{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Keindahan fabrik mewah

Posted: 26 Sep 2013 11:44 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

Perincian yang menarik dan cantik keistimewaan koleksi Butik D'Anna.

Setiap wanita sebolehnya mahu mengelak daripada mengenakan pakaian yang sama dengan orang lain apatah lagi pada majlis atau acara istimewa.

Justeru nilai eksklusif diambil kira apabila memilih pakaian untuk menghadiri jemputan ke majlis makan malam mahupun keraian lain.

Prihatin dengan masalah Butik D'Anna, tampil dengan rekaan-rekaan baju kurung moden yang eksklusif kerana hanya terdapat satu rekaan, satu warna dan satu saiz sahaja.

Memilih jenis fabrik mewah yang cantik dan berkualiti tinggi seperti syifon dan sutera Shantung, perekanya, Rahmah A. Aziz atau ringkas dengan panggilan Anna, sentiasa mencari idea terbaru untuk mengekalkan koleksinya berada pada pilihan teratas pelanggan.

Perincian seperti renda Perancis dan manik Jepun yang berkilat dan tidak mudah pecah antara yang penting di dalam rekaannya.

Renda yang dijahit pada baju kurung dengan teliti dan halus diperindahkan dengan jahitan manik yang sarat dengan rekaan manik berbentuk bunga dan sebagainya.

Idea rekaan manik katanya, diperoleh daripada persekitaran alam semulajadi seperti pokok, bunga dan pemandangan alam.

Sentiasa mengikuti peredaran warna-warna semasa dan terkini untuk pelanggan, warna yang menjadi pilihan ramai pada masa kini ialah biru elektrik dan hijau jed. Pun begitu, banyak warna lain turut disediakan bagi mempelbagaikan pilihan.

Menyediakan koleksi yang telah siap, Butik D'Anna turut menyediakan perkhidmatan tempahan kerana terdapat pelanggan yang lebih selesa dengan baju yang mengikut bentuk badan mereka sendiri.

Mempunyai pelanggan dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei yang membeli melalui Internet.

Peraga gaun RM1.1 juta

Posted: 26 Sep 2013 11:44 PM PDT

Oleh NORAZLINA ISMAIL
norazlina.ismail@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

Dari kiri, Alia Bastamam, Lyudmila G. Vorobyeva, Carey Ng, Winnie Sin dan Elaine Daly pada majlis peragaan gaun untuk Miss Universe Malaysia 2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

BAGAIKAN puteri. Itu yang terdetik di hati tatkala memandang Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng berjalan penuh gaya dengan persalinan gaun malam putih bermahkota yang dihias indah dengan tatahan mutiara.

Mana tidaknya, gaun malam lengkap dipakai bersama mahkota, anting-anting, rantai, gelang, cincin dan sepatu tajaan Rafflesia, yang membaluti tubuh sang ratu itu nilainya mencecah RM1.1 juta.

Busana anggun rekaan pereka fesyen muda, Alia Bastamam itu direka khas untuk Carey yang akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Universe di Crocus City Hall, Moscow, Rusia, November nanti.

Alia berkata, sebagai seorang pereka muda beliau berasa sangat gembira apabila busana rekaannya bakal digayakan Miss Universe Malaysia untuk ke Rusia nanti.

"Proses menyiapkan gaun ini menjadi mudah kerana saya mendapat kerjasama dan sumbangan idea daripada Carey sendiri dan mula mereka gaun mengikut kehendaknya.

"Saya juga menjadikan rekaan gaun-gaun yang pernah digayakan Miss Universe terdahulu sebagai inspirasi dalam rekaan kali ini," katanya pada majlis memperaga gaun tersebut kepada media, di Kuala Lumpur, baru-baru ini .

Hadir sama pada majlis tersebut isteri Duta Rusia ke Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva.

Menurut Alia lagi, beliau mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan sepenuhnya gaun malam itu dengan tatahan mutiara di bahagian dada.

Ujarnya, setiap butir mutiara yang dijahit pada gaun tersebut dilakukan dengan penuh cermat dan berhati-hati bagi memastikan kualiti mutiara dan jahitannya terjamin.

Tambah beliau, Carey akan turut memakai sepasang lagi gaun 'rahsia' bertatahkan mutiara Rafflesia semasa pertandingan itu berlangsung, namun enggan mendedahkannya kepada umum.

"Apa yang boleh saya kongsikan, gaun rahsia itu mementingkan keanggunan dan akan menggunakan warna yang lembut, cerah dan tidak terlalu sarat," kata Alia.

Difahamkan, gaun rahsia itu akan dibawa oleh mentor Miss Universe Malaysia, Elaine Daly ke Moscow nanti.

Dalam pada itu, Pengasas Rafflesia The Pearl Centre, Winnie Sin berharap keanggunan gaun itu mampu memukau masyarakat dunia dan menjadikan setiap rekaan fesyen dan barangan kemas Rafflesia kelihatan sangat mewah dan eksklusif.

"Kita gabungkan gaya sofistikated pada rekaan kali ini dan berharap Carey mampu mengayakan dengan penuh yakin," katanya.

Si empunya badan, Carey pula berkata, dia berasa sangat bertuah kerana dapat memakai gaun lengkap bernilai jutaan ringgit tajaan Rafflesia itu.

"Apa yang saya ingin katakan, saya rasa seperti puteri, dengan gaun indah dan tatahan mutiara di tubuh.

"Saya harap rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada saya untuk pertandingan Miss Universe nanti," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat