{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


PPK dinasihat jimat berbelanja

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

Ramlan Othman (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi kategori masing-masing dalam Majlis Tilawah Al-Quran Dan Berzanji Peringkat PPK Pengerang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. - utusan/ FARIK SALLEH

KOTA TINGGI 22 Nov. - Penurunan harga komoditi terutama minyak sawit sedikit sebanyak memberi impak kepada ekonomi pertubuhan peladang yang menjadikan perniagaan dalam sektor itu sebagai aktiviti utama.

Pegawai Peladang Daerah Johor Timur, Ramlan Othman berkata, pertubuhan peladang kawasan (PPK) diharap dapat mengambil langkah berjimat cermat supaya keuntungan yang diperoleh tidak terlalu rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

"Kami harap penurunan harga komoditi ini hanya sementara waktu sahaja dan pada masa akan datang mungkin ada perubahan dari segi harga disebabkan oleh permintaan minyak sawit," katanya selepas merasmikan Tilawah Al-Quran dan Berzanji Peringkat PPK Pengerang di Masjid As-Syifa', Bandar Penawar, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengerusi PPK Pengerang, Abdul Kadir Ahmad; Pengurus Besar PPK Pengerang, Fairulnizam Maskon dan wakil rasmi kepada Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Azizi Baharom.

Seramai 29 peserta tilawah dan berzanji kategori kanak-kanak dan dewasa serta tiga kumpulan nasyid dari kalangan ahli PPK mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Johan tilawah kanak-kanak dimenangi oleh Fikri Mohd. Nizan dari Kampung Air Tawar 5 dan Siti Nurul Najwa Nordin dari Sinaran Mas.

Kategori qariah dimenangi oleh Nur Haffni Salleh dari Kampung Jawa sementara kategori qari dimenangi Badron Markon dari Tanjung Serindit.

Ramlan dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PPK Pengerang atas kejayaan menganjurkan program tersebut yang bukan sahaja bermatlamat membudayakan membaca al-Quran malah mengikat hubungan silaturahim dan ukhuwah di kalangan peserta.

"Dengan adanya program tilawah seperti ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk menyertai program tilawah pada masa akan datang. Peserta yang berjaya akan mewakili PPK Pengerang di peringkat pertubuhan peladang daerah dan seterusnya peringkat negeri," katanya.

Pengguna media sosial perlu bijak

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Pengguna internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter perlu bijak menilai sebarang bentuk maklumat dengan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan hal tersebut secara berleluasa seperti kontroversi Villa Nabila yang diperbesar-besarkan baru-baru ini.

Ketua Wilayah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Roszeta Kassim berkata, setiap maklumat yang dikongsi tanpa mengambil kira kesannya mungkin menimbulkan kekecohan malah keselamatan sehingga mengundang bahaya.

"Program Klik Dengan Bijak SKMM sebagai contoh, adalah untuk kesedaran pengguna kerana apa yang kita muat naik ke internet akan kekal di situ.

"Kepada individu pentadbir halaman berkaitan Villa Nabila yang mendakwa 23 daripada 30 hilang, maklumat palsu ini sebenarnya adalah satu kesalahan yang boleh disabitkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya kita menerima laporan, SKMM akan bantu agensi seperti polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut Roszeta, pihaknya akan terus berusaha memupuk kesedaran sama ada di pelbagai peringkat agensi kerajaan, sekolah, institut pengajian tinggi dan organisasi lain dan usaha tersebut diperhebat dari semasa ke semasa.

Banyakkan program libat semua kaum

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

LABIS 22 Nov. - Penduduk pelbagai kaum di sini, digalakkan menganjurkan program kemasyarakatan yang mampu memupuk semangat permuafakatan bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan mereka.

Pegawai Penerangan Daerah Segamat, Khatijah Siraj berkata, penglibatan ahli komuniti dalam sebarang program anjurkan bukan sahaja memperkasa semangat perpaduan dan kerjasama malah mampu menjadi agen perubahan dalam komuniti tersebut.

"Setiap ahli komuniti boleh memainkan peranan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan kepada ahli lain dalam usaha membentuk dan mewujudkan komuniti yang berilmu dan mampu berdikari serta mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi.

"Sehubungan itu, langkah menubuhkan Komuniti 1Malaysia di setiap kawasan penempatan seperti taman dan kampung merupakan kaedah terbaik dalam mencapai matlamat tersebut," katanya dalam Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Komuniti 1Malaysia Taman Berjaya, di sini kelmarin.

Dalam majlis itu, sebanyak 30 murid sekolah rendah diraikan penduduk setempat dan dimandikan sebelum acara berkhatan dimulakan dengan kerjasama kakitangan Klinik Kesihatan Pekan Air Panas dan Pejabat Penerangan Segamat.

Khatijah berkata, penganjuran program seumpama itu memberi kemudahan kepada ibu bapa kerana tidak perlu membawa anak mereka ke klinik, sebaliknya perkhidmatan tersebut datang ke tempat mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat