{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Nelayan lega muara dipulih

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

Oleh MOHD. ZUHARMAN
MOHAMAD NOR
utusanganu@utusan.com.my

Muara Kuala Besut yang akan didalamkan bagi mengatasi masalah cetek di sungai Kuala Besut.

BESUT 19 Ogos - Muara cetek dengan laluan sempit dan hadangan beting pasir merupakan fenomena alam yang berterusan menjadi masalah kepada bot nelayan dan pelancong berpangkalan di Kuala Besut sejak sekian lama.

Langkah sementara untuk mengatasinya melalui kerja mendalamkannya dengan kos yang juga besar sentiasa dibatasi kerana masalah itu akan tetap kembali beberapa tahun kemudian dan keluhan serta sungutan akan berulang didengar.

Dianggarkan lebih 300 bot nelayan beroperasi di daerah ini dan daripada jumlah itu hanya kira-kira 45 peratus menggunakan pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besut apabila banyak yang tertumpu di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Segala pergerakan bot keluar masuk akan bergantung ketibaan air pasang dan keadaan itu jelas mengganggu bot nelayan dan pelancong ke Pulau Perhentian yang merupakan salah sebuah pulau terindah di dunia.

Hampir setiap tahun terdapat bot yang karam atau tenggelam di muara Sungai Kuala Besut kerana terlanggar beting pasir atau kerana muara yang cetek.

Sehubungan itu pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada bulan lalu mengenai projek pemulihan muara Sungai Besut disambut oleh golongan nelayan dengan perasaan cukup lega dan menggembirakan mereka.

Kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan begitu besar berjumlah RM250 juta bukan sahaja menyemarakkan perkembangan industri perikanan malah bakal menjadikan Kuala Besut sebagai nadi pelancongan.

Projek yang turut melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang satu kilometer, yang setiap satu memagari laluan masuk itu sekali gus bakal merubah wajah kawasan sekitar pesisirnya melalui limpahan pembangunan lebih pesat seperti yang dirancang.

Sewaktu mengumumkan kelulusan projek itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebuah syarikat akan melakukan kajian awal yang memakan masa enam bulan bagi menyediakan pelan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Besut, Che Busu Ismail menganggap projek itu sebagai satu rahmat yang dinanti oleh setiap nelayan sejak puluhan tahun lalu kerana bukan mudah projek yang menelan kos begitu besar untuk diluluskan.

Sambil mengucapkan terima kasih, katanya, projek pemilihan itu pasti akan dapat membantu menambah hasil nelayan yang agak terjejas dan kebanyakan pendaratan ikan terpaksa dilakukan di Tok Bali.

Pemborong dan peraih ikan dari Kelantan dan Pahang berasa terganggu kerana bot yang mendaratkan ikan di Kompleks Ikan LKIM di Kuala Besut terpaksa menunggu hingga air pasang untuk melalui muara.

Lalu mereka beralih ke Tok Bali bagi mendapatkan bekalan kerana bot boleh mendaratkan ikan lebih awal disebabkan tidak berdepan dengan masalah muara cetek.

Setakat ini hanya bot kecil boleh memasuki muara Kuala Besut sepanjang masa tetapi kebanyakannya tidak membawa sama tangkapan yang banyak sebagaimana diperlukan," ujarnya.

Seorang nelayan, Azmi Daud, 46, berkata, sebelum ini pernah berlaku insiden mengakibatkan kematian berikutan keadaan muaranya yang cetek.

Bot akan melekat apabila muara terlalu cetek. Kebetulan pada masa itu ombak besar, ketika itulah berlakunya kemalangan jiwa, ombak membadai bot berkenaan lalu terbaik," ujarnya.

Bagi Ibrahim Hamat, 63, pula, langkah kerajaan melalui pelaksanaan projek kekal itu akan mengakhiri keluhan sekian lama golongan nelayan di sini.

Katanya, selain boleh keluar masuk pada bila-bila masa, nelayan tidak akan berdepan dengan risiko bot tersadai, terbalik dan rosak.

Menurut beliau, tindakan tersebut memberi impak besar bukan sahaja melancarkan aktiviti nelayan tetapi kepada sektor pelancongan negeri.

Muara ini juga menjadi laluan bot pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian. Kalau muara cetek kadang-kadang turut menyukarkan perjalanan bot membawa pelancong.

Mereka terpaksa menunggu lama dan menyebabkan mereka beralih ke jeti di Kelantan. Jadi khidmat pengusaha bot di sini turut terjejas," ujarnya.

Seorang lagi nelayan yang ditemui, Zamri Mohd. Noor, 38, berkata, dengan pelaksanaan projek tersebut nanti secara tidak langsung membuka peluang ekonomi yang lebih mantap terutama kepada kaum nelayan di daerah ini.

Apabila muara dalam, maka bot ini tidak menghadapi masalah untuk keluar masuk, dengan itu kerja nelayan boleh berjalan lancar. Lebih banyak kegiatan boleh dilakukan di sini," katanya.

Mat Min Awang, 52, pula memberitahu, akibat masalah kecetekan itu, kegiatan penurunan ikan di Kuala Besut turut berkurangan.

Nelayan terpaksa turunkan ikan di pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali sedangkan mereka berdaftar di Kuala Besut.

Jadi apabila muara didalamkan, sudah semestinya pangkalan ini akan kembali maju dan berkembang. Kami amat berterima kasih kepada kerajaan yang memberi perhatian besar terhadap pembangunan nelayan," katanya.

10,000 Jalur Gemilang diedar

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Ramly Yusoff (kiri) mengagihkan Jalur Gemilang kepada Ketua Polis Balai Kok Lanas, Sarjan Mejar Mat Yaman Hasan pada Majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang Syawal 2013 peringkat daerah Kota Bharu di Kok Lanas, semalam.

KOTA BHARU 19 Ogos - Sebanyak 10,000 Jalur Gemilang akan diedarkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di beberapa lokasi sekitar daerah ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 pada 31 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Ramly Yusoff berkata, konvoi ini merupakan usaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan negara dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Kembara yang disertai oleh 56 buah kenderaan ini akan menjelajah ke 60 lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga 30 Ogos nanti.

"Kali ini, kita tidak hanya tertumpu di pusat beli-belah sahaja tetapi konvoi ini akan memasuki kampung bagi merakyatkan kempen mengibar Jalur Gemilang kepada penduduk setempat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kembara Merdeka Jalur Gemilang Syawal 2013 peringkat daerah Kota Bharu di Kok Lanas di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, sebanyak 50 penduduk kampung terdiri daripada golongan miskin serta ibu tunggal turut menerima sumbangan duit raya bagi meringankan beban mereka.

Ramly berkata, kembara yang melibatkan 112 peserta ini dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat sempena Hari Kemerdekaan negara tidak lama lagi.

"Esok, kita akan meneruskan siri jelajah untuk berjumpa masyarakat setempat di sekitar Pasir Mas dan Tumpat untuk sama-sama meraikan sambutan ini," katanya.

Beliau berkata, setakat ini sambutan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang masih kurang walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan.

"Kembara ini adalah salah satu kempen yang dilaksanakan bermula di peringkat kampung bagi mengingati kemerdekaan negara serta menghayatinya," katanya.

Tambah beliau, semua pejabat kerajaan dan premis perniagaan harus mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap perayaan kemerdekaan negara.

"Saya turut menyeru kepada pemimpin tempatan agar merakyatkan kempen mengibar Jalur Gemilang dengan pelbagai aktiviti serta pertandingan yang berunsurkan patriotik," katanya.

Sambutan Bulan Kemerdekaan bukan untuk satu kaum

Posted: 19 Aug 2013 11:14 AM PDT

Ahmad Said meletakkan Jalur Gemilang pada sebuah beca selepas melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2013 di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 19 Ogos - Seluruh rakyat berbilang kaum dan agama perlu menghayati semangat cintakan negara tanpa mengira fahaman politik sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, segenap lapisan warga negara ini boleh menunjukkannya dengan mudah, sekurang-kurangnya dengan mengibarkan Jalur Gemilang bagi meraikan sambutan dan menghargai nikmat kemerdekaan.

"Semua orang perlu bertanggungjawab untuk sama-sama menyambut kemerdekaan dan memberi pengiktirafan kepada pejuang kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2013 di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Exco kerajaan negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan peringkat negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong; barisan Exco kerajaan negeri, para kenamaan, ketua-ketua jabatan serta rakyat daripada segenap lapisan masyarakat di negeri ini.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Ahmad berkata, rakyat perlu bersatu padu tanpa mengira parti sambil merenung nikmat keamanan yang dikecapi selama ini selepas negara bebas daripada cengkaman penjajah.

Katanya, walaupun terdapat lebih 200 suku kaum dan agama di negara ini, tidak sekali-kali merencat keamanan negara, sebaliknya menjadi kekuatan menerusi jalinan kerjasama dan perpaduan sesama mereka.

"Kalau berlaku huru-hara, kerajaan tidak boleh melaksanakan pembangunan dan sikap prejudis pihak tertentu hanya akan mencetuskan persengketaan.

"Akibatnya, segala yang dilakukan kerajaan akan runtuh seperti mana berlaku di negara lain termasuk di Mesir sekarang yang mana rakyatnya bergolak sesama sendiri," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat