{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


'Kami tak pernah rasai air bersih'

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 23 Ogos - Masalah bekalan air bersih terus membelenggu rakyat Kelantan apabila lebih 60 penduduk di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa di sini meluahkan rasa kecewa kerana tidak pernah menikmatinya sejak lapan tahun lalu.

Ketiadaan bekalan air bersih menyebabkan penduduk kampung terpaksa menggunakan air telaga yang berkelodak serta berbau untuk kegunaan harian walaupun keadaan sumber air tersebut jelas tidak terjamin kualitinya.

Keadaan ini juga memaksa mereka mengeluarkan belanja lebih bagi membeli bekalan air bersih di kawasan berhampiran.

Seorang penduduk, Mohd. Zamri Nafi, 40, berkata, rayuan telah dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada pihak berwajib, namun sehingga hari ini, tiada sebarang tindakan yang diambil.

"Selama lapan tahun kami tidak pernah nikmati bekalan air bersih. Saya dan keluarga menggunakan sumber air yang kotor serta berbau kerana tidak mampu membayar kos sambungan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

"Kami terpaksa menggunakan bekalan air tidak bersih ini walaupun sedar kesannya terhadap kesihatan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Chekok di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Dayang Chik, 30, berkata, keadaan ini menyukarkan mereka sekeluarga menjalani kehidupan seharian memandangkan air merupakan bekalan asas yang cukup penting.

"Setiap hari saya terpaksa mengeluarkan duit poket untuk membeli bekalan air bersih di kawasan berhampiran kerana air tersebut tidak sesuai diminum ataupun digunakan untuk memasak.

"Walaupun tidak selesa dengan keadaan air yang berbau, kami tetap menggunakannya untuk mandi kerana itulah satu-satunya bekalan airs yang kami ada," katanya.

Dayang berkata, dia sangat berharap pihak berwajib membantu menyambung bekalan air bersih bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

Masalah yang sama turut dialami oleh Zawiah Mat Adam, 36, yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli bekalan air bersih.

"Keadaan air yang kotor bukan sahaja tidak dapat digunakan, malah mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk di kampung ini terutamanya kanak-kanak.

"Saya memohon pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah ini kerana apa yang penting adalah penduduk kampung di sini dapat menikmati bekalan air bersih," katanya.

Keluarga mangsa bom masih belum dapat terima kenyataan

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

Asma Ismail (kiri) bersama ahli keluarganya melihat gambar Mohd. Yusrizal Mat Zain di rumahnya di Taman Sri Periok Tumpat, Kelantan, baru-baru inil.

TUMPAT 23 Ogos - Keluarga seorang kerani yang maut akibat terkena bahan letupan di Taman Sri Periuk di sini sehingga kini belum dapat menerima kenyataan pemergian insan tersayang walaupun sudah 12 hari kejadian ngeri itu berlaku.

Ibu mertua Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32, Asma Ismail, 58, berkata, pemergian menantu yang dianggap seperti anak kandungnya itu amat dirasai kerana Allahyarham merupakan seorang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Katanya, setiap hari dia pasti terkenangkan Mohd. Yusrizal dan sehingga hari ini seolah-olah masih tidak percaya dengan kejadian yang berlaku itu.

"Dia (Yusrizal) menantu yang baik dan saya menganggapnya sebagai anak sendiri. Tiap kali dia pulang bercuti di rumah pada hujung minggu, dia tidak pernah lupa cium dan peluk saya seperti ibu sendiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada 11 Ogos lalu, seorang kerani maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Sri Periuk di sini.

Insiden kira-kira pukul 11 pagi itu mengakibatkan Mohd. Yusrizal yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Ekoran daripada kejadian itu, polis menahan reman dua suspek dengan seorang daripadanya merupakan seorang anggota tentera berpangkat sarjan.

Hasil daripada penahanan kedua-dua suspek tersebut polis menyifatkan siasatan kes letupan bom berkenaan sudah selesai.

Ditanya mengenai penahanan dua suspek berkenaan, Asma berharap mereka yang terlibat akan mendapat hukuman yang setimpal di atas perbuatan kejam itu.

"Terima kasih juga kepada pihak polis di atas kecekapan menahan suspek dalam masa yang singkat sekali gus berjaya menyelesaikan kes ini," katanya.

Dalam pada itu, Asma berkata, anaknya, Dayang Idayu Mohd. Nawi, 26, masih berada dalam keadaan sedih dengan pemergian suaminya tersebut.

"Dengan keadaan anak saya itu yang mempunyai anak kecil yang baru berusia empat bulan, saya dapat rasakan betapa sedihnya dia dalam menempuh dugaan dan cabaran," katanya.

Pas sokong tindakan polis banteras jenayah

Posted: 23 Aug 2013 11:36 AM PDT

KOTA BHARU 23 Ogos - Pas menyokong tindakan pihak polis menembak mati lima penjenayah yang paling dikehendaki di Pulau Pinang baru-baru ini biarpun ada pihak tertentu daripada pakatan pembangkang mempertikaikannya.

Penolong Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah yang diambil itu adalah tepat dalam keadaan keselamatan dan jaminan keamanan yang agak tergugat sejak akhir-akhir ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pihak polis hanya melaksanakan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat dan pastinya mereka meletakkan kepentingan awam melebihi segala-galanya.

"Ada pihak yang mempertikai tindakan polis ini tetapi bagi saya, pada siapa lagi yang mahu harapkan kalau tidak pada polis, mereka mungkin boleh bercakap kerana tidak pernah mengalaminya lagi, contohnya, kalau rumah mereka kena pecah, pastinya pihak polis yang diharapkan.

"Tindakan polis amat wajar dalam keadaan kebimbangan dengan banyak kes yang melibatkan senjata api, saya yakin polis bertindak mengikut prosedur ditetapkan.

"Kita, orang awam perlu ada dalam kepala, untuk berhadapan dengan penjenayah terutama mereka yang paling dikehendaki pastinya bukan dalam keadaan biasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, polis menyelar dakwaan segelintir pihak yang sentiasa mempertikaikan tindakan pasukan melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Pulau Pinang dan menembak mati lima anggota kongsi gelap Isnin lalu.

Malah, anggota keluarga kelima-lima penjenayah itu mendakwa pihak polis tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika kejadian tersebut berlaku.

Takiyuddin yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, masyarakat perlu sokong tindakan polis untuk membendung jenayah.

"Saya yakin setiap tindakan dilakukan adalah berdasarkan kajian dan risikan yang dibuat secara mendalam.

"Namun demikian, kerajaan perlu mengambil langkah untuk bendung kemasukan senjata api ke negara ini, bila banyak berlaku tembak-menembak mesti ada penyeludupan senjata api," katanya.

Ujarnya, beliau berharap pihak polis akan terus berusaha untuk memastikan keamanan negara ini tidak diganggu-gugat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat