{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda air tawar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda air tawar - Google Blog Search


<b>felda air tawar</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 30 Jul 2013 11:40 AM PDT


<b>Felda Air Tawar</b> 1, Kota Tinggi, Johor | Kembara Pusat Jalur Lebar <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2012 06:51 PM PST

K E M B A R A  J A L U R  L E B A R @ P J K

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi Program : PJK Felda Air Tawar 1
Jumlah Pengunjung : 478 orang
Jumlah Ahli Baru Mendaftar : 15 orang

Tetamu Jemputan :

  • TUAN HAJI RAMLI BIN ATAN
    Pengurus Felda Air Tawar 1
  • EN SHAFIQ BIN ABDUL RAHMAN
    Wakil TM sns
  • EN ABD KARIM BIN GHANI
    Pemangku Ketua Kampung Felda Air Tawar 1
  • EN GHAZALI BIN ATAN
    Pengerusi KRT Felda Air Tawar 1
  • PN NORIPAH BT OTHMAN
    Pengerusi Gen2 Felda Air  Tawar 1
  • TUAN HJ ISMAIL BIN AHMAD
    Imam Masjid Jamek Felda Air Tawar 1


Agensi-agensi yang terlibat :

  • Telekom Malaysia (Promosi & Pendaftaran)
  • ASMS Maju Trading (Jualan Aksesori Komputer & Printer)
  • PJK


Aktiviti-aktiviti Kembara Jalur Lebar

  • Mewarna – Tadika/Prasekolah
  • Mewarna – Sekolah Rendah Tahap 1
  • Perkataan Tersembunyi – Sekolah Rendah Tahap 2
  • The Mole – Sekolah Menengah
  • Menaip Resepi Che Ani – Wanita
  • Kerusi Beracun – Dewasa
  • Menaip Pantas – Umum
  • Teka Silang Kata – Umum

Blog Felda: <b>felda air tawar</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2013 12:00 AM PDT

Bagi kami isu senaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia masih lagi kurang mendapat perhatian daripada kalangan rakyat Malaysia. Tetapi kami cukup yakin isu disebalik penyenaraian FGVH ini ke Bursa Malaysia jika difahami dengan baik seluruh rakyat Malaysia pastinya akan menumpukan perhatian serta selidik satu persatu isu ini……

Pemerhatian kami kuat mengatakan ada 2 perkara yang kerajaan perlu selesaikan terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri bubar parlimen bagi  Pilihanraya Umum ke 13 :

Dan isu disebalik penyenaraian FGVH ini di Bursa Saham bukanlah isu politik sebenarnya, ia lebih kepada menjaga untung nasib & kepentingan kalangan warga peneroka Felda sebenarnya. Apatah lagi Felda ini lubuk duit yang mempunyai sumber kewangan yang datangnya dari ladang-ladang kelapa sawit mereka. Jikalau tidak dijaga dengan baik, ia akan menimpa nasib yang sama seperti MAS yang rugi saban tahun.

Kedudukan Felda Holding Berhad :

Sebelum senaraian di Bursa Malaysia :

  1. Felda Global Venture Holdings Sdn. Bhd. (milik kerajaan) – miliki saham Felda sebanyak 49%
  2. Koperasi Permodalan Felda – Miliki saham Felda sebanyak 51%
  3. FGVH – Milik Kerajaan (49%) —-> Felda Holding Berhad (FHB) <—- Koperasi Permodalan Felda (51%)

Apa yang kami perhatikan, kalau mengikut rancangan asal selepas penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia :

  • kerajaan + awam —->Felda Global Venture <—- KPF (37%)

Ini bermakna Felda Holding tiada lagi aset pada masa itu:

  1. Keahlian Koperasi Permodalan Felda (KPF) telah mencecah 220,210 orang ahli dengan 193,506 orang ahlinya iaitu sekitar 87.9% adalah dari kalangan peneroka, ahli keluarga dan generasi kedua
  2. KPF dikatakan akan melepaskan kepentingan sebanyak 51% di dalam FHB
  3. Aset KPF seperti tanah-tanah peneroka akan dipindahkan kepada FGVH
  4. KPF akan diberikan hak eksklusif untuk menjadi pemegang saham sebanyak 37 % dalam FGHV apabila ia disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada bulan Mei ini 2012 ini
  5. Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.

Tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH. Jadinya, FGVH akan mengawal tanah Felda + tanah peneroka. Segala urusniaga akan diuruskan oleh FGVH. FGVH akan bayar kepada Felda sebanyak RM250 juta setiap tahun sebagai pajakan. Jadi sebagai balasannya

  • FGVH akan mengambil semua hasil sawit felda yang berbilion-bilion setahun itu.
  • Felda pula akan dapat hasil daripada "sewa pajakan" sahaja.

Status Felda Global Sekarang Ini Untuk Senaraian di Bursa Malaysia

  1. Penyenaraian Felda di Bursa Malaysia diumumkan oleh Datuk Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
  2. Pada asalnya ada kalangan ahli KPF buat bantahan kepada SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) apabila mahu senaraikan Felda ke Bursa Malaysia
  3. SKM buat tidak endah sahaja dengan bantahan yang dibuat berdasarkan daripada laporan yang dibuat oleh ahli KPH
  4. Akhirnya, ahli KPH ini buat injuksi di Mahkamah Tinggi Kuantan
  5. Kesannya, apa jadi sekarang ini? Felda ibarat dah kena "solex" daripada sebarang perubahan polisi. Jadi Felda sekarang ini sukar untuk meneruskan rancangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia
  6. Antara alasan permohonan injuksi tersebut adalah cadangan KPF untuk melupuskan ekuiti miliknya dalam FHB dan anak-anak syarikat yang lain bernilai RM3.13 bilion ke FGVH tidak menguntungkan mereka dan pemegang saham KPF
  7. Satu lagi alasan ialah perwakilan yang akan bermesyuarat pada EGM tersebut tidak pernah diberi mandat oleh anggota KPF untuk mewakili mereka pada EGM itu nanti.

Kami sehingga sekarang masih tidak faham kenapa Tan Sri Isa Samad :

  1. Boleh diangkat menjadi Pengerusi Felda walhal beliau pernah terlibat dengan skandal rasuah sebelum ini. Tiada lagikah pemimpin Melayu yang lebih berkaliber, profesional yang bijak pandaikah untuk memegang tampuk sebesar & segah Felda ini?
  2. Kami sebenarnya agak kecewa dengan cara Tan Sri Isa Samad mengendalikan isu pertikaian penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia setakat ini. Beliau tidak menggunakan kesempatan yang ada semasa sesi taklimat yang diadakan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci berlandaskan fakta  yang jelas kepada pemegang saham
  3. Kenapa beliau "mempersiakan peluang keemasan" sebegini rupa? Kalau penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia dikatakan baik, mengapa tidak terangkan & dijelaskan dengan cara yang baik & jelas kepada pemegang saham yang hadir pada masa itu dengan cara yang baik & jelas?

Kami tertarik dengan kata-kata individu di dalam video di atas ini yang merupakan pemegang saham KPF :

  • Pemegang saham ini telah berada di dalam Felda selama tempoh 50 tahun yang berasal dari Felda Sendayan. Dah masak dengan asam garam isu felda ini
  • Takkanlah senang-senang sahaja beliau mahu gadai tanah untuk disenaraikan dan diperdagangkan yang akhirnya tanah yang dipijak besar kemungkinan menjadi harta kepada pemegang saham di Bursa Malaysia kelak
  • Adakah cukup sekadar dengan kata-kata kerajaan telah memberikan jaminan? Jaminan yang bagaimana kerajaan boleh berikan? Adakah ada jawapan bertulis yang memberikan menjamin pendapatan konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah kepada mereka?
  • Ini soal tanah, adakah peneroka Felda mahu serahkan tanah mereka begitu sahaja? Apatah lagi bukan semua rakyat Malaysia zaman sekarang  mampu memiliki sebidang tanah.
  • Jadi pemegang saham berhak bertanya bagi mendapatkan jawapan yang terperinci dan meyakinkan daripada pihak Felda itu sendiri. Sayangnya, Tan Sri Isa Samad tidak menggunakan peluang tersebut untuk menjelaskannya dengan sebaik mungkin? Sayang sekali…..sebaliknya dihalau individu tersebut.
  • Sepatutnya bukan setakat Tan Sri Isa Samad sahaja yang memberikan taklimat, tetapi CEO FGVH pun mesti ada sama dalam taklimat tersebut untuk menyampaikan penjelasan. Bukannya sembunyi di belakang Felda sahaja.

Sebab kalau nak percaya berkait soal jaminan daripada kerajaan secara 100%, boleh dipertikaikan kerana pernah terjadi sebelum ini :

  1. Contoh macam Proton sekarang adakah kerajaan Malaysia pemegang saham terbesar? Jawapannya…..Tidak. Jadi DRB Hicom ada hak untuk tukar sesiapa sahaja di dalam Proton? Ya…ada hak. Malah Proton kalau dijual kepada GM contohnya pun tiada masalah. Tentu bukan sekarang. Akan datang? Walaubagaimanapun Proton masih lagi tidak melibatkan orang ramai kecuali pekerja-pekerjanya sahaja
  2. Tetapi bagaimana pula dengan Felda? Apa nasib kepada peneroka Felda selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia? Pro & Kontranya?
  3. Masih ingat lagi sejarah CIMB sebelum ini. Asalnya merupakan Bank Orang Melayu (Bank Bumiputera), apa sudah jadi sekarang? Sekarang ini Bank Bumiputra sudah menjadi Bank Singapore, cuma CEO sahaja "orang Melayu".
  4. Adakah kerajaan sudah mengkaji sedalam-dalamnya sebelum senaraikan Felda di Bursa Malaysia. Dan adakah anda masih ingat lagi peristiwa yang cukup popular sekitar 80an? Peristiwa "Projek Serbuan Subuh" @ The Great Dawn Raid 1981? Di mana dahulu syarikat Sime Darby yang asalnya milik Britain telah disenaraikan di Bursa Saham London. Tetapi kerajaan Malaysia telah membeli saham-saham Sime Darby daripada "pasaran terbuka" dan akhirnya menjadi pemegang saham majoriti sehingga sekarang. Terus buat mandatory General Offer (MGO), kemudian bawa balik syarikat tersebut ke Malaysia. Semua aset Sime Darby menjadi hak milik rakyat Malaysia. Adakah kita semua sudah bersedia meletakkan tanah Felda di pasaran terbuka pula?

Kesan Senarai di Bursa Malaysia

Kalau dilihat sekarang ini penyenaraian Felda Global di Bursa Malaysia agak "tergesa-gesa". Kita tahu objektif terbesar untuk senaraikan syarikat di Bursa Malaysia adalah untuk tingkat modal :

  • Tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
  • Pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu
  • Ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan risiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

Penyenaraian FGVH adalah merupakan percubaan kedua yang gagal kali pertama di zaman Tun Dr Mahathir tahun 2003. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau membatalkan cadangan penyenaraian Felda Holding ke BSKL (kini Bursa Malaysia).

Sebelum ini, KPF mampu membayar dividen + bonus sebanyak 15% kepada ahli-ahlinya. Paling akhirnya pulangan dividen + bonus sebanyak 15.5%. Lumayan bukan? Dan KPF ada jaminan untuk memberikan dividen mereka paling kurang pun 10%. Jadi apa yang dirisaukan sekarang, mereka masih lagi tidak mendapat "jaminan yang sebenar" apabila FGVH ini disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku : 

  1. Sebelum ini, sebagai contohnya mana peneroka yang ada 250,000 unit di KPF, setiap tahun boleh dapat sekitar RM32,000 – RM38,750 setiap tahun
  2. Dalam taklimat tempoh hari ini itupun, dilaporkan belum ada jaminan yang pemegang saham KPF akan automatik dapat berapa saham FGVH
  3. Dilaporkan saham FGVH akan dijual kepada peneroka sekitar 15,000 unit. Ok. Katakanlah seunit RM2. Selebihnya wang mereka dalam koperasi akan disimpan di mana? Itu hanya berita tidak rasmi. Tambahan pula, berapa ramai orang tua peneroka Malaysia ini yang pandai bermain saham?
  4. Kalau peneroka dapat sebahagian kecil sahaja, yang dapat banyak saham tersebut siapa? Jerung-jerung mana yang akan dapat "habuan" besar ini?
  5. Kapitalis-kapitalis di luar sana hanya menunggu peluang dan ruang sahaja untuk membeli saham berjuta daripada pinjaman bank untuk dilambakkan di Bursa Malaysia dan apabila harga naik besar kemungkinan saham ini mereka akan jual kepada orang luar @ orang asing
  6. Apabila dah jual saham kepada orang luar, apa nasib tanahFelda Palntation yang ada milik peneroka juga?
  7. Dan sekarang ada 2 buah syarikat luar yang "sudah bersedia" dan hanya menunggu semboyan untuk membeli saham tersebut termasuk syarikat daripada Singapore
  8. Mungkin Yahudi bakal majoriti pemegang sahamnya kelak? Mungkin? Siapa tahu tahun-tahun yang akan datang. Itu yang bagusnya pengapungan di Bursa Saham. Siapa nak beli pun boleh. Tiada sekatan, kuota, kekangan. Sesiapa pun ada hak selagi ada yang menjual dan membeli saham.
  9. Saham ini jikalau 2 tahun pertama mungkin untung, tetapi apa akan jadi tahun-tahun selepasnya?

Jikalau pihak pengurusan FGVH tidak boleh memberi jaminan bonus dan dividen 15 peratus secara bertulis kepada KPF dalam jumlah sama atau lebih seperti apa yang dibayar oleh FHB sebelum ini, apa gunanya gunanya FGVH disenaraikan di Bursa Malaysian. Mesti ada jaminan bertulis pendapatan adalah konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka.

Lagi Persoalan Di Sebalik Penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia

1) Bagaimana sebuah entiti perniagaan yang pernah membuat kerugian besar melalui pelaburan-pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat FGVH seperti FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies melalui Twin Rivers Technologies US (TRT), FELDA Global Ventures Middle East dan FELDA Global Ventures Arabia mencatakan kerugian terkumpul hampir RM500 juta setakat tahun 2010, boleh dibenarkan membuat pengambilalihan pegangan Felda? Persoalannya sebenarnya, bagaimana syarikat yang rugi dan lemah boleh 'menelan' sebuah syarikat yang maju dan terbukti 'profitability'nya?

2) Dan, kami nak tahu daripada Datuk Sabri Agmad sendiri, berapa sebenarnya jumlah kerugian sebenar FGVH ini sepanjang 5 tahun?

3) Menurut rekod idea penubuhan FGVH ini terbentuk melalui sekumpulan daripada Ethos Consulting. Jadi kami nak tahu berapa banyak Ethos telah bayar kepada Felda untuk membenarkan penyenaraian ini?

4) Bagaimana sebuah entiti yang pernah mengalami kerugian besar sebegini rupa, boleh menjanjikan "bulan" dan "bintang" kepada peneroka Felda?

5) Ahmad Maslan mengatakan Felda akan memperolehi RM21 billion daripada penyenaraian FGVH ini di Bursa Malaysia. Siapa sebenarnya yang dapat RM21 billion itu? Jabatan Perdana Menteri? Boleh nyatakan pembahagian perolehan tersebut? Itu belum tolak daripada hutang tertunggak RM3 billion Felda daripada RM6 billion dek kerana Felda berhutang dengan KWSP.

6) Yang keenam, dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, adakah peneroka akan kehilangan hasil? Ya…..mana boleh Ahmad Maslan mengatakan tiada langsung kesan. Ingat Felda pada masa itu sudah kehilangan sekitar 360,000 hektar ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh Felda Plantations yang ada juga merupakan milik peneroka. Sekarang tanah tersebut telah dipajakkan kepada FGVH untuk tempoh selama 99 tahun.

7) Berapa Felda perlukan menjalankan operasi? Operasi yang kami maksudkan di sini adalah menjaga pengurusan kakitangan Felda dan menguruskan juga pelbagai kerja-kerja sosial yang terdapat dalam Skim Felda. Oleh itu, Felda memerlukan RM3 billion setiap tahun. Dan daripada perniagaan perladangan mereka, mereka dah boleh dapat RM2 billion, selebihnya adalah pelaburan lain yang dijalankan oleh Felda.

8 ) Dengan "kehilangan" 360,000 hektar, FELDA ditinggalkan dengan kira-kira RM 400 juta setahun. Bagaimana dengan RM400 juta Felda mampu menyediakan kebajikan untuk 112,000 peneroka Felda dan rancangan Felda selepas ini? Bagaimana mereka mahu menguruskannya selepas ini? Daripada mana datang sumber pengurusan tersebut?

Kami juga akan menyokong dan bersetuju dengan penyeneraian ini jikalau ia benar-benar membawa kebaikan kepada peneroka. Tetapi tidak sama sekali untuk percaya bulat-bulat. Biarlah jelas kepada semua yang terlibat. Sepatutnya mesti ada jaminan bertulis daripada kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pihak FGVH perlu tampil memberikan penjelasan dan memebrikan ruang dan peluang untuk pemegang saham bertanya sebarang kemusykilan dan keraguan mereka selama ini.

P/S : Apa pandangan  dengan isu di sebalik senaraian Feldda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia?

[poll id="277"]

[poll id="278"]

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat