Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya
- Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula
- Guna dron untuk halau angsa
Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya Posted: Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan rayaLakaran ladang jagung yang dihasilkan seorang petani sangat menarik perhatian untuk tatapan orang ramai di Chester, Nwe Jersey. - AP CHESTER — Seorang petani di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menghasilkan lakaran dua wajah ahli politik tempatan di ladang jagung miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin. Lukisan tersebut sempena kempen pilihan raya untuk memilih Gabenor New Jersey. Petani itu, Dale Davis menanam jagung pada corak batas yang berbentuk wajah calon Parti Republikan, Chris Christie dan pencabarnya, Barbara Buono daripada Parti Demokratik. Davis menanam jagung berkenaan di Ladang Stony Hill miliknya di sini pada Jun lalu. Menurut peladang tersebut, dia berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian orang ramai. "Lakaran wajah pada ladang jagung ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini. Mereka akan dikenakan sedikit bayaran," kata Davis. "Pilihan raya gabenor akan berlangsung pada 5 November depan," tambahnya. – AP |
Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula Posted: Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semulaSTOCKHOLM – Sebuah alat pengiraan astronomi zaman silam atau astrolab telah dipulangkan ke sebuah muzium di Sweden kelmarin, kata kurator muzium berkenaan. Katanya, alat yang dicipta pada kurun ke-16 itu digunakan untuk memerhatikan kedudukan cakerawala. Alat astrolab itu ditemui semula selepas ia dicuri 14 tahun lalu. "Ia dipulangkan semula hari ini (kelmarin) dan ia telah dipamerkan," kata kurator Muzium Skokloster, Bengt Kylsberg. Alat Astrolab itu diperbuat daripada tembaga dan perak di Jerman pada 1590. Ia ditandatangani oleh perekanya Martinus Weiler. Alat berkenaan digunakan untuk menentukan masa dan memeta bintang-bintang di cakerawala. Alat itu dianggarkan bernilai lebih 400,000 euro (RM1.7 juta) Kylsberg berkata, objek tersebut berada dalam keadaan baik apabila ia dipulangkan. Komputer kuno itu hilang pada 1999 dan ditemui semula beberapa bulan lalu apabila seorang pengumpul barang antik di Itali cuba untuk menjualnya. Pengumpul berkenaan meminta meminta peguamnya untuk mendapatkan nasihat Pendaftar Kehilangan Barangan Seni (ALR) di internet mengenai objek seni yang hilang. Dia memulangkan alat berkenaan selepas objek tersebut berada dalam senarai barangan seni yang hilang atau dicuri.– AFP |
Posted: Guna dron untuk halau angsaOTTAWA – Pihak berkuasa Kanada menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron untuk mengusir kawanan angsa daripada mencemari sebuah kawasan perkelahan popular di sini. Sebelum ini, pantai berkenaan dicemari najis angsa-angsa tersebut. Dinamakan hexakopter, pesawat bersaiz 66 sentimeter itu sebelum ini digunakan oleh pemiliknya, Steve Wambolt untuk mengusir makhluk perosak seperti belalang. Pesawat kawalan jauh itu terbang setiap pagi pada untuk menghalau kawanan angsa yang mengotori air Sungai Ottawa di timur bandar raya ini. "Dron ini sangat efektif," kata Pegawai Dewan Bandar raya Ottawa, Bob Monette. Menurutnya, pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini seperti penggunaan anjing terlatih dan bunyi letupan gagal untuk menghalau angsa tersebut. Malah, beberapa tahun lalu, majlis perbandaran Ottawa pernah menggunakan bahan kimia berbau busuk untuk mengusir haiwan itu tetapi masih gagal. Monette berkata, sejak menggunakan dron tersebut Julai lalu, bilangan angsa di lokasi berkenaan telah menurun daripada beratus ekor kepada hanya beberapa belas. – AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |