{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Keputusan kerajaan yang bertanggungjawab

Posted: 05 Sep 2013 10:49 AM PDT

JOHOR BAHRU 5 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan popular semata-mata apabila mengurangkan subsidi minyak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu yang menyebabkan harga petrol RON 95 dan diesel naik sebanyak 20 sen bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya mahu memperkukuhkan ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini menanggung sebanyak RM24 bilion subsidi setahun untuk bahan bakar dan keputusan mengurangkan kadar subsidi itu dapat menjimatkan sehingga RM3.3 bilion setahun.

"Ini bukan soal popular tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan nak buat kerja yang betul dan tepat. Kerajaan tidak kisah apabila tindakan menaikkan harga minyak ini akan menjadikan tidak popular kerana apa yang lebih penting kerajaan mengambil tanggungjawab demi memastikan ekonomi negara dan kebajikan rakyat terjamin.

"Selama ini, pemberian subsidi bahan bakar tidak begitu mengenai golongan sasar apabila orang kaya dan warga asing turut merasai nikmatnya. Justeru, dengan pengurangan subsidi tersebut wang yang dijimatkan dapat disalurkan kepada golongan sasar termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya semasa merasmikan Program Semarak Kasih peringkat negeri di Kampung Maju Jaya, Kempas di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan isteri, Datin Seri Rosni Omar dan Ketua UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram.

Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Dengan kenaikan itu, harga baharu bagi petrol RON 95 ialah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sebelum ini manakala diesel meningkat kepada RM2 seliter dari RM1.80 dan keputusan itu merupakan sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin berkata, sekiranya ingin menjadi terus popular, kerajaan BN boleh memberikan semua subsidi untuk menggembirakan rakyat tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kepimpinan negara harus mengambil tindakan yang tepat.

"Jangan kata kerajaan tak bagi subsidi, tak bantu. Kalau tak bantu, kita ambil subsidi semua sekali dan kalau nak popular kita bagi semua subsidi dan akhirnya apa jadi kepada negara kita?

"Penjimatan sebanyak RM3.3 bilion yang kita peroleh itu boleh disalurkan dalam bentuk peruntukan lain untuk pembangunan negara kita," katanya sambil memberitahu keputusan kerajaan menaikkan harga minyak untuk memastikan ekonomi negara kukuh dan Malaysia terus berdaya saing dan maju.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu juga telah mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, usaha tersebut bukan sahaja mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara, malah turut dapat meningkatkan keyakinan para pelabur asing.

Zahrain dilantik Duta Malaysia ke Indonesia

Posted: 05 Sep 2013 10:49 AM PDT

PUTRAJAYA 5 Sept. - Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar) disahkan bakal dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia yang baharu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pelantikan Zahrain itu akan dibuat secara rasmi tidak lama lagi selepas dimaklumkan kepada kerajaan negara tersebut.

"Kita tidak melihat kepada latar belakang politik beliau kerana apa yang dicari ialah individu terbaik dan sesuai bagi memegang jawatan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Luar di sini hari ini.

Menurut Anifah, pelantikan Zahrain dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan, kemampuan dan kesetiaannya kepada kerajaan.

Mengenai isu Syria, beliau berkata, Malaysia berpendirian tegas tidak bersetuju sekiranya tindakan ketenteraan diambil terhadap negara yang sedang bergolak itu.

Katanya, tindakan ketenteraan hanya akan menyebabkan keadaan menjadi semakin parah dan lebih banyak nyawa orang awam terkorban.

"Kita tidak setuju tindakan ketenteraan diambil terhadap mana-mana negara biarpun Amerika Syarikat (AS) berhasrat menyerang negara itu.

"Malaysia berpendirian tindakan ketenteraan bukan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di Syria sekarang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat