{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Yob kecewa 'dirompak' pengadil

Posted:

Yob kecewa 'dirompak' pengadil

Yob kecewa 'dirompak' pengadil

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Azraai (tengah) terpaksa mententeramkan pemainnya yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil ketika aksi Liga Super menentang Lions XII di Ipoh Jun lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan membuat aduan serta bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

Ia ekoran kontroversi jaringan penyerang import Perak, Paulo Rangel yang tidak disahkan oleh pengadil, Nafeez Wahab ketika aksi keempat Kumpulan D Piala Malaysia menentang Lions XII malam kelmarin.

Pada aksi di Stadium Jalan Besar, Singapura itu, Perak tewas 1-2 biarpun berpeluang mencuri satu mata hasil 'jaringan' Rangel tersebut pada minit ke-79.

Jurulatih Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah menegaskan, beliau sangat kecewa dengan keputusan Nafeez serta pembantu pengadil yang didakwa telah meragut semangat juang anak-anak buahnya.

"Saya sangat kecewa dengan keputusan itu, seolah-olah peluang kami untuk sekurang-kurangnya memungut satu mata telah 'dirompak'.

"Semalam (kelmarin) saya telah berbincang dengan pihak pengurusan Pafa dan mereka bersetuju untuk membuat bantahan rasmi kepada FAM dalam tempoh terdekat.

"Walaupun dengan bantahan itu dilihat tidak dapat merubah keputusan perlawanan, namun ia adalah demi kebaikan semua pasukan dalam Liga Malaysia pada masa akan datang," kata Azraai ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebelum jaringan Rangel itu dibatalkan, kedua-dua pasukan terikat 1-1 apabila Lions XII mendahului menerusi ledakan Harris Harun pada minit ke-60.

Berselang lima minit kemudian, pertahanan Perak, Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustafa berjaya menyamakan kedudukan buat skuad Kejor Yob Kejor menerusi sepakan percuma yang cukup menarik.

Memasuki minit ke-79, kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha melakukan hantaran lintang sebelum Rangel berjaya merobek gawang Lions XII yang dikemudi Izwan Mahbud menerusi tandukan kencang.

Berdasarkan rakaman televisyen, bola jelas dilihat telah melepasi garisan gol sebelum Izwan berjaya menguis bola keluar daripada garisan gol.

Menurut Azraai, beliau lebih kecewa dan tidak berpuas hati kerana kejadian itu bukanlah insiden pertama yang terjadi kepada Perak ketika menentang Lions XII.

Jelasnya, dalam aksi terakhir Liga Super pada 25 Jun di Stadium Perak, Ipoh, pembantu pengadil, Hanif Rahman telah membiarkan perlawanan diteruskan walaupun jelas bola telah terkena tangan salah seorang pemain Lions XII.

"Akhirnya pemain itu sendiri berjaya menghasilkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan bagi mengikat keputusan seri 1-1.

"Dalam aksi semalam (kelmarin), pembantu pengadil yang sama yang mengakibatkan kekecohan di Ipoh Jun lalu dan beliau sekali lagi telah menghukum kami.

"Saya mahu tahu kenapa pembantu pengadil yang sama diberi peranan dalam aksi semalam (kelmarin) walaupun beliau telah melakukan kesilapan besar sebelum ini.

"Saya tidak mahu ulas panjang dalam isu ini, biarlah pihak pengurusan Pafa menemui pihak FAM untuk menyelesaikan masalah ini daripada terus berulang lagi," kata Azraai.

Selangor masih membara

Posted:

Selangor masih membara

Selangor masih membara

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

FORKEY DOE (kanan) diasak pemain Sime Darby pada aksi di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


PENGENDALI sementara Selangor, P. Maniam belum mahu mengibarkan 'bendera putih'.

Meskipun sedar peluang Selangor 'mengetuk pintu' suku akhir Piala Malaysia cukup sukar, lantaran Gergasi Merah sekadar mengutip dua mata ketika aksi Kumpulan A hanya berbaki dua perlawanan, Maniam masih belum menyerah kalah.

Namun pada masa sama, Maniam mengakui situasi kali ini cukup berbeza berbanding ketika beliau mengambil alih 'baton' daripada K. Devan yang meletak jawatan ketika saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia pada 2011.

Ketika itu, skuad kendalian beliau tetap berjaya mara ke separuh akhir sebelum dijinakkan Terengganu dengan agregat 2-4.

Kali ini, segala-galanya dilihat serba tidak menjadi buat Selangor sehingga memaksa bekas jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim mengucapkan selamat tinggal sebaik Gergasi Merah tumpas 0-3 kepada Sime Darby minggu lalu.

Segera mengisi kekosongan yang ditinggalkan Irfan, Maniam bagaimanapun dilihat masih belum lulus ujian sulung kali ini apabila anak-anak buahnya sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

"Situasi dan tekanan kali ini cukup berbeza berbanding 2011. Kali ini, saya terpaksa mengharap tuah kekalahan dua pasukan teratas (ATM dan Sime Darby) selain memburu enam mata maksimum selepas ini.

"Meskipun sukar, saya percaya kami mampu memberikan yang terbaik dalam dua lagi aksi selepas ini," kata Maniam kepada Kosmo! semalam.

Pada aksi kelmarin, Selangor terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Francis Forkey Doe pada penghujung babak pertama sebelum penyerang berbisa Sime Darby, Karlo Primorac meledak gol penyamaan pada minit ke-79.

Justeru, Maniam menuntut anak-anak buahnya terutama beberapa pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan seperti Mohd. Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K. Gurusamy dan S. Kunanlan memperoleh tonik semangat selepas ini.

"Moral pemain tidak begitu memberangsangkan ketika ini, jadi saya harap kesemua pemain terutamanya mereka yang menyarung jersi kebangsaan dapat memulihkan semula keyakinan mereka sebelum kembali membantu Selangor untuk mara ke suku akhir," katanya.

Ditanya mengenai desakan peminat Gergasi Merah yang mahukan beliau kekal menerajui Selangor musim depan dan bukan sekadar tampil sebagai 'pilihan kedua', Maniam berkata: "Itu terpulang kepada pihak pengurusan. Saya sayangkan Selangor dan berazam mahu memberikan yang terbaik."

Selangor akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang berdepan ATM pada 17 September sebelum melayan kunjungan Johor di Stadium Shah Alam empat hari kemudian.

Jang enggan dibuai mimpi indah

Posted:

Jang enggan dibuai mimpi indah

Jang enggan dibuai mimpi indah

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


S. SIVANESAN (kanan) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


NEGERI Sembilan enggan mendabik dada walaupun berjaya menumbangkan penyandang juara, Kelantan dalam aksi keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Bagi pengendali sementara skuad Hoben Jang Hoben, Ridzuan Abu Shah, anak-anak buahnya berhak bergembira, namun beliau tidak mahu mereka terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan tersebut.

Katanya, saingan dalam peringkat kumpulan masih belum tamat dan setiap pasukan mempunyai peluang sama rata untuk merebut slot ke peringkat kalah mati.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong Kelantan malam kelmarin, Negeri Sembilan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan The Red Warriors 3-2.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan kini merampas kedudukan teratas Kumpulan C apabila memperoleh tujuh mata diikuti rapat Pahang dan Kelantan yang masing-masing berkongsi lima mata.

"Bagi saya kedudukan kami masih belum selamat kerana masih ada beberapa perlawanan yang perlu diharungi dan semua pasukan juga masih mempunyai peluang sama rata.

"Dua baki perlawanan (peringkat kumpulan) selepas ini sudah tentunya semakin sukar kerana semua pasukan sudah pasti akan bermain bermati-matian untuk merebut slot ke suku akhir," kata Ridzuan kepada Kosmo! semalam.

Menurut Ridzuan, masa untuk bergembira sudah tamat dan kini beliau mahu anak-anak buahnya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kelemahan yang ada bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

"Kemenangan ini perlu kita jadikan motivasi untuk buat yang lebih baik tetapi pada masa yang sama, saya menasihatkan para pemain supaya tidak cepat berpuas hati," tegasnya.

Mengulas lanjut aksi menentang Kelantan, Ridzuan memuji aksi anak-anak buahnya yang bekerja keras sepanjang perlawanan bagi meraih kemenangan berharga tersebut.

"Dalam perlawanan itu jelas pasukan lawan lebih mengusai permainan tetapi para pemain saya telah menunjukkan tahap disiplin yang tinggi bagi menyerap setiap gerakan Kelantan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat