Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT JIKA sesetengah orang berpendapat barang-barang lama seperti mesin taip, peti kayu, beg pakaian, radio, piring hitam dan pasu bagaikan tidak bernilai lagi seperti sampah, namun tidak bagi pengumpul barang-barang antik. Bagi penggemar barang-barang antik, setiap barangan tersebut mempunyai keistimewaan dan sejarah yang tersendiri yang mana nilainya mampu bertambah jika dibaiki dan diberi penjagaan semula. Jika dahulu hobi mengumpul barang-barang lama bagaikan terhad kepada golongan veteran sahaja namun kini tidak lagi. Golongan muda mula meminati dan menghargai barang-barang lama kerana tertarik dengan sejarah penciptaan, fungsi, jenama serta perubahan sesuatu teknologi itu sendiri. Selain menjadikan hobi semata-mata, ramai dalam kalangan pengumpul barang-barang antik terutama golongan muda sanggup mengubah kerjaya semata-mata mahu memberi fokus terhadap minatnya itu. - LYNN/HALIM KHALID & SHIDDIEQIIN ZON |
Posted: 07 Sep 2013 05:46 AM PDT Kekacauan dan provokasi yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mencemarkan keamanan negara bahkan nama baik negara di mata dunia. DALAM kemeriahan sambutan kemerdekaan baru-baru ini, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengibarkan kain buruk yang mereka anggap sebagai bendera di ibu negara tanpa berasa malu dan bersalah kepada rakyat sekeliling, apatah lagi kepada negara. Mereka sibuk menyampaikan ucapan umum yang tidak masuk akal. Apa yang pelik adalah masih ramai yang percaya seolah-olah dipukau sedangkan apa yang boleh didengar adalah kata-kata kosong tidak tahu mana asal usulnya. Agak menyakitkan hati apabila kita melihat golongan yang tidak tahu menghargai kejayaan negara ini. Semua yang ada sudah cukup tetapi persoalan yang timbul adalah apa lagi yang mereka mahukan daripada pemimpin sedia ada. Jika kita layari dan tonton video yang dimuat naik di laman YouTube, sudah pasti banyak memaparkan perilaku kumpulan yang memperjuangkan fahaman yang mereka sendiri cipta. Kadangkala saya sebagai rakyat berasa malu kerana mempunyai saudara senegara yang tidak tahu bersyukur. Kita sebenarnya perlu bersyukur dan menyokong sepenuhnya kepimpinan kini. Jika tidak setuju dengan beberapa perkara, masih ada alternatif lain untuk menyuarakan pendapat selain daripada menimbulkan kekacauan. Perkara ini serius kerana kita dapat melihat kebanyakan daripada peserta demonstrasi terdiri daripada generasi muda. Ini amat membimbangkan kerana mereka merupakan tunjang kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Harta benda rosak, lalu lintas menjadi sesak, kesudahannya hanya sakit badan dan membuang masa. Tetapi kesannya besar apabila nama Malaysia sebagai sebuah negara yang aman sebelum ini sedikit tercalar. Sedarlah wahai rakyat Malaysia, tidak ada gunanya kita terus menentang kepimpinan sedia ada. Kita hanya perlu terus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang bertamadun dan merdeka demi kesejahteraan kini dan akan datang. MUZAMIL BAKRI ISMAIL Sungai Buloh, Selangor |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |