ramli, 25, ibu bapa tidak seharusnya memandang remeh untuk menerapkan semangat patriotik kepada anak-anak mereka bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang. Menjelang dewasa, mereka akan mudah terpengaruh dengan budaya barat terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar besar kerana teknologi mengelilingi mereka. Memang kita sudah merdeka dari penjajahan secara fizikal tetapi saya khuatir mereka akan dijajah dari segi minda dan spiritual," katanya. Dia yang juga seorang pelukis pelan disalah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota turut menyarankan agar ibu bapa sentiasa mengambil tahu pergerakan anak-anak mereka terutamnya dalam menggunakan teknologi. Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin yang mampu dijadikan sebagai benteng daripada dijajah. Sebagai rakyat generasi baharu hari ini, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membuatkan kita berfikir panjang agar dapat mempertimbangkan segala maklumat dan tindakan yang akan dibuat. Banyak yang saya lihat terutamanya di laman sosial, mereka menerima maklumat yang dibaca bulat-bulat dan terus menekan butang share, sedangkan mereka tidak tahu tindakan sedemikan mampu menimbulkan kekacauan sekiranya maklumat itu tidak sahih," katanya. Terus perjuang kemerdekaan KESENGSARAAN dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu sememangnya relevan untuk dijadikan teladan bagi kita yang sedia lahir di dalam sebuah negara yang aman. Menurut eksekutif Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta, Johari Jalaludin, 30, bagi menempuh cabaran kehidupan di zaman serba moden, pengajaran daripada kisah dahulu perlu dititik beratkan. Kemerdekaan fizikal adalah sesuatu yang nyata dan mudah dilihat dan semua itu telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita tetapi kita perlu sedar bahawa perjuangan dari segi mental perlu diteruskan. Semua ini dapat dilaksanakan sekiranya generasi muda mempersiapkan diri dengan ilmu demi mempertahankan jati diri sebagai rakyat yang bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan," katanya. Tambahnya, masyarakat juga tidak sepatutnya membiarkan sebarang pengaruh asing sewenang-wenangnya mengawal pemikiran dan minda kita terutamanya remaja yang sudah tentu mempunyai sifat ingin tahu. Katanya lagi, persekitaran di tempat kerjanya mendorong dirinya memastikan keharmonian di antara semua kaum dapat dikekalkan. Saya bermula dengan diri sendiri, saya cuba mengelakkan api permusuhan di antara kaum dan hidup saling bantu-membantu mengeratkan perpaduan," katanya. Usah sesekali leka IBARAT gunting di dalam lipatan, tidak perlu berjaga-jaga dengan anasir luar sedangkan musuh sebenarnya boleh wujud dari dalam negara sendiri". Begitulah kata-kata Nordiana Nasir, 25, yang sentiasa mengingatkan dirinya serta masyarakat sekitar tentang kepentingan peka terhadap wujudnya musuh dalaman. Katanya, remaja menjadi sasaran oleh sesetengah pihak bagi mewujudkan huru-hara yang secara tidak langsung merosakkkan imej negara sebagai sebuah negara yang maju serta mengamalkan perpaduan. Saya tidak puas hati kerana ada sahaja pihak yang sengaja membuat kecoh dengan menggunakan pelbagai perkara untuk dijadikan isu yang mampu menghasut minda generasi muda. Lebih memburukkan keadaan, remaja yang tidak berfikir panjang pula dengan mudah terpedaya. Mereka sanggup menyertai demonstrasi jalanan dan menentang pihak berkuasa semata-mata mendapat bayaran lebih kurang RM30," katanya. Tambahnya, kejadian yang sudah berlaku seharusnya memberi kesedaran kepada mereka kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Sebaliknya, remaja katanya perlu bersyukur dengan apa yang sudah dikecapi sekarang. Bagi saya Malaysia sudah cukup sempurna. Kita sebagai rakyat harus bersatu padu mengekalkan keharmonian sedia ada demi kebaikan bersama pada masa kini dan akan datang. Kepada pihak yang cuba menghancurkan negara, lupakan hasrat anda kerana perjuangan anda tidak membawa manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. Jalankan tanggungjawab TANGGUNGJAWAB kita sebagai rakyat bukan sahaja terhadap diri sendiri ataupun keluarga, malah tanggungjawab kepada negara juga harus dilaksanakan. Menurut Safura Zahirah Yusoff, 29, tidak sukar melaksanakan tanggungjawab kepada negara tetapi generasi kini perlu memahami kepentingan mereka terhadap masa depan negara. Pilihan raya baru-baru ini juga menunjukkan bilangan remaja yang keluar mengundi meningkat. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada generasi muda sedar negara memerlukan sokongan mereka. Asalkan kita mematuhi undang-undang dan patuh dengan segala tuntutan kerajaan, kita sudah boleh dikatakan seorang rakyat yang baik dan bertanggungjawab, tambahan pula di bulan kemerdekaan ini," katanya. Dia juga berpendapat masyarakat kini terlalu jauh dengan peristiwa merdeka dan menyebabkan masih ada yang tidak mengingati tarikh keramat 31 Ogos 1957, apatah lagi mengibarkan Jalur Gemilang. Mengibar dan menghormati Jalur Gemilang juga merupakan salah satu tanggungjawab kita, apa salahnya kita mengibarkannya walau sekali dalam setahun," katanya. |
Posted: 30 Aug 2013 12:40 PM PDT Generasi muda perlu bersyukur dengan apa yang mereka kecapi kini. Ia adalah hasil titik peluh dan darah para pejuang yang bermati-matian mendapatkan kemerdekaan tanah air. - Gambar Hiasan/BERNAMA PERASAAN gerun sememangnya tidak digemari oleh sesiapa tetapi siapa sangka ia wujud dalam kalangan rakyat Malaysia apabila negara digemparkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang tidak pernah dijangkakan. Kita telah merdeka sejak 56 tahun yang lalu tetapi kejadian ini telah membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai undang-undang yang ketat berkaitan senjata api. Kini baru kita faham betapa gerun dan tertekannya rakyat terdahulu ketika kita masih dijajah. Bunyi tembakan boleh didengar di mana-mana dan kejadian menyayat hati juga mungkin berlaku di depan mata mereka. Namun agak malang apabila masih ramai di luar sana tidak menyedari betapa besar pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu di dalam menuntut kemerdekaan demi kesejahteraan kehidupan kita pada hari ini. Gaya hidup serba moden, dimudahkan lagi dengan teknologi yang berkembang pesat sepatutnya mengingatkan kita bahawa mengingati pengorbanan mereka sudah cukup membuatkan mereka berbangga. Lihatlah sendiri di luar sana, walaupun sudah tiba bulan kemerdekaan, masih ramai yang enggan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda mereka menzahirkan semangat cintakan negara. Ia perkara yang cukup mudah sebagai cara kita hargai serta tunjukkan semangat patriotik. Bendera bukannya mahal ataupun sukar dicari tetapi mengapa perkara sedemikian tidak dilakukan? Kempen telah dilancarkan di seluruh negara tetapi sedarkah kita, golongan dewasa juga perlu menyertai kempen kemerdekaan kerana golongan kanak-kanak telah diterapkan di sekolah? Dengan keamanan, keharmonian serta kemajuan yang Malaysia miliki kini, kita harus mengekalkannya dengan mengamalkan nilai-nilai murni tanpa berasa sangsi kerana percayalah, kepimpinan hari ini mampu membawa kita serta generasi akan datang ke arah masa depan yang lebih cerah. KHAIRIL MUHAIMIN Kemaman, Terengganu |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |