Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Galakan beri duit rayaANAK-ANAK perlu dididik agar mementingkan nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama lebih besar daripada wang ringgit. SABAN tahun menjelang Aidilfitri, kanak-kanak akan menjadi golongan yang paling gembira kerana pada waktu itu mereka berpeluang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah. Bagi yang mempunyai ramai anak saudara pula, masing-masing pastinya sudah mempunyai peruntukan duit raya tersendiri untuk dibahagikan sesama mereka. Menurut pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew, amalan memberi duit raya ini boleh dianggap sebagai sedekah yang amat dituntut dalam Islam atau sunat dilakukan. Sifat pemurah "Jika dengan memberi itu membuatkan kita dapat berkasih sayang, lebih mengenali dan menggalakkan amalan ziarah dalam kalangan kanak-kanak, maka ia adalah amalan yang baik. "Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: ''Sesungguhnya sedekah seseorang itu dapat memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan teruk dan Allah pula menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri (daripada pemberiannya).'' "Jadi, jika kita berniat memberi duit raya kerana mahu bersedekah, maka pahala itu yang akan kita dapat kerana setiap amal seseorang itu dinilai dengan niat," ujar beliau ketika dihubungi Kosmo!. Tambah Ebit Lew, Rasulullah SAW seorang yang sangat pemurah dan sentiasa memberi. Baginda tidak pernah membiarkan seseorang yang berhajat sesuatu tanpa memberikan apa yang mereka mahu. Bagaimanapun, umat Islam diingatkan agar tidak berasa bangga dengan pemberian mereka kerana syarat penerimaan amalan di sisi Allah ada tiga iaitu iman, ilmu dan ikhlas. "Tanpa keikhlasan, amalan seseorang itu tidak akan diterima. Oleh itu, ketika memberi duit raya atau bersedekah, seharusnya kita memelihara niat yang terdetik di hati. "Jika timbul niat yang tidak baik, kita perlu memohon keampunan dari Allah. Tetapi, pada masa yang sama, teruskan bersedekah sehingga hati kita benar-benar ikhlas melakukannya. Latih diri suka memberi dengan ikhlas kerana semua sifat orang yang Allah sayang ialah suka memberi," terang Ebit Lew sambil menambah bahawa kemungkinan dengan sifat suka memberi ini, menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka. Dalam pada itu, amalan memberi duit raya membuatkan ramai kanak-kanak menganggap ia bersifat wajib dan perlu ada. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyedarkan bahawa nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama itu lebih besar daripada wang ringgit. "Sejak kecil, tanamkan iman dalam hati anak-anak. Beritahu mereka tentang kebesaran Allah, cinta Allah dan Islam. Sentiasa ulangi bahawa wang ringgit, pangkat dan kemasyhuran tidak menjamin hidup kita. Sebaliknya, hanya Allah yang menjamin hidup kita. "Kalau boleh, ceritakan pada mereka tentang kisah Firaun, Qarun, Raja Namrud, kaum Saba', Ailah dan Tsamud yang semuanya dihancurkan oleh Allah kerana duit, harta dan kuasa. Namun, jangan lupa pula untuk menceritakan tentang kemurahan hati Abdul Rahman bin Aur r.a yang kaya tetapi sanggup membelanjakan hartanya untuk agama," ungkap beliau lagi. Selain itu, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak dengan adab dan sifat suka bersedekah. Sabda Nabi SAW: "Tiada pemberian terbaik daripada seorang ayah kepada anaknya lebih daripada akhlak yang mulia." Lantaran itu, anak-anak perlu diajar agar tidak membandingkan wang yang diterima daripada orang-orang yang memberi. Sebaliknya, bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki kerana semua rezeki itu datangnya dari Allah. "Paling penting, orang dewasa yang memberi duit raya harus menunjukkan kemesraan pada kanak-kanak. Layan mereka, beri makanan dan minuman serta berkenalan dengan anak-anak ini supaya mereka juga dapat belajar berkasih sayang kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duit," tegasnya. - KHADIJAH MOHAMAD NOR |
Nikmati juadah raya bersama rakan sekerja Posted: Nikmati juadah raya bersama rakan sekerjaOleh KHADIJAH MOHAMAD NOR AIDILFITRI menjadi medan untuk setiap petugas saling bermaafan-maafan antara satu sama lain atas kekhilafan diri. SABAN tahun menjelang Aidilfitri, kanak-kanak akan menjadi golongan yang paling gembira kerana pada waktu itu mereka berpeluang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah. Bagi yang mempunyai ramai anak saudara pula, masing-masing pastinya sudah mempunyai peruntukan duit raya tersendiri untuk dibahagikan sesama mereka. Menurut pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew, amalan memberi duit raya ini boleh dianggap sebagai sedekah yang amat dituntut dalam Islam atau sunat dilakukan. Sifat pemurah "Jika dengan memberi itu membuatkan kita dapat berkasih sayang, lebih mengenali dan menggalakkan amalan ziarah dalam kalangan kanak-kanak, maka ia adalah amalan yang baik. "Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud: ``Sesungguhnya sedekah seseorang itu dapat memanjangkan umur dan mencegah mati dalam keadaan teruk dan Allah pula menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membanggakan diri (daripada pemberiannya).'' "Jadi, jika kita berniat memberi duit raya kerana mahu bersedekah, maka pahala itu yang akan kita dapat kerana setiap amal seseorang itu dinilai dengan niat," ujar beliau ketika dihubungi Kosmo!. Tambah Ebit Lew, Rasulullah SAW seorang yang sangat pemurah dan sentiasa memberi. Baginda tidak pernah membiarkan seseorang yang berhajat sesuatu tanpa memberikan apa yang mereka mahu. Bagaimanapun, umat Islam diingatkan agar tidak berasa bangga dengan pemberian mereka kerana syarat penerimaan amalan di sisi Allah ada tiga iaitu iman, ilmu dan ikhlas. "Tanpa keikhlasan, amalan seseorang itu tidak akan diterima. Oleh itu, ketika memberi duit raya atau bersedekah, seharusnya kita memelihara niat yang terdetik di hati. "Jika timbul niat yang tidak baik, kita perlu memohon keampunan dari Allah. Tetapi, pada masa yang sama, teruskan bersedekah sehingga hati kita benar-benar ikhlas melakukannya. Latih diri suka memberi dengan ikhlas kerana semua sifat orang yang Allah sayang ialah suka memberi," terang Ebit Lew sambil menambah bahawa kemungkinan dengan sifat suka memberi ini, menjadi penyebab kita terselamat daripada api neraka. Dalam pada itu, amalan memberi duit raya membuatkan ramai kanak-kanak menganggap ia bersifat wajib dan perlu ada. Justeru, bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menyedarkan bahawa nilai persaudaraan dan kasih sayang dalam agama itu lebih besar daripada wang ringgit. "Sejak kecil, tanamkan iman dalam hati anak-anak. Beritahu mereka tentang kebesaran Allah, cinta Allah dan Islam. Sentiasa ulangi bahawa wang ringgit, pangkat dan kemasyhuran tidak menjamin hidup kita. Sebaliknya, hanya Allah yang menjamin hidup kita. "Kalau boleh, ceritakan pada mereka tentang kisah Firaun, Qarun, Raja Namrud, kaum Saba', Ailah dan Tsamud yang semuanya dihancurkan oleh Allah kerana duit, harta dan kuasa. Namun, jangan lupa pula untuk menceritakan tentang kemurahan hati Abdul Rahman bin Aur r.a yang kaya tetapi sanggup membelanjakan hartanya untuk agama," ungkap beliau lagi. Selain itu, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak dengan adab dan sifat suka bersedekah. Sabda Nabi SAW: "Tiada pemberian terbaik daripada seorang ayah kepada anaknya lebih daripada akhlak yang mulia." Lantaran itu, anak-anak perlu diajar agar tidak membandingkan wang yang diterima daripada orang-orang yang memberi. Sebaliknya, bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki kerana semua rezeki itu datangnya dari Allah. "Paling penting, orang dewasa yang memberi duit raya harus menunjukkan kemesraan pada kanak-kanak. Layan mereka, beri makanan dan minuman serta berkenalan dengan anak-anak ini supaya mereka juga dapat belajar berkasih sayang kerana Allah dan bukan semata-mata kerana duit," tegasnya. – KHADIJAH MOHAMAD NOR |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |