Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
Posted: Satu enjin untuk tiga segmenOleh SHAWKATH AZDE BOON Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) mula mengorak langkah agresif dalam industri motosikal tempatan sejak awal tahun lalu. Strategi pertama melibatkan pengenalan model-model naik taraf ke pasaran motosikal underbone. Ia bertujuan mengukuhkan kedudukan sedia ada. Pengeluar dan pengedar motosikal jenama tersohor dari Jepun itu turut meneroka beberapa segmen motosikal baharu. Antaranya termasuk kelas superbike, grand tourer, skuter berkuasa tinggi dan dwikegunaan. Momentum sama dilaksanakan pada tahun ini. Sepanjang tempoh tujuh bulan pertama 2013, sudah ada enam produk baharu dan naik taraf memasuki pasaran domestik. Antara model dimaksudkan adalah siri Honda NC700, Wave 110, CBR600RR, Spacy Dark Knight, Air Blade dan EX5 Dream 110. Tidak cukup dengan itu, Boon Siew Honda sekali lagi tampil mengejutkan pasaran. Kali ini, ia membabitkan siri Honda CB500. Keluarga motosikal itu terdiri daripada tiga varian iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X. Kesemua jentera beroda dua itu tergolong dalam kelas 500cc. Pengenalan Honda CB500 di peringkat antarabangsa mengambil tempat di Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali pada November 2012. Kemunculan rangkaian CB500 menandakan pengembalian jenama Honda dalam segmen 500cc. Sebelum ini, Honda Motor Co. di Jepun ada menawarkan rangkaian CB500 pada tahun 1994. Aktiviti penjualan tamat pada 2004. PANEL meter digital memaparkan maklumat tunggangan dan beberapa petunjuk isyarat keadaan semasa motosikal. Di pasaran tempatan, tindakan Boon Siew Honda membawa masuk siri CB500 adalah langkah tepat. Jika diamati landskap segmen motosikal 400cc hingga 500cc, vakum pasaran itu masih belum diterokai sepenuhnya oleh pemain-pemain dalam industri. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, siri CB500 dibangunkan sebagai jentera mampu milik untuk pengguna di Asia. Katanya, siri motosikal itu mencerminkan reputasi jenama Honda berhubung aspek rekaan, inovasi, prestasi, kebolehpercayaan dan ketahanan. Ketiga-tiga motosikal itu menggunakan rangkaian kuasa sama iaitu enjin silinder kembar selari bersesaran 471cc. Kotak gear enam kelajuan diberikan sebagai padanan. CBR500R dan CB500F Setiap varian dalam keluarga CB500 ada sasaran pelanggan berbeza. Bagi mereka yang mahu sebuah model supersport, CBR500R adalah jawapannya. Produk keluaran kilang di Thailand itu menggunakan casis besi ringan. Kerangka itu ditutupi dengan fairing penuh. Fairing tersebut direka untuk membantu menyalurkan aliran udara ke kawasan enjin, meningkatkan aspek keselesaan tunggangan dan mengurangkan kesan seretan angin. Bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang gemar sebuah jentera berkuasa untuk kegunaan dalam bandar, Boon Siew Honda tampil dengan varian CB500F. Naked bike itu mempersembahkan paras rupa bersih dan gaya tersendiri dengan beberapa sentuhan klasik. Solekan itu jelas kelihatan pada bahagian hendal lebar dan lampu utama bahagian hadapan motosikal. CBR500R dan CB500F memiliki ketinggian pelana 790 milimeter (mm). Paras ketinggian itu memudahkan para penunggang melabuhkan kaki ke bumi sewaktu memberhentikan jentera. BOON Siew Honda turut menawarkan koleksi motosikal CB500 dengan sistem brek antikekunci. CB500X Aktiviti kembara motosikal kian mendapat tempat di hati penunggang tempatan. Maka tidak hairan jika perkara itu disedari Boon Siew Honda. Taruhan untuk segmen kembara adalah Honda CB500X. Inspirasi binaan model itu datangnya daripada Honda V4 Crosstourer 1,200cc. Untuk menepati sifat lasak, casis motosikal ini dicipta lebih tinggi berbanding CBR500R dan CB500F. Sistem suspensi hadapan juga lebih panjang daripada ahli keluarga CB500 yang lain. Sebagai pelengkap kejuruteraan binaan, posisi tempat duduk dicipta agar kedudukan badan penunggang adalah tegak. Ia disokong dengan aplikasi hendal lebar. Plak pelindung (kowl) yang dipasang pada bahagian bawah enjin membantu melindungi enjin dan paip ekzos daripada tempias batu-batu kecil sewaktu tunggangan. Rangkaian motosikal CB500 ditawarkan dengan versi standard dan versi sistem brek antikekunci (ABS). Ia memiliki potensi besar untuk menarik pembeli tempatan jika dilihat pada aspek harga dan kualiti produk. Sudah pasti ia mendatangkan saingan sengit kepada pengeluar motosikal lain. Mungkin selepas ini, lebih ramai pemain lain akan memperkenalkan jentera pada harga yang lebih menarik. |
Trend sorok wayar Honda Civic EG Posted: Trend sorok wayar Honda Civic EGOleh IRWAN ASRI MOHD. NOR BAHAGIAN belakang dikekalkan imej kemas tanpa pemasangan kit badan berlebihan. SAYA tidak boleh nafikan bahawa trend ini semakin menular dalam dunia modifikasi di Malaysia. Dikenali sebagai wire tuck atau sorok wayar, ia dibuat supaya ruang enjin kereta nampak bersih dan kemas. Honda EG itu merupakan salah satu contoh bagaimana wire tuck boleh membuatkan sesebuah kereta menyerlah. Saya yakin, ramai yang cemburu dan makan sakit hati apabila melihat ruang enjin boleh jadi secantik ini. Kemudian, mungkin ramai yang kata, "Ah... enjin VTEC, bolehlah buat, wayar tak banyak." Itu kenyataan yang salah. Sebenarnya kaedah wire tuck boleh dibuat ke atas apa jua jenis enjin. Cuma enjin VTEC lebih senang kerana kit wire tuck untuknya banyak dijual di pasaran. Apabila guna kit, separuh daripada kerja sudah pun siap. Kit itu memudahkan kerja menyatukan wayar-wayar lama kepada satu atau dua soket sahaja. Tetapi harus tahu bahawa kit tersebut bukanlah murah. Saya kurang pasti sama ada ia sudah dijual secara rasmi atau tidak di Malaysia. Selain menggunakan kit, kaedah kedua adalah dengan melakukannya sendiri secara manual. Namun, ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Sebabnya, kalau tersilap buat masalah lain pula yang timbul nanti. Kaedah ini apabila sudah sampai tahap ekstrem, jadilah seperti Honda Civic EG itu. Tidak perlu penyaman udara dan stereng kuasa. Cuma enjin semata-mata, malah crossmember pun dibuang. Ini adalah antara kelompok terawal yang main wire tuck di Pulau Pinang. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil. Tetapi apa yang pasti, semua kereta memang sangat kemas dan bersih. Sekali tengok rasa macam kereta di Amerika Syarikat. Nama kumpulan mereka juga unik iaitu Kopi Tatt. Pengasasnya ialah Lee Eng Tatt yang juga pemilik Civic EG ini. SET roll cage enam poin Cusco dipasang pada Civic EG. Dari luar, Civic tersebut kelihatan seperti tidak mengalami banyak perubahan. Sepasang fender depan yang dibuat lubang untuk aliran udara, spoiler Spoon di belakang, cermin sisi Spoon jenis karbon dan lips Mugen. Pada awalnya, jentera itu tidaklah terlalu menarik perhatian. Namun, persepsi saya berubah apabila Tatt membuka bonet enjinnya. Sungguh tidak sangka ruang dalaman dan enjinnya boleh jadi cantik sampai begitu sekali. Trend Civic EG sebegini sudah jadi perkara biasa di Amerika Syarikat. Melihat kepada ruang dalamannya, set roll cage enam poin jenama Cusco telah dipasang. Stereng Mugen FG360 yang sangat sukar ditemui pula akan membuatkan sesiapa sahaja berasa kagum. Mungkin ada yang perasan bahawa rimnya tidak terkeluar. Itulah perkara yang saya hendak cerita. Geng Kopi Tatt lebih dipengaruhi gaya Jepun pada rimnya. Rim Spoon SW388 15 inci dipadankan dengan tayar Advan Neova AD08 195/55/15. Suspensinya digantikan dengan set boleh laras Cusco bersama brek Mugen dan cakera bersaiz 282mm Project U. Sangatlah sakit jiwa tengok kereta yang nampak sempoi tapi breknya sama harga dengan kos hendak pergi umrah. Brek belakangnya, DC5 dengan cakera Spoon. Sistem brek itu kemudian diperkuatkan dengan silinder utama Wilwood. Adakah enjin kereta itu laju macam roket? Dimodifikasi sampai tahap kalis peluru? Tidak. Kereta itu masih dipandu sebagai pengangkutan harian, tanpa penyaman udara dan stereng kuasa. Ini bukanlah benda kelakar. Memang realiti sebab kelompok begini tidak kisah pun panas dan penat tangan memulas stereng. Setiap kali panas, berenti tepi jalan, bukak enjin tengok radiator Koyo dengan enjin berkilat-kilat boleh buat hati jadi sejuk. |
Posted: KTM 690 Duke RSISTEM perendam bunyi Akrapovic membantu meningkatkan kuasa enjin sebanyak 2hp. MOTONATION Manufacturer Sdn. Bhd. (KTM Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan satu lagi produk pemasangan tempatan (CKD) iaitu KTM 690 Duke R ke pasaran Malaysia. Model itu dihasilkan menerusi kilang pemasangan yang terletak di Jitra, Kedah. KTM 690 Duke R tergolong dalam kategori naked bike. Lencana R pada nama model itu mendokong maksud Racing. Ini adalah sebuah jentera baharu dan bukannya versi naik taraf KTM 690 Duke. Jentera itu menggunakan khidmat enjin silinder tunggal bersesaran 690cc. Sebagai padanan, transmisi enam kelajuan diadun pada rangkaian kuasa motosikal itu. Hasilnya, 690 Duke R berupaya menghamburkan kuasa output maksimum sebanyak 70hp. Kuasa kilas puncak adalah sebanyak 70Nm. Inilah motosikal dengan enjin silinder tunggal paling berkuasa di dunia. Sistem penyampaian bahan api menggunakan kaedah pancitan terus dan dikawal secara elektronik. Fokus kejuruteraan model baharu itu melibatkan beberapa aspek penting termasuk tahap ketegaran, kestabilan, prestasi membrek dan keselesaan. Elemen ketegaran membabitkan pengenaan casis tiub ringan dan profail lengan ayun tuangan terap. Berat casis dan lengan ayun masing-masing adalah sebanyak 9 kilogram (kg) dan 4kg. Bagi menikmati keseimbangan antara kawalan dan pengendalian, suspensi jenama WP dipasang pada bahagian hadapan dan belakang. Kedua-dua komponen itu boleh diselaras mengikut kesesuaian penunggang. Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada sistem brek cakera dengan angkup Brembo M50. Ciri sistem brek antikekunci (ABS) telah diadun pada kedua-dua roda hadapan dan belakang. Jika ada yang mahu keseronokan tambahan, ciri ABS pada roda belakang boleh dipadam untuk membolehkan mode supermoto dinikmati ketika tunggangan. Soal keselesaan membabitkan pemasangan tempat duduk ergonomik dan posisi perehat kaki bersesuaian. Pelana yang digunakan datangnya daripada koleksi Powerparts KTM. Sistem ekzos digunakan adalah jenis titanium Akrapovic (slip-on). Perendam bunyi itu membantu meningkatkan kuasa kuda KTM 690 Duke R sebanyak 2hp. Harga jualan asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan adalah sebanyak RM52,500 seunit. Jaminan diberikan adalah selama 24 bulan tanpa had jarak perbatuan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |