{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Jaga kelangsungan ekosistem marin

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH
editor.johor@utusan.com.my

REPLIKA ikan serta penyu yang dipamerkan di Ekomar.

MERSING 29 Ogos - Sebut sahaja Mersing, pasti ramai yang terbayangkan keindahan pantai dan gugusan pulau yang diserikan lagi dengan air laut yang membiru indah.

Memang tidak dinafikan daerah ini kaya dengan keindahan alam semula jadi khususnya pantai dan pulau-pulau yang indah untuk beristirehat bersama keluarga dan kenalan.

Menyedari pentingnya menjaga hidupan marin bagi meneruskan kesinambungan dan kelangsungannya untuk tatapan generasi akan datang, pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan bagi memelihara dan memulihara khazanah alam tersebut.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut tidak ketinggalan menyumbang tenaga dan kepakaran apabila menubuhkan Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) di Tanjung Kesang di sini.

Ekomar yang tubuhkan pada 23 mei 2007 di kampus induk UKM di Bangi di bawah kendalian Fakulti Sains dan Teknologi merupakan sebuah pusat untuk menggembleng penyelidikan dalam bidang ekosistem marin.

Pembinaan Ekomar di Tanjung Kesang bermula dengan majlis pecah tanah yang disempurnakan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad pada 3 Julai 2010 dan pusat tersebut mula beroperasi pada 29 Mac 2012.

Ketua Ekomar, Dr. Shahriman Mohd. Ghazali berkata, pusat tersebut menjalankan penyelidikan bersifat rentasan disiplin ilmu merangkumi sains tulen, sains sosial, sains kesihatan, ekonomi dan kejuruteraan.

Beliau berkata, kajian yang dijalankan di situ bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan ekosistem marin dan langkah-langkah kawalan dan pemuliharaan ekosistem marin.

"Hasil kajian yang diperoleh diharap dapat memberi impak yang tinggi kepada ekosistem marin di negeri ini khususnya di Mersing yang mempunyai banyak gugusan pulau dengan perairan dan hidupan marin yang menarik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menurutnya, Ekomar dilengkapi pejabat, makmal, ruang penyelidikan, galeri dan pusat sumber yang mampu memberi kemudahan kepada seramai 30 penyelidik dari pelbagai fakulti untuk mengembangkan penyelidikan masin-masing dalam satu-satu masa.

Shahriman berkata, sejak Februari lalu, Ekomar dinamakan sebagai salah sebuah Makmal Hidup UKM dengan jangkauan operasi merentasi sempadan penyelidikan dan merangkumi aspek kemasyarakatan.

Beliau berkata, Ekomar telah merancang pelan strategik jangka panjang bagi meneruskan kecemerlangan UKM dalam penerokaan dan penyebaran ilmu.

Malah, jaringan kerjasama penyelidikan dengan kepakaran dari seluruh pelosok rantau ini meletakkan penyelidikan Ekomar seiring dengan perkembangan ilmu semasa dan bertaraf dunia.

Baru-baru ini, warga Ekomar turut mendapat suntikan semangat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat pusat penyelidikan itu sempena konvoi Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2013.

Baginda bersama ahli rombongan KMJ 2013 turut diberi taklimat dan penerangan tentang peranan dan kajian yang dijalankan di pusat tersebut.

Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin dan Timbalannya (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Datuk Dr. Rahmah Mohamed.

Kajian Ekomar bantu pulihara ekosistem

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

BANGUNAN Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) di Tanjung Resang, Mersing Johor.

MERSING 29 Ogos - Hasil kajian Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (Ekomar) amat penting bagi membantu memelihara dan memulihara ekosistem marin di daerah ini.

Pegawai Daerah Mersing, Mohd. Nasir Abdul Salam berkata, pelbagai agensi termasuk pihaknya boleh menggunakan hasil kajian tersebut untuk merancang dan mengambil langkah tepat bagi menangani sebarang masalah yang timbul khususnya yang memberi kesan langsung kepada kesinambungan dan kelangsungan ekosistem marin di kawasan berkenaan.

"Apabila kita kenal pasti masalah yang boleh menjejaskan ekosistem marin, kita boleh ambil tindakan seperti yang disarankan untuk menanganinya.

"Contohnya, jika berlaku kemusnahan kepada ekosistem seperti batu karang dan sebagainya, kita juga mesti ambil tahu apakah punca dan cara mengatasinya. Saya yakin hasil kajian yang dijalan di Ekomar mampu memberi impak besar kepada ekosistem marin di daerah ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, apabila berlaku pencerobohan dan kemusnahan, pihak yang berkaitan turut boleh melakukan pemantauan dan penguatkuasaan dengan segera bagi mengatasinya daripada terus berlaku.

Menurutnya, apabila pemantauan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan, maka kerosakan dan kemusnahan ekosistem marin akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab dapat dikurangkan.

"Sekiranya ini dapat dilaksanakan, hasil laut dan hidupan marin di daerah ini akan terus berkembang sekali gus mampu meningkatkan hasil golongan nelayan," katanya.

Lebih penting, menurutnya, hasil kajian Ekomar turut mendapati terdapat hidupan laut seperti dugong dan penyu yang sering datang untuk bertelur di pulau-pulau yang terdapat di daerah ini.

Tambah beliau, daerah ini mempunyai sebanyak 45 pulau dengan lima daripada berpenghuni.

Lima pulau yang berpenghuni ialah Pulau Besar, Sibu, Tinggi, Aur dan Pemanggil.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat