Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap
- 86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresen
- 40 ekor ular dirampas dari hotel
Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap Posted: Pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap
KAHERAH - Pemerintah Mesir semalam mengumumkan bahawa pemimpin agama Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie telah ditahan. Perkembangan terbaharu itu memberi tamparan hebat kepada kumpulan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang kini dilihat semakin lemah untuk meneruskan momentum protes jalanan selepas lokasi perhimpunan mereka digempur oleh pasukan keselamatan Mesir, Rabu minggu lalu. Selain Badie, ratusan lagi pemimpin Ikhwanul Muslimin turut ditangkap. Sejak dua hari lalu, protes mula dilihat semakin lemah apabila tidak ramai yang menyertainya. Badie ditahan di sebuah pangsapuri di Bandar Nasr, timur Kaherah berdekatan dengan lokasi perhimpunan penyokong Morsi yang berkampung di sana selama enam minggu. Berikutan penangkapan itu, Ikhwanul Muslimin menamakan timbalan ketuanya, Mahmoud Ezzat sebagai pemimpin sementara kumpulan tersebut. Baie dilihat kali terakhir di khalayak ketika menyampaikan ceramah di hadapan penyokongnya pada bulan lalu. Tangkapan Badie dibuat selepas seorang anak lelakinya, Amar ditembak mati ketika bertempur dengan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu. Pemerintah Mesir yang disokong oleh tentera kini menimbang untuk mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Ia berdepan tekanan daripada media dan pemimpin poltik berfahaman sekular supaya Ikhwanul Muslimin dilabel sebagai sebuah organisasi pengganas. Penahanan Badie dibuat selepas kumpulan yang disyaki militan Islam menyerang hendap dua buah bas yang membawa sekumpulan pegawai polis di Semenanjung Sinai pada Isnin lalu. Serangan itu membunuh 25 orang pegawai polis. Serangan yang menyasarkan pasukan keselamatan kian meningkat sejak Morsi digulingkan. Morsi kini masih ditahan di lokasi tidak diketahui. Beliau juga berdepan tuduhan berkonspirasi dengan kumpulan Hamas dari Palestin untuk melarikan diri dari penjara sewaktu kebangkitan rakyat berlaku di Mesir pada tahun 2011. - AFP | |
86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresen Posted: 86 pelarian Rohingya lolos tahanan imigresenSEBAHAGIAN pelarian Rohingya duduk di luar sebuah balai polis sebelum dibawa ke pusat tahanan imigresen Thailand pada 31 Januari 2009.- afp BANGKOK - Polis menyatakan bahawa seramai 86 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan di selatan Thailand kerana memasuki negara ini secara haram, melarikan diri dari sebuah pusat tahanan imigresen yang sesak. Jurucakap polis, Kolonel Kan Thammakasem berkata, mereka menggunakan senjata tajam untuk memotong pagar pusat tahanan dan menggunakan pakaian sebagai tali untuk meloloskan diri. Kejadian berlaku di kompleks imigresen daerah Sadao, dalam wilayah Songkhla pagi semalam. Thammakasem berkata, polis sedang memburu kumpulan lelaki itu di hutan berhampiran. Lebih 1,700 pelarian Myanmar yang kebanyakan daripada etnik Rohingya ditahan di beberapa pusat tahanan di Thailand selepas mereka tiba dengan bot pada awal tahun ini. Beratus-ratus pelarian Rohingya mengadakan protes pada Julai lalu di Songkhla ekoran keadaan pusat tahanan yang sesak. Sekitar 30 orang daripada mereka melarikan diri dari sebuah lokap polis pada awal Ogos lalu. - AP | |
40 ekor ular dirampas dari hotel Posted: 40 ekor ular dirampas dari hotelSALAH seekor ular sawa yang dirampas dan dikatakan berada dalam keadaan kurang sihat.- Agensi BRANTFORD - Pasukan polis Kanada telah merampas 40 ekor ular sawa dari sebuah bilik hotel di Ontario di sini, kata pihak polis dalam satu kenyataan kelmarin. Pihak polis berkata, kesemua reptilia itu dijumpai di dalam beberapa buah kotak plastik pada malam Khamis lalu di sebuah bilik hotel yang diduduki sepasang kekasih. Pasangan itu terpaksa menyimpan reptilia tersebut di dalam bilik hotel berkenaan selepas dihalau dari rumah yang mereka duduki. "Ular itu secara purata berukuran dari 30 sentimeter sehingga 1.4 meter panjang. Kesemua reptilia itu berada dalam keadaan kurang sihat. "Semua reptilia tersebut telah dibawa oleh badan Komuniti Perlindungan Haiwan (SPCA) Kanada agar beberapa pegawai veterinar dapat melakukan pemantauan ke atas haiwan berkenaan," katanya. Pegawai polis yang menyiasat telah membuka satu kertas siasatan ke atas insiden berkenaan. Namun, polis tidak menyatakan di mana pasangan itu berada ketika tangkapan dilakukan dan dakwaan yang akan dijatuhkan ke atas mereka. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |