Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Guan Eng pinggir ahli DAP tidak sebulu Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT Oleh NAZARUDIN SHAHARI David Dass (tengah) bersama Richard Francis (kanan) dan S. Rajashegher menunjukkan buku Laporan Ekuiti DAP dan CEC tulisan Father Augustus Chen dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam. SEREMBAN 29 Ogos - Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian. Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP. Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini. Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut. "Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut. "Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini. Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan. Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut. Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah. "Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil. "Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya. Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya. |
Bank Leak: Anwar masih gagal beri penjelasan Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT LUMPUR 29 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara itu. Bekas Setiausaha Sulit beliau, Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu. Berikut adalah kenyataan Anuar: * Saya amat hairan mengapa Anwar masih berdiam diri hingga kini dalam isu surat misteri BankLeak yang mendedahkan enam akaun milik beliau. Beliau juga gagal untuk memberi penjelasan menyakinkan kepada pengundi di Permatang Pauh, sebaliknya terus menyalahkan pihak lain tentang isu ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak pengundi yang mahu tahu kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut. * Adakah Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang telah beliau buat dengan cubaan menutup mulut pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia amnya. Jika beliau sentiasa mencabar pihak lain bagi mendedahkan kebenaran, inilah kesempatan terbaik menunjukkan beliau pemimpin yang 'cakap serupa bikin'. Janganlah bersikap 'putar alam' dengan cuba mengalihkan isu pokok yang berkaitan dirinya. * Saya juga ulangi cabaran kepada Anwar agar memberi kebenaran bertulis kepada Bank Negara Malaysia untuk media dan pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan kandungan surat misteri itu jika beliau tiada apa yang mahu disembunyikan. Ini kerana rakyat Malaysia amat teruja untuk mengetahui hasil siasatan surat misteri tersebut bagi membolehkan mereka menilai pemimpin 'anugerah Tuhan' itu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |